TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Minda Khalifah Super

Assalamualaikum readers~
Ha... cantik tak blog hana sekarang? First time guna blogskin ini! (rasa pelik sangat XD)
Gambar atas itu smart? Kan?! Itu cerita anime yang tengah hot sekarang :3
Okey, cukup-cukuplah untuk merepek. Itu bukan tujuan hana untuk entri kali ini.
Nampak tak tajuk dekat atas itu? "Minda Khalifah super".

Jarang sekali kita mendengar kisah tokoh yang mempunyai nama besar, berjaya dengan cara mudah. Tidak kira sama ada mereka tokoh jutawan, tokoh akademik mahupun tokoh pemimpin, biasanya mereka akan menempuh kesusahan dan kegagalan pada permulaannya.

Daripada kesusahan dan kegagalan itu mereka bangkit kembali untuk berjaya. Bangkit setelah jatuh, seterusnya tidak serik menempuh kembali kesusahan apabila kejayaan belum juga mendatang. Setelah melalui semua itu akhirnya barulah menghasilkan kejayaan.

Contohnya, bayangkan readers sedang mendaki gunung everest bersama-sama sahabat-sahabat readers. Tiba-tiba, dalam perjalanan menuju ke puncak gunung, readers mendapati bahawa ribut salji melanda dan readers terperangkap di suatu tempat bersama sahabat-sahabat readers. Bagaimanakah reaksi readers? Hana beri dua pilihan:

A. "Ribut salji... Kita terperangkap di sini nampaknya. Alhamdulillah, sini selamat. Syukur ya Allah"
B. "What?! OMG! OMG! No! No! No!"

Jika dia seorang yang hebat, maka dia pilihan A adalah reaksi yang akan ditunjukkan. Readers boleh membuat renungan sendiri berdasarkan pilihan reaksi readers. Jangan fikirkan untuk mengukirkan kejayaan adalah mudah. Mereka jatuh dan kegagalan itu bukan sekali, bahkan mungkin berkali-kali! Dari mana datangnya semangat luar biasa itu?


Aktifkan Kuasa Minda Super

"Kental sungguh!"
Mungkin itu antara ungkapan yang terpancul dari mulut apabila diceritakan ada orang berjaya bermula dengan kesusahan dan kegagalan. Mereka tabah dan cekal untuk menghadapinya.
Persoalannya, dari mana datangnya kekuatan itu? Mungkin ini yang sedang kita fikirkan. Jawapan hana, ia datang daripada kuasa minda kita. Minda memainkan peranan yang sangat penting. Ia sumber kekuatan kekuatan sebenar seseorang.

Dengan kata lain, minda adalah kekuatan infiniti. Tiada had. Ia mampu memetik suis tenaga dalaman seseorang. Apabila suis minda telah dinyalakan, ia pasti membekalkan semangat dan tenaga yang luar biasa walaupun di luar jangkaan. Tidak percaya? Baiklah, kalau begitu, cuba readers bayangkan seseorang yang dikejar seekor anjing. Ketika itu, hana rasa lariannya mungkin dah kalahkan pelari paling pantas di dunia iaitu, Usain Bolt. Entah-entah, ketika itu dia juga mampu memanjat tembok yang tinggi yang sebelum ini tidak terfikir pun yang ia mampu memanjatnya.

Ha... Luar biasa bukan? Apabila minda katakan: "Aku Boleh", maka kita pasti boleh!


Magis Super Mukmin

Hakikatnya, Allah menganugerahkan kita dengan akal bukan sahaja untuk berfikir, tetapi juga untuk membina kuasa dalaman yang luar biasa. Kita mampu menterbalikkan segala yang negatif menjadi positif. Inilah minda khalifah super!
Membina minda positif ini bukanlah penemuan baru yang dikaji oleh manusia, sebaliknya pernah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. Inilah formula kejayaan untuk manusia membina semangat juang yang luar biasa dalam pentas kehidupan.
Baginda S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Sungguh ajaib urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak akan berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar, maka itu juga kebaikan baginya." 
(riwayat Muslim)

Lihat, Baginda menghidupkan pemikiran yang positif dalam hidup seseorang Mukmin. Apa-apa yang terjadi dalam kehidupan, semua itu kebaikan baginya. Dengan itu, ia akan tabah dan bersemangat untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Bahkan lebih bersedia menghadapinya.
Asasnya, kuasa minda ini mampu memacu jiwa kita menjadi lebih kental.

Tuntasnya, jangan kita sia-siakan  anugerah minda ini. Jangan kita isinya dengan pemikiran yang tidak sepatutnya. Jaga dan manfaatkannya. Ia sumber utama kelebihan seseorang manusia! Jangan biarkan orang yang hebat sahaja yang boleh dapat tepukan, kita bila lagi? Bermula daripada sekaranglah kita perlu hidup dengan penuh yakin dan bermakna. InsyaAllah, kejayaan akan tercapai.
"Don't give up. Even you can't see your destination yet, just don't give up. There is always has a way."

Jika readers ada apa-apa yang hendak dikongsikan, ruang komen hana sentiasa terbuka untuk readers :)
Sebarang persoalan juga boleh diterima, tetapi ilmu hana ini terhad. