Hei! Pandang Aku!
"Chip Chip", terus ditatapnya skrin yang bercahaya itu. Tersengih sorang-sorang, entah dari siapa. Nak kata dari suami tak kahwin lagi. Nak kata boyfriend, karang kena cepuk pula dengan dia ini.
Aku nak tumpang gembira, tetapi lagi sakit hati aku ini. Rasa nak campak sahaja makhluk yang dekat tangan dia itu. Hish! Kalau begini, baik aku blah sahaja. Ajak keluar tetapi pandang pun entah ke mana. Duduk satu meja, tetapi terasa jauh. Sudah la, buang masa orang lain sahaja.
"Hei! Pandang Aku!"
Haaa... halo everybody~ Assalamualaikum.
Huhu, permulaan entri kali agak berbeza hendak dibandingkan dengan entri-entri sebelum ini.
Bagaimana? Seronok membaca cerita sangat pendek di atas? Atau banyak pedang yang tertusuk di hati? Ke tidak rasa apa-apa? Yang tidak rasa apa-apa itu baguslah. Mungkin tidak pernah buat perkara di atas. Alhamdulillah.
Di sini, Hana bukan nak jadi anti-phone ke apa. Hana tidak nafikan telefon pintar banyak faedah dan membantu kita dalam kehidupan seharian. Malah telah menjadi satu keperluan zaman kini. Nak hantar assignment senang, kalau sakit boleh whatsapp lecturer terus, kalau rindu family boleh calling-calling, kalau nak bangun tahajud boleh set alarm, kalau nak ingatkan tarikh penting boleh save dekat calendar dan sebagainya. Serius, Hana tidak akan nafikan kebaikan telefon pintar ini!
TETAPI
ia juga bergantung kepada penggunanya. Jika penggunanya menyalah gunakan telefon pintar, maka lebih banyaklah keburukannya. Jika penggunanya menggunakan telefon pintar ke arah kebaikan, maka kebaikanlah yang diperolehnya.
Bukannya apa, Hana cuma rindukan saat dulu-dulu sahaja. Kalau jumpa atau ada gathering dengan member, macam-macam benda semua nak cerita, bertukar salam bertegur sapa, ketawa bersama pelerai duka, seronok je rasa. Dapat merasai kehangatan silaturrahim.
Sekarang?
Hana sedih. Sedih tengok anak-anak leka menatap skrin bercahaya sedangkan ibu bapa ada di depan mata. Tidak bersapa, tidak pula dipandangnya. Adakalanya terkilan melihat sahabat yang tersengih seorang diri tetapi bukannya kerana kita. Kerana membaca setiap perkataan yang dibacanya dari telefon pintar. Seolah-olah, persahabatan rakan-rakan di alam maya itu lebih berharga daripada persahabatan rakan-rakan yang ada di depan mata.
"Pandang aku"
"Dengar cerita aku"
"Faham aku"
"Sayang aku"
"Luang masa dengan aku"
"Gelak dengan aku"
"Menangis dengan aku"
"Bantu aku"
"Atau, sebenarnya aku ini bukan apa-apa pada engkau?"
Our world now is advanced but cold.
Dengar sini makhluk bergelar manusia.
Telefon rosak boleh diganti, Hubungan rosak susah hendak baiki.
Orang yang tersayang pergi, takkan kembali.
Andai jasad itu telah tiada, kau tak sedar ditelan masa. Nak menyesal sudah tak kata apa
Waktu itu kau akan meminta, supaya masa boleh diputar kembali.
Tidak salah untuk menggunakan telefon pintar, tetapi berpada-pada.
Jangan kerana leka, kau buang perkara yang paling penting dalam kehidupan kau.
Belajarlah menghormati. Belajarlah menyayangi. Belajarlah menghargai.
InsyaAllah, kau juga gembira dengan kehidupan kau.
Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~
Labels: hana corner, hanaflamehaze, Hei! Pandang Aku!, Merapatkan ukhwah, Mutiara kata, nasihat, Pengalaman, Pesanan, Tegur, telefon, telefon pintar, Tinggalkan
"Aku Nak Move On"
Assalamualaikum readers.
Lama hana tak jenguk blog. Rindu hana tak? Haha.
Readers sihat? Harapnya begitulah.
"Aku nak move on"
Uish. Macam serius sahaja bunyinya. Besar sangat ke masalah ini?
