TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
"Aku Nak Move On"

Assalamualaikum readers.
Lama hana tak jenguk blog. Rindu hana tak? Haha.
Readers sihat? Harapnya begitulah.

"Aku nak move on"
Uish. Macam serius sahaja bunyinya. Besar sangat ke masalah ini?
Mestilah besar. Ini masalah hati. Kita rasa, tapi tak nampak. Kita terluka, tapi tak ada siapa yang dengar. Kalau tak buka mulut, tiada siapa yang tahu.
Masalah hati tidak semestinya puncanya kerana kecewa bercinta. Boleh jadi kerana kisah silam. Boleh jadi kerana dikhianati. Boleh jadi kerana kehilangan seseorang yang penting buat kita.
 Yang menjadikan masalah lebih parah, apabila kita sukar untuk 'move on' dari kekecewaan.

Apa erti sebenar 'move on'?
Move on tidak bermakna anda perlu melupakan kisah silam anda.
Move on bermakna anda perlu memandang ke hadapan, dan jalani kehidupan dengan lebih baik.
Tak bermakna kita perlu melupakan, tetapi kita perlu mengatasi  Kadang-kala, perlu juga sesekali kita melihat ke belakang, untuk mempelajari kesilapan dahulu agar tidak mengulanginya.

Ya tak mudah. 
Malah majoriti mungkin menghadapi kesukaran untuk move on.
Adakah ini bermakna kita lemah?
Ya, lumrah hati manusia adalah lemah. Tetapi, kerana kita lemah lah, kita menjadi lebih matang, kita menjadi lebih memahami, kita mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik. 
Dengan syarat, kita jangan berputus asa dan sentiasa berusaha.
"We are weak, we are not perfect, that's why we have room to grow"

Bagaimana nak 'move on'?
Buat masa sekarang, hana tidak ada masalah move on dari kecewa bercinta sebab hana tak pernah bercinta. (Tetapi tipulah kalau tak pernah suka orang). Kiranya, hana akan memberi tips umum untuk move on. Tidak senang, tetapi selagi mampu, selagi itu kita cuba buat.

Pertama: luahkan kepada Allah
Ya, luahkan kepada Allah segala-galanya yang terbuku di hati. Berdoalah kepada Allah agar cekalkan hati, teguhkan hati, memberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan mintalah jalan penyelesaian yang terbaik. Menangislah masa ini. Menangis puas-puas. Sampai bengkak mata pun tak apa. Sebab Allah takkan gelakkan anda. Allah dengar dan InsyaAllah, Allah akan memberi petunjuk. Kalau hendak luahkan kepada manusia pun boleh. Cuma, anda perlu ingat, manusia juga ada kekurangan. Terkadang, mungkin ada yang boleh rasa jengkel. Mungkin ada sahaja mulut yang bercakap di belakang kita. Apa yang hana mahu katakan di sini, Allah adalah tempat luahan yang terbaik. 

Kedua: Sibukkan diri
Luangkanlah masa bersama keluarga atau kawan-kawan. Pergilah beriadah atau bercuti di tempat-tempat yang boleh melepaskan stress. Contoh? Contohnya pergi naik roller coaster ke, main bola tampar ke, bola sepak ke, daki bukit/gunung ke, adventure dalam hutan ke. Masa inilah hendak jerit macam beruk atau nak menggila sawan pun boleh. Hehe. Boleh juga kita sibukkan dengan perkara yang kita suka seperti melukis, menjahit, tengok movie. Atau nak tambah pahala, masuklah mana-mana persatuan yang buat amal kebajikan seperti membantu homeless men, membantu anak yatim, membantu anak-anak istimewa dan sebagainya. Kalau asyik terngiang, cuba isi masa dengan membaca buku. Tidak kisahlah buku jenis apa, ikut kesesuaian anda. Kalau rasa hendak menangis, bacalah cerita sedih-sedih. Kalau rasa hendak gelak, bacalah cerita yang lawak-lawak. (Tetapi hana lebih menyarankan baca yang boleh buat kita gelak dan tersenyum). Dengan membaca, kita juga dapat menuntut ilmu :)

Ketiga: Kalau rasa diri tidak kuat, buanglah semua benda yang menyakitkan hati
Tidak semua orang kuat. Pandang hadiah dari si dia, terus menangis terkenang kenangan manis bersama. Kalau begitu, maka buanglah semua perkara yang berkaitan dengan si dia. Buanglah semua mesej, emel, hadiah, block facebook dan sebagainya. 

