TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Malu Perisai Iman

Assalamualaikum readers!
Wah! Lama betul Hana tak buka blog ini. Lebih banyak sarang Hana tengok!
Sarang burung, sarang labah-labah, sarang anai-anai... senang cerita semua sarang ada :D
Okey, nampaknya Hana still tak berubah... mesti kena ada anime. =.="
Dah! Dah! Lets focus on our topic today.
"Malu Perisai Iman"? Kenapa ya?

Malu itu sebahagian Iman. Malu yang dimaksudkan Allah ialah malu kepada Allah, malu melakukan maksiat dan malu apabila meninggalkan ketaatan.

Malu merupakan landasan akhlak nulia dan sentiasa berpaksikan kebaikan. Sesiapa yang tinggi sifat malunya, maka lebih banyak kebaikan yang diperolehnya. Manakala, sesiapa yang rendah sifat malunya, maka sedikitlah kebaikan yang diperolehnya. Malu adalah perisai bagi seseorang daripada tindakan yang boleh merosakkan dirinya terhadap agamanya serta akhlak dan maruahnya. Malu dapat menghalang seseorang terjerumus daripada melakukan kemaksiatan.

Orang beriman wajib mempunyai sifat malu kerana ia pendorong kuat untuk berkelakuan baik dan menjauhi tingkah laku yang buruk dan keji. Seseorang yang tiada sifat malu, tidak akan menghiraukan sebarang keburukan atas perlakuannya. Apabila sifat malunya sudah tidak ada di dalam diri, maka berlakulah pelbagai kemungkaran seperti tidak menghormati ibu bapa, pelajar tidak menghormati guru, tempat maksiat dikomersialkan untuk dikunjungi, perempuan dan lelaki berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, tidak beradab di atas jalan raya, jawatan menjadi rebutan, pemimpin mengambil kesempatan dengan jawatannya dan banyak lagi.

Tetapi... Malu Biarlah Bertempat

Usahlah kita malu untuk membela kebenaran. Terutamanya apabila kita melihat kemungkaran.
Selalunya kita akan tidak menegur, tidak menghalang apatah lagi tidak jika nak mencegah dengan alasan malu untuk mencampuri urusan orang lain.

Daripada Abi Sa'id al-Khudri s.a., Nabi S.A.W. bersabda dan bermaksud: 
"Sesiapa antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Apabila dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Apabila dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hati dan itulah selemah-lemah iman." 
(Riwayat Muslim)

Kita wajib membetulkannya kerana tanggungjawab dan amanah kita sebagai saudara Islam. Seharusnya kita tidak perlu malu untuk menegakkan perintah Allah.


Jangan Malu Menuntut Ilmu

Pepatah Melayu ada menyebut: "Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut."
Dalam usaha menuntut ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi, perasaan malu perlu dikikis habis-habisan. Hal ini demikian kerana ilmu ynag difahami boleh dimanfaatkan dan disebarkan.

Kita mesti bersikap proaktif dalam menuntut ilmu. Lihat sahaja dalam sesebuah majlis ilmu, sekolah atau di bilik kuliah, tiada pertanyaan dikemukakan, kononnya malu dikatakan soalan "bodoh". Ramai juga yang malu  dalam menuntut ilmu dengan alasan sudah tua serta otak sudah berkarat atau lembab. Maka, mereka akan berkekalan menjadi orang jahil tanpa ilmu.
Ingatlah bahawa Ilmu tidak akan mati.

dipetik daripada SOLUSI
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya,
sifat malu perlu ada pada setiap orang yang beriman kerana orang yang malu kepada Allah S.W.T. akan menjaga mata, telinga, mulut, dan anggota-anggota lain dari maksiat. Perasaan malu kepada Allah juga akan membolehkan seseorang menjaga diri dan kemaluannya daripada melakukan zina. 
Inilah kebahagiaan apabila seseorang itu memiliki rasa malu kepada Allah.

Okey, itu sahaja untuk hari. Harap readers dapat ambil ikhtibar dari post kali ini.
Ada apa-apa nak share, boleh melalui cbox or comment...
Wassalam alaik~

Labels: , , , ,

Duhai Wanita, Mahalkan Maruahmu

Assalamualaikum readers!
hohoho... rindu hana tak? XP
ye ye... hana dah tengok cbox dah... Sori sebab hana dah buatkan blog ni berhabuk lagi sekali.
Hana baru balik dari asrama sebenarnya.
Baiklah, sekarang kita fokuskan tajuk kita hari ini.
Walaupun tajuk macam untuk kaum hawa je, tapi sebenarnya kaum adam pun kena ambil ikhtibar jugak!

Seperti yang kita tahu, lelaki memang pandai bab-bab mengungkapkan ayat yang boleh mencairkan hati. Hanya untuk satu perkara sahaja. Untuk mengisi nafsu yang sedang dahaga. Hati wanita pula terlalu lembut sehingga mudah tertipu dengan kata-kata mereka. Hana tahu hati wanita memang lembut sebab hana pun wanita juga. (erm.... mungkin sesuai dengan perempuan sebab hana masih muda lagi XP)

Cinta manusia memang indah. Setiap lafaz yang diungkapkan begitu indah didengari dan dibisik di hati kita. Tetapi, betul ke yang dilafazkan itu adalah ihklas dari hati mereka? Hana faham, perasaan cinta itu satu fitrah. Memang hana tak nafikan cinta itu fitrah. Tetapi kenapa kita sering terlupa bahawa ada satu cinta yang paling indah dan tidak boleh ditandingi? Kenapa kita tak halakan fitrah cinta itu untuk mencintai Allah? Sedangkan, Allah sayang pada hambanya tak kira yang ingkar kepada-Nya atau taat kepada-Nya, Allah masih beri nikmat kepada kita. Bak kata artikal dekat papan BADAR, "Sweetnya Allah..."

Ada seorang sahabat hana cakap, 
"Jika seseorang lelaki itu benar-benar mencintai kita, maka dia tak akan rasa dirinya layak untuk bersama kita... sebab dia tahu bahawa maruah seorang wanita memang mahal harganya yang tak boleh dibayar dengan duit atau harta"

Wanita,
Jangan murahkan dirimu... Jangan murahkan maruahmu!
Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak.
Kuatkan dirimu untuk mengalahkan ungkapan yang manis dan indah yang diungkapkan oleh lelaki. 

Kaum Adam,
Jika benar kamu mencintai si Hawa,
Maka periharalah mereka... Jangan tenggelamkan mereka dengan dosa,
Pimpinlah mereka untuk ke syurga dan bukannya bersama dirimu ke neraka.

Masih belum terlambat untuk kita berubah niat. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Semoga entri kali ini, hana dan readers semua dapat manfaat.
Kalau ada soalan or pendapat yang nak dikongsikan, amat dialu-alukan tulis kat komen atau cbox.

Wassalam alaik~


Labels: , ,


new past