Mestilah besar. Ini masalah hati. Kita rasa, tapi tak nampak. Kita terluka, tapi tak ada siapa yang dengar. Kalau tak buka mulut, tiada siapa yang tahu.
Masalah hati tidak semestinya puncanya kerana kecewa bercinta. Boleh jadi kerana kisah silam. Boleh jadi kerana dikhianati. Boleh jadi kerana kehilangan seseorang yang penting buat kita.
Yang menjadikan masalah lebih parah, apabila kita sukar untuk 'move on' dari kekecewaan.
Apa erti sebenar 'move on'?
Move on tidak bermakna anda perlu melupakan kisah silam anda.
Move on bermakna anda perlu memandang ke hadapan, dan jalani kehidupan dengan lebih baik.
Tak bermakna kita perlu melupakan, tetapi kita perlu mengatasi Kadang-kala, perlu juga sesekali kita melihat ke belakang, untuk mempelajari kesilapan dahulu agar tidak mengulanginya.
Ya tak mudah.
Malah majoriti mungkin menghadapi kesukaran untuk move on.
Adakah ini bermakna kita lemah?
Ya, lumrah hati manusia adalah lemah. Tetapi, kerana kita lemah lah, kita menjadi lebih matang, kita menjadi lebih memahami, kita mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik.
Dengan syarat, kita jangan berputus asa dan sentiasa berusaha.
"We are weak, we are not perfect, that's why we have room to grow"
Bagaimana nak 'move on'?
Buat masa sekarang, hana tidak ada masalah move on dari kecewa bercinta sebab hana tak pernah bercinta. (Tetapi tipulah kalau tak pernah suka orang). Kiranya, hana akan memberi tips umum untuk move on. Tidak senang, tetapi selagi mampu, selagi itu kita cuba buat.
Pertama: luahkan kepada Allah
Ya, luahkan kepada Allah segala-galanya yang terbuku di hati. Berdoalah kepada Allah agar cekalkan hati, teguhkan hati, memberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan mintalah jalan penyelesaian yang terbaik. Menangislah masa ini. Menangis puas-puas. Sampai bengkak mata pun tak apa. Sebab Allah takkan gelakkan anda. Allah dengar dan InsyaAllah, Allah akan memberi petunjuk. Kalau hendak luahkan kepada manusia pun boleh. Cuma, anda perlu ingat, manusia juga ada kekurangan. Terkadang, mungkin ada yang boleh rasa jengkel. Mungkin ada sahaja mulut yang bercakap di belakang kita. Apa yang hana mahu katakan di sini, Allah adalah tempat luahan yang terbaik.
Kedua: Sibukkan diri
Luangkanlah masa bersama keluarga atau kawan-kawan. Pergilah beriadah atau bercuti di tempat-tempat yang boleh melepaskan stress. Contoh? Contohnya pergi naik roller coaster ke, main bola tampar ke, bola sepak ke, daki bukit/gunung ke, adventure dalam hutan ke. Masa inilah hendak jerit macam beruk atau nak menggila sawan pun boleh. Hehe. Boleh juga kita sibukkan dengan perkara yang kita suka seperti melukis, menjahit, tengok movie. Atau nak tambah pahala, masuklah mana-mana persatuan yang buat amal kebajikan seperti membantu homeless men, membantu anak yatim, membantu anak-anak istimewa dan sebagainya. Kalau asyik terngiang, cuba isi masa dengan membaca buku. Tidak kisahlah buku jenis apa, ikut kesesuaian anda. Kalau rasa hendak menangis, bacalah cerita sedih-sedih. Kalau rasa hendak gelak, bacalah cerita yang lawak-lawak. (Tetapi hana lebih menyarankan baca yang boleh buat kita gelak dan tersenyum). Dengan membaca, kita juga dapat menuntut ilmu :)
Ketiga: Kalau rasa diri tidak kuat, buanglah semua benda yang menyakitkan hati
Tidak semua orang kuat. Pandang hadiah dari si dia, terus menangis terkenang kenangan manis bersama. Kalau begitu, maka buanglah semua perkara yang berkaitan dengan si dia. Buanglah semua mesej, emel, hadiah, block facebook dan sebagainya.
Keempat: Jerit
Yang ini optional. Orang macam hana, selalunya kalau stress, hana akan main sukan supaya boleh jerit sepuas-puasnya. Kalau tidak pun, dekat rumah pasang lagu metal sebab nak jerit sekali. Haha.