Keempat: Jerit
Yang ini optional. Orang macam hana, selalunya kalau stress, hana akan main sukan supaya boleh jerit sepuas-puasnya. Kalau tidak pun, dekat rumah pasang lagu metal sebab nak jerit sekali. Haha. 
Tetapi kalau jiran sampai dah marah, cari tempat yang lebih sesuai ya? 

Kelima: Cuba lihat ciptaan Allah
Nak senang, lihat sahaja langit, pepohon yang kehijauan, bunga yang mewarnai taman. eceh. macam sajak. haha. Mainlah dengan haiwan seperti kucing, hamster, arnab, ikan? Ikutlah. Bukan tengok-tengok kosong ya~ Hayati, dan cuba mensyukuri segala nikmat dan keindahan yang Allah dah bagi. 
Yang ini besar kemungkinan anda akan mengingati si dia, oleh itu anda fikirlah, dunia ini luas. Kalau Allah dah cipta sebaik-baik ciptaan, maka yakinlah Allah akan berikan anda sebaik-baik orang dalam kehidupan anda. Kalau anda jenis yang curious, anda boleh fikirkan tentang perkara yang anda mahu tahu dalam dunia ini. Hei, ciptaan Allah banyak rahsia, jadi apa kata selagi anda hidup, anda cari apakah rahsia itu. Seronok malah boleh tambah ilmu pengetahuan.

Keenam: Bacalah Quran dan terjemahannya
Lupa pula hana hendak tulis ini di atas. Yang ini sebenarnya penting.
Faham, kita mesti rasa malas nak baca. Biasa lah itu, typical Muslim Malaysia.
Membaca Quran sahaja tanpa terjemahan adalah sangat rugi, apatah lagi yang langsung tidak mahu membaca Quran. Bukan apa, sebenarnya segala masalah dalam kehidupan terjawab dalam Quran.
Hana banyak kali buat benda ini. Bila hana sedih sebab kawan, apabila hana membaca Quran, kebetulan ayat yang hana baca itu adalah tentang ukhwah dan persaudaraan. Dalam ayat itu ada juga mengatakan tentang meminta maaf. Sekiranya hana bersedih kerana keluarga, kebetulan ayat yang hana baca tentang ibu bapa. Seolah-olah Allah hendak memujuk hati hana yang terluka. Percayalah, tidak rugi. Nak tambah lagi, insyaAllah hati kita juga akan merasa tenang. 

Ketujuh: Terapkan perkataan motivasi dalam diri
Alah, trend sekarang, orang suka kumpul quotes bergambar. Banyak quotes yang mampu berikan anda motivasi. Atau anda baca sahaja kisah-kisah yang memberi inspirasi. Banyak. Cuma anda kena rajin mencari. Alang-alang anda sedang buang masa terngiang-ngiang benda yang dah lapuk, apa kata sibukkan diri untuk mencari yang memberi faedah kepada diri sendiri. Kalau boleh, ulangkan perkataan seperti "Kau cantik hari ini.""Kau hebat!""Love yourself more" dan sebagainya setiap kali bangun dari tidur dan duduk depan cermin. Tak pun selalu tepuk bahu sendiri dan katakan perkara-perkara tersebut. InsyaAllah, anda akan lebih berkeyakinan.
(p/s: ini adalah ilmu psychology. haha.)


Maka, itu sahajalah tips dari hana. Harapnya membantu.
Kadang-kadang, tidak perlu memaksa diri untuk melupakan, sebab lama-kelamaan perasaan/kenangan itu macam benda yang dah pudar dan hambar. 
Hana ulang lagi sekali, tak mudah nak move on, malah mungkin anda akan rasa sakit sebab jatuh banyak kali. Lelah banyak mana pun kita nak bangun, jangan mengalah. Walaupun ambil masa, walaupun perlahan-lahan kita naik.
Sakit dan luka itu hanya sebahagian perjalanan kehidupan. 
Masih ada yang menanti apabila kita kukuh berdiri. 

Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah. :’)


"You always fantasying for a beautiful ending. Why not you live beautifully until the end?"
Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~

Labels: , , , , , , , , , , , , , , , ,

"Watch Me"

Assalamualaikum readers!
fuh... lama betul ye Hana tak on..
"Watch me"? Kenapa? Tiba-tiba je...
Sebenarnya, Hana tertarik dengan 2 quotes ni.

When everyone told you that you can't, you just need to turn around and said, "watch me."

