Hei! Pandang Aku!
"Chip Chip", terus ditatapnya skrin yang bercahaya itu. Tersengih sorang-sorang, entah dari siapa. Nak kata dari suami tak kahwin lagi. Nak kata boyfriend, karang kena cepuk pula dengan dia ini.
Aku nak tumpang gembira, tetapi lagi sakit hati aku ini. Rasa nak campak sahaja makhluk yang dekat tangan dia itu. Hish! Kalau begini, baik aku blah sahaja. Ajak keluar tetapi pandang pun entah ke mana. Duduk satu meja, tetapi terasa jauh. Sudah la, buang masa orang lain sahaja.
"Hei! Pandang Aku!"
Haaa... halo everybody~ Assalamualaikum.
Huhu, permulaan entri kali agak berbeza hendak dibandingkan dengan entri-entri sebelum ini.
Bagaimana? Seronok membaca cerita sangat pendek di atas? Atau banyak pedang yang tertusuk di hati? Ke tidak rasa apa-apa? Yang tidak rasa apa-apa itu baguslah. Mungkin tidak pernah buat perkara di atas. Alhamdulillah.
Di sini, Hana bukan nak jadi anti-phone ke apa. Hana tidak nafikan telefon pintar banyak faedah dan membantu kita dalam kehidupan seharian. Malah telah menjadi satu keperluan zaman kini. Nak hantar assignment senang, kalau sakit boleh whatsapp lecturer terus, kalau rindu family boleh calling-calling, kalau nak bangun tahajud boleh set alarm, kalau nak ingatkan tarikh penting boleh save dekat calendar dan sebagainya. Serius, Hana tidak akan nafikan kebaikan telefon pintar ini!
TETAPI
ia juga bergantung kepada penggunanya. Jika penggunanya menyalah gunakan telefon pintar, maka lebih banyaklah keburukannya. Jika penggunanya menggunakan telefon pintar ke arah kebaikan, maka kebaikanlah yang diperolehnya.
Bukannya apa, Hana cuma rindukan saat dulu-dulu sahaja. Kalau jumpa atau ada gathering dengan member, macam-macam benda semua nak cerita, bertukar salam bertegur sapa, ketawa bersama pelerai duka, seronok je rasa. Dapat merasai kehangatan silaturrahim.
Sekarang?
Hana sedih. Sedih tengok anak-anak leka menatap skrin bercahaya sedangkan ibu bapa ada di depan mata. Tidak bersapa, tidak pula dipandangnya. Adakalanya terkilan melihat sahabat yang tersengih seorang diri tetapi bukannya kerana kita. Kerana membaca setiap perkataan yang dibacanya dari telefon pintar. Seolah-olah, persahabatan rakan-rakan di alam maya itu lebih berharga daripada persahabatan rakan-rakan yang ada di depan mata.
"Pandang aku"
"Dengar cerita aku"
"Faham aku"
"Sayang aku"
"Luang masa dengan aku"
"Gelak dengan aku"
"Menangis dengan aku"
"Bantu aku"
"Atau, sebenarnya aku ini bukan apa-apa pada engkau?"
Our world now is advanced but cold.
Dengar sini makhluk bergelar manusia.
Telefon rosak boleh diganti, Hubungan rosak susah hendak baiki.
Orang yang tersayang pergi, takkan kembali.
Andai jasad itu telah tiada, kau tak sedar ditelan masa. Nak menyesal sudah tak kata apa
Waktu itu kau akan meminta, supaya masa boleh diputar kembali.
Tidak salah untuk menggunakan telefon pintar, tetapi berpada-pada.
Jangan kerana leka, kau buang perkara yang paling penting dalam kehidupan kau.
Belajarlah menghormati. Belajarlah menyayangi. Belajarlah menghargai.
InsyaAllah, kau juga gembira dengan kehidupan kau.
Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~
Labels: hana corner, hanaflamehaze, Hei! Pandang Aku!, Merapatkan ukhwah, Mutiara kata, nasihat, Pengalaman, Pesanan, Tegur, telefon, telefon pintar, Tinggalkan
new past