Tetapi kalau jiran sampai dah marah, cari tempat yang lebih sesuai ya?
Kelima: Cuba lihat ciptaan Allah
Nak senang, lihat sahaja langit, pepohon yang kehijauan, bunga yang mewarnai taman. eceh. macam sajak. haha. Mainlah dengan haiwan seperti kucing, hamster, arnab, ikan? Ikutlah. Bukan tengok-tengok kosong ya~ Hayati, dan cuba mensyukuri segala nikmat dan keindahan yang Allah dah bagi.
Yang ini besar kemungkinan anda akan mengingati si dia, oleh itu anda fikirlah, dunia ini luas. Kalau Allah dah cipta sebaik-baik ciptaan, maka yakinlah Allah akan berikan anda sebaik-baik orang dalam kehidupan anda. Kalau anda jenis yang curious, anda boleh fikirkan tentang perkara yang anda mahu tahu dalam dunia ini. Hei, ciptaan Allah banyak rahsia, jadi apa kata selagi anda hidup, anda cari apakah rahsia itu. Seronok malah boleh tambah ilmu pengetahuan.
Keenam: Bacalah Quran dan terjemahannya
Lupa pula hana hendak tulis ini di atas. Yang ini sebenarnya penting.
Faham, kita mesti rasa malas nak baca. Biasa lah itu, typical Muslim Malaysia.
Membaca Quran sahaja tanpa terjemahan adalah sangat rugi, apatah lagi yang langsung tidak mahu membaca Quran. Bukan apa, sebenarnya segala masalah dalam kehidupan terjawab dalam Quran.
Hana banyak kali buat benda ini. Bila hana sedih sebab kawan, apabila hana membaca Quran, kebetulan ayat yang hana baca itu adalah tentang ukhwah dan persaudaraan. Dalam ayat itu ada juga mengatakan tentang meminta maaf. Sekiranya hana bersedih kerana keluarga, kebetulan ayat yang hana baca tentang ibu bapa. Seolah-olah Allah hendak memujuk hati hana yang terluka. Percayalah, tidak rugi. Nak tambah lagi, insyaAllah hati kita juga akan merasa tenang.
Ketujuh: Terapkan perkataan motivasi dalam diri
Alah, trend sekarang, orang suka kumpul quotes bergambar. Banyak quotes yang mampu berikan anda motivasi. Atau anda baca sahaja kisah-kisah yang memberi inspirasi. Banyak. Cuma anda kena rajin mencari. Alang-alang anda sedang buang masa terngiang-ngiang benda yang dah lapuk, apa kata sibukkan diri untuk mencari yang memberi faedah kepada diri sendiri. Kalau boleh, ulangkan perkataan seperti "Kau cantik hari ini.""Kau hebat!""Love yourself more" dan sebagainya setiap kali bangun dari tidur dan duduk depan cermin. Tak pun selalu tepuk bahu sendiri dan katakan perkara-perkara tersebut. InsyaAllah, anda akan lebih berkeyakinan.
(p/s: ini adalah ilmu psychology. haha.)
Maka, itu sahajalah tips dari hana. Harapnya membantu.
Kadang-kadang, tidak perlu memaksa diri untuk melupakan, sebab lama-kelamaan perasaan/kenangan itu macam benda yang dah pudar dan hambar.
Hana ulang lagi sekali, tak mudah nak move on, malah mungkin anda akan rasa sakit sebab jatuh banyak kali. Lelah banyak mana pun kita nak bangun, jangan mengalah. Walaupun ambil masa, walaupun perlahan-lahan kita naik.
Sakit dan luka itu hanya sebahagian perjalanan kehidupan.
Masih ada yang menanti apabila kita kukuh berdiri.
Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)
"You always fantasying for a beautiful ending. Why not you live beautifully until the end?"
Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~
Labels: Aku Nak Move On, Al-Quran, Allah, Bahagia, Dugaan, Gagal, hana corner, hanaflamehaze, Ilmu, Iman, Jangan berputus asa, Move On, Moving Forward, Mutiara kata, nasihat, Tinggalkan, Tips
Pelangi Selepas Hujan
Assalamualaikum readers :)
Apa khabar? Iman sihat? Akal sihat?