Takde lah, memang manusia selalu begitu tak? Bila kawan kita nak try cuba sesuatu yang baru, mesti kita cakap dekat dia, "Boleh ke kau buat?" atau "Tak takut ke?"
Contohnya, Hana masuk taekwando. Hana bukanlah seorang yang kuat, gagah perkasa, aktif bersukan. Lepas Hana beritahu kawan Hana yang Hana dah masuk taekwando, diorang semua cakap, "Kau kuat ke? Boleh ke lawan nanti?" Hana agak rasa gemuruh, tetapi Hana balas je dekat kawan Hana itu, "InsyaAllah, aku boleh. Disebabkan aku tak kuatlah aku masuk untuk kuatkan diri aku ini." 

Jika kita nak memperbaiki kelemahan diri maka teruskan. Jangan hiraukan kata orang yang mengatakan kita tak boleh malah kita boleh jadikan kata mereka itu sebagai semangat untuk perbaiki diri. 

Quotes kedua pula dari Oz Bezarius dalam cerita Pandora Heart. (yang gambat atas itu.. itu lah dia)

"Although I'm weak and full of flaws, I will never stop moving forward. No matter who I am, no other than myself will create my own existence. No matter what others may think or feel, I will still move forward as myself"

Dan jika kita gagal sekalipun, jangan sekali-kali berputus asa. Malah, kita patut jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran agar kita tidak melakukan kesalahan yang sama. Bak kata ibu Hana, "Kejayaan tidak akan datang jika tidak melalui kegagalan."

Kepada sahabat-sahabat Hana dan readers yang akan menjalani peperiksaan tidak lama lagi, semoga berjaya! Jangan berputus asa dan maju ke hadapan. Buat elok-elok ye~!

(Okey, hana tahu entri kali ini tak se-skema dulu.. tak nak la jadi skema all the time je.. boring =.=")

Ada apa-apa nak kongsi pendapat/quotes/anything la... boleh comment/post kat Cbox hana ye.
Wassalamalaik~

Labels: , , , , , , , ,

Kegagalan Bukanlah Pengakhiran


Assalamualaikum readers!
Hohoho! Akhirnya balik rumah ni. Blog hana pun agaknya dah bersarang XP
Hana menempuhi pelbagai cabaran dengan asrama yang takde AIR!
Takpe takpe... Ada hikmahnya disebalik takde air...
Okey, apa-apa pun, topik hari ni yang hana nak kongsikan
"Kegagalan Bukanlah Pengakhiran"

"Besar betul gambar kali ni! erm... Hana ni... baru lepas periksa ke?"

Hana periksa 3 Mac la... Tak semestinya nak kongsi tentang topik ni mesti lepas periksa.
Hana pilih topik sebelum periksa sebab, lepas periksa, kalau tak dapat apa yang kita nak, ingatlah entri dalam blog hana ni. Biar jadi pembakar semangat. 

Firstly, Hana nak tanya readers yang sedang membaca nih. Apa korang rasa bila korang GAGAL dalam peperiksaan? KALAH dalam perlawanan? BANKRAP dalam bisnes? dan apa-apa jenis kegagalanlah...

Of course, korang akan rasa sedih, lemah semangat dan rasa korang tak sehebat orang yang berjaya kat luar sana.
Sekarang, hana nak korang setkan dalam otak.
Hidup ini umpama roda. sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah.
Kegagalanlah yang membuatkan kita jadi matang. Dari situ, kita dapat pelajari kesilapan dan kesalahan agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. 
Jangan rasa korang tak sehebat mereka di luar sana.
Sebenarnya, korang lagi hebat dari mereka. Korang mempunyai pengalaman rasa gagal berbanding dengan mereka. 
Jadi. korang tahu macam mana nak tangani masalah korang.

Paling penting, jangan bersedih hati. Sepatutnya kita kena rasa bersyukur sebab Allah masih ingat kita. Allah tak mahu kita jadi ria', takbur dan sombong. Sentiasalah berdoa pada Allah. Sesungguhnya doa itu senjata orang Islam yang paling hebat!.

So, jangan fikir kegagalan itu sudah habis... finish.. tamat..
TAK! KEGAGALAN BUKANLAH PENGAKHIRAN!
Korang perlu teruskan usaha!
Bagi hana, hana tak tengok pada hasil tapi hana tengok pada usaha seseorang.
BERUSAHA ITU TANGGA KEJAYAAN

Ada apa-apa soalan, tinggalkan komen anda di cbox atau comment kat bawah ni.
Semoga kita berblogging lagi.
Wassalam alaik~


Labels: , ,


new past