Haha... Esok nak ambil result PMR still ada masa nak post entri baru?
Saya awesome orangya. Haha!
Ya, betul itu. Redakan kegelisahan hati dengan mengisikan entri kali ini yang bertajuk "Pelangi Selepas Hujan". Fuh... macam tajuk cerita novel! Haha!
"Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita menangis, menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"
Jika hidup ini sentiasa manis, pasti kita akan rasa muak dengannya. Disebabkan itulah wujudnya rasa yang pahit dengan bertujuan mengindahkan lagi rasa manis itu. Dunia ini bagaikan roda. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Cuba bayangkan jika kita sentiasa berada di atas. Hana tidak tahulah apa yang readers akan fikirkan, tetapi kalau hana, pada awalnya mungkin hana akan rasa bangga dengan diri sendiri. Namun, lama-kelamaan hana akan rasa bosan dan akan terlintas di fikiran hana, "Siapa lagi yang akan membuatkan aku mengejarnya? atau adakah aku sahaja yang akan dikejar?". Kemanisan kemenangan itu akan lenyap begitu sahaja. Hari-hari bagaikan hari yang sama. Hidup terasa seperti sudah tiada matlamat.
Begitu juga jika kita bermain game. Bayangkanlah, game yang kita main itu baru tekan 'start', tetiba ada perkataan muncul pada skrin, 'Congratulations! you are the winner!". Tidak rasa pelikkah? Mestilah, kita perlu bersusah-susah dulu untuk melaksanakan misi, bersusah-susah dahulu untuk melawan penjahat dan bersusah-susah dahulu untuk menyelesaikan masalah, dan akhirnya kita akan merasa puas apabila diiktiraf menjadi juara kerana usaha kita tidak menjadi sia-sia.
Pernah dengar nama Naruto Uzumaki daripada cerita naruto?
hahaha! Readers mungkin fikir naruto adalah cerita untuk budak-budak, tetapi cerita yang dikatakan untuk budak-budak inilah yang banyak mengajar sesiapa yang menontonnya. Naruto sejak kecil lagi dipulaukan. Sudahlah yatim piatu, dipulaukan pula itu, nak ditambahkan lagi, otaknya tak berapa nak bijak. Dia sering dipandang serong oleh masyarakat. Namun, sikap tidak putus asanya, sikap sangat pentingkan kawannya, membuatkan dirinya tidak bersendirian lagi. Ramai kawan sangat sayangkan Naruto sekarang. Dirinya yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan kawannya telah membuka setiap pintu hati kawan-kawannya sekarang. Lihatlah, dia menghadapi kepahitan kehilangan kedua ibu bapa sejak bayi lagi, tidak pernah merasa sentuhan kasih sayang ibu bapa, dan dengan usahanya yang tabah, dia dihadiahkan kemanisan rakan-rakan yang sentiasa di sisinya.
Ya, jika kita mahukan kemanisan hidup, memerlukan pengorbanan dan ujian. Lihatlah, Rasulullah S.A.W, Baginda sejak kecil lagi sudah menjadi yatim piatu. Apabila Baginda telah menjadi Rasul, Baginda menghadapi pelbagai dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada orang kafir Quraisy. Walaupun begitu, Rasulullah tetap cekal dan tabah menghadapi ujian, dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Rasul. Lihatlah kegemilangan Islam! Islam telah tersebar luas, mewarnai dunia! Nama Muhammad bin Abdullah gah didengar, disebut, dijadikan idola sehingga kini.
"Setiap apa yang telah berlaku, pasti ada hikmahnya"
Apa-apa pun yang berlaku selepas ini, berbaik sangkalah kepada Allah. Percayalah, Jika Allah tidak memakbulkan doa kita, sebenarnya, Dia ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
"Smile, the world isn't bad as you think :)"
The Dollars.
Okeylah, memang benar pun, hana post entri kali ini untuk menyedapkan hati yang runsing menunggu result.
Siapa yang tidak berdebar itu, hana ucap tahniah! XD
Apa-apa jadi pun lepas ini, hana redha. Jika hana tidak dapat apa yang hana mahukan, hana yakin Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk hana. Sampai di sini sahaja entri hana kali ini.
Kalau nak kongsi pengalaman, ruang komen hana (tengok dekat atas entri sebelah kanan) sentiasa kosong utnuk readers. Mahu komen apa-apa boleh dekat cbox.
Wassalamalaik~
Labels: Bahagia, Dugaan, hanaflamehaze, Hilang, Jangan berputus asa, Moving Forward, Mutiara kata, nasihat, Pelangi Selepas Hujan, Pesanan
OMG!! I'm Homesick..!
25 Comment(s)
Assalamualaikum readers :3
Apa khabar di akhir bulan Ramadhan ini? Kesihatan okey? Pelajaran okey? Pekerjaan okey? Otak okey?Iman okey? (Gambar kali ini macam tidak ada kena mengena sahaja dengan tajuk >.>)
Mesti tertanya-tanya kan apasal tajuk entri kali ini macam bukan seperti selalu; tazkirah, tips, pesanan and ect... Hoho~ Don't Judge Entry by its Title! Hmm... entri kali ini lebih kurang kepada tips untuk homesickers :P
"lorh... awat tak posts pasal Ramadhan?"
Takkanlah baru nak posts pasal Ramadhan time dah nak dekat raya? Korang pun nanti baca tidak ada feel XD
" HOMESICK "
Gerun tak baca word kat atas? Ha... yang senyum-senyum itu mesti sudah atau selalu mengalaminya kan? Don't worry meh, memang satu lumrah yang dialami seeorang apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga atau orang tersayang... ORANG TERSAYANG?! hoho... jangan salah faham, maksud den sahabat-sahabat atau jiran tertangga :P Tapi, suka hati hangpa la nak fikir siapa pun... not my problem :P Yang pasti, penyakit homesick bukan budak-budak yang belajar dekat asrama sahaja yang kena, golongan dewasa atau sesiapa sahaja tidak kira usia pun kena juga penyakit ini.
"Eh? Ada juga ke pakcik or makcik yang homesick?"
Yo la dik oi... ala... yang pergi luar negara atas urusan kerja atau kahwin sana itu. Diorang pun homesick juga... Tipu lah kalau diorang tidak homesick.
APA ITU HOMESICK?
Homesick merupakan perasaan sedih, pilu, ingatan dan kerinduan yang keterlaluan terhadap suasana rumah, anggota keluarga ataupun kampung halaman setelah lama ditinggalkan. Selalunya, homesick kerap menjadi fenomena dalam kalangan remaja yang tinggal di asrama seawal usia 13 tahun. Betul tidak adik-adik? Don't be shame, Hana also experienced it :P Tetapi yang sedang mengambil peperiksaan besar seperti PMR dan SPM pun bertambah homesick. Lebih-lebih lagi kalau sekolah tahan tidak boleh balik sebab ada kelas kecemerlangan. Fuh! Perit! XD (Hana di antaranya :3)
Cuba readers bayangkan, ada sesetengah antara kita yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga sejak dilahirkan. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tidak kira UPSR, PMR, SPM atau STPM, kita ditawarkan untuk menyambung pengajian di sekolah atau institusi pendidikan yang lebih baik. Setelah melakukan perbincangan dilakukan bersama keluarga dan kata sepakat dicapai, akhirnya kita memilih untuk melakukan perubahan dalam hidup, iaitu tinggal di asrama atau pergi belajar abroad. Di asrama, tentunya kita berdikari untuk semua urusan. Tiada lagi bantuan ibu untuk basuh baju sekolah, tiada lagi merasai air tangan ibu dalam masakannya dan tiada lagi masa dihabiskan bersama keluarga menonton cerita kegemaran di kaca televisyen. Mesekipun semua itu hanya sementara waktu, pengorbanan perasaan amat menduga seseorang.
Agak-agak apa ya homesickers ini selalu fikir?
"Alamak, nak kena berjauhan dengan keluarga? Saya tak boleh! tak boleh!"
"Ala... esok dah kena balik asrama dah. Kenapalah tak cuti setahun? Ibu... tak mahulah balik asrama.."
"Ish! Lagi 2 minggu lagi boleh balik. Lambat lagi.. Argh! Bila nak balik ini?!"
"Ha? Tak boleh balik? Oh no! Kenapa ada kelas pula?! Adik nak balik!!"
"Rindu pula dekat ibu... Agak-agak, ibu tengah masak apa ya? Untunglah adik-adik aku dekat rumah..."
"Rindu dekat family, rasa nak nangis... HUWAAA!"
Ini baru contoh sahaja, bukan suruh homesickers sendiri tulis dialog yang selalu diorang pakai XD
Bagi Hana lah, sesiapa yang memiliki perasaan HOMESICK ini, maknanya diorang sangat menyayangi keluarga. Tetapi, sesiapa yang tidak mengalaminya, tidak bermakna diorang tidak menyayangi keluarga. Mungkin sebahagian daripada kita yang mempunyai jiwa yang kental dan tahan cabaran. Sangat bagus ada semangat seperti itu.
"Tidak ada mood lah nak belajar... I need mama now... :'( "
Ho... yang ini yang susah ini. Ya, memang benar. Setiap dari kita sangat memerlukan semangat dan sokongan ibu ayah serta adik beradik dalam menyelusuri kehidupan mendatang. Tetapi, PENGORBANAN yang besar lebih bermakna dan akan dikenang apabila sudah berjaya nanti. Dalam hidup kita, kita perlu berani untuk membuat perubahan. Berani untuk menghadapi cabaran baru kerana lambat laun kita pasti akan menghadapi dengan dunia yang lebih mencabar. Tidak selamanya kita boleh bergantung harap kepada keluarga. Tak salah untuk mengalami sindrom homesick, tetapi biarlah berpada, tidak membebankan diri kita sendiri dan menyusahkan hati orang tua kita.
"Saya lelaki... Malulah nak menangis. Tetapi dah sedih sangat, menangislah juga. Habis hilang macho saya. Kalau awek saya tahu, lagi teruk lah imej saya. Apa yang perlu saya buat untuk hilangkan perasaan homesick ini? Ada apa-apa petua tak?"
Ha... jangan kata perempuan sahaja yang mengalami penyakit homesick ini. Golongan yang diperkatakan gagah perkasa (yang konon sahaja lah XD tak lah.. Hana gurau sahaja :P) pun ada sifat kasih sayang yang tinggi terhadap keluarga. Alright! Here are the tips:
- Elakkan duduk bersendirian.
- Isi masa terluang dengan melakukan aktivti yang menggembirakan seperti bersukan bersama rakan-rakan.
- Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarga
- Bawa foto keluarga dan simpan bersama di asrama. Bila rindu, tataplah foto mereka dengan harapan dapat kurangkan sedikit tahap kerinduan korang terhadap mereka. Gambar awek atau pakwe? Suka hati korang lah... Tapi janganlah angau sampai terleka!
- Tanamkan azam dan niat di hati bahawa korang tinggal di asrama adalah untuk menuntut ilmu demi menghadiahkan kejayaan buat ibu dan ayah. InsyaAllah, semuanya akan okey :)
Haa... macam mana? Rasa lebih bersemangat tak untuk tinggal di asrama? :D
Come on lah ladies and guys... Nikmatilah saat-saat tinggal di asrama dengan penuh riang gembira. Tak semua pelajar terpilih untuk tinggal di asrama tau. Anda yang terpilih jangan sia-siakan peluang ini okey? Jangan jadikan sindrom HOMESICK merencatkan fokus anda terhadap pelajaran. Sebaliknya, jadikan pengorbanan kalian ini sesuatu yang sangat berharga. Hadiahkan kejayaan buat keluarga dan diri korang sendiri. Tanpa pengorbanan, tiadalah kejayaan.
Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan dalam entri. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :) Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada pakar motivasi atau encik google ya?
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya?
Hana harap readers enjoy baca entri kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.
Wassalam alaik~
Labels: Dugaan, Homesick, Ilmu, Mutiara kata, nasihat, Pesanan, Tips
"Watch Me"
Assalamualaikum readers!
fuh... lama betul ye Hana tak on..
fuh... lama betul ye Hana tak on..
"Watch me"? Kenapa? Tiba-tiba je...
Sebenarnya, Hana tertarik dengan 2 quotes ni.
When everyone told you that you can't, you just need to turn around and said, "watch me."
Takde lah, memang manusia selalu begitu tak? Bila kawan kita nak try cuba sesuatu yang baru, mesti kita cakap dekat dia, "Boleh ke kau buat?" atau "Tak takut ke?"
Contohnya, Hana masuk taekwando. Hana bukanlah seorang yang kuat, gagah perkasa, aktif bersukan. Lepas Hana beritahu kawan Hana yang Hana dah masuk taekwando, diorang semua cakap, "Kau kuat ke? Boleh ke lawan nanti?" Hana agak rasa gemuruh, tetapi Hana balas je dekat kawan Hana itu, "InsyaAllah, aku boleh. Disebabkan aku tak kuatlah aku masuk untuk kuatkan diri aku ini."
Jika kita nak memperbaiki kelemahan diri maka teruskan. Jangan hiraukan kata orang yang mengatakan kita tak boleh malah kita boleh jadikan kata mereka itu sebagai semangat untuk perbaiki diri.
Quotes kedua pula dari Oz Bezarius dalam cerita Pandora Heart. (yang gambat atas itu.. itu lah dia)
"Although I'm weak and full of flaws, I will never stop moving forward. No matter who I am, no other than myself will create my own existence. No matter what others may think or feel, I will still move forward as myself"
Dan jika kita gagal sekalipun, jangan sekali-kali berputus asa. Malah, kita patut jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran agar kita tidak melakukan kesalahan yang sama. Bak kata ibu Hana, "Kejayaan tidak akan datang jika tidak melalui kegagalan."
Kepada sahabat-sahabat Hana dan readers yang akan menjalani peperiksaan tidak lama lagi, semoga berjaya! Jangan berputus asa dan maju ke hadapan. Buat elok-elok ye~!
(Okey, hana tahu entri kali ini tak se-skema dulu.. tak nak la jadi skema all the time je.. boring =.=")
Ada apa-apa nak kongsi pendapat/quotes/anything la... boleh comment/post kat Cbox hana ye.
Wassalamalaik~
Labels: Dugaan, Gagal, Jangan berputus asa, Mengubah Diri, Moving Forward, Mutiara kata, Pesanan, sahabat, Watch me
Kegagalan Bukanlah Pengakhiran
Assalamualaikum readers!
Hohoho! Akhirnya balik rumah ni. Blog hana pun agaknya dah bersarang XP
Hana menempuhi pelbagai cabaran dengan asrama yang takde AIR!
Takpe takpe... Ada hikmahnya disebalik takde air...
Okey, apa-apa pun, topik hari ni yang hana nak kongsikan
"Kegagalan Bukanlah Pengakhiran"
"Besar betul gambar kali ni! erm... Hana ni... baru lepas periksa ke?"
Hana periksa 3 Mac la... Tak semestinya nak kongsi tentang topik ni mesti lepas periksa.
Hana pilih topik sebelum periksa sebab, lepas periksa, kalau tak dapat apa yang kita nak, ingatlah entri dalam blog hana ni. Biar jadi pembakar semangat.
Firstly, Hana nak tanya readers yang sedang membaca nih. Apa korang rasa bila korang GAGAL dalam peperiksaan? KALAH dalam perlawanan? BANKRAP dalam bisnes? dan apa-apa jenis kegagalanlah...
Of course, korang akan rasa sedih, lemah semangat dan rasa korang tak sehebat orang yang berjaya kat luar sana.
Sekarang, hana nak korang setkan dalam otak.
Hidup ini umpama roda. sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah.
Kegagalanlah yang membuatkan kita jadi matang. Dari situ, kita dapat pelajari kesilapan dan kesalahan agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
Jangan rasa korang tak sehebat mereka di luar sana.
Sebenarnya, korang lagi hebat dari mereka. Korang mempunyai pengalaman rasa gagal berbanding dengan mereka.
Jadi. korang tahu macam mana nak tangani masalah korang.
Paling penting, jangan bersedih hati. Sepatutnya kita kena rasa bersyukur sebab Allah masih ingat kita. Allah tak mahu kita jadi ria', takbur dan sombong. Sentiasalah berdoa pada Allah. Sesungguhnya doa itu senjata orang Islam yang paling hebat!.
So, jangan fikir kegagalan itu sudah habis... finish.. tamat..
TAK! KEGAGALAN BUKANLAH PENGAKHIRAN!
Korang perlu teruskan usaha!
Bagi hana, hana tak tengok pada hasil tapi hana tengok pada usaha seseorang.
BERUSAHA ITU TANGGA KEJAYAAN
Ada apa-apa soalan, tinggalkan komen anda di cbox atau comment kat bawah ni.
Semoga kita berblogging lagi.
Wassalam alaik~
Labels: Gagal, Mutiara kata, Tips
new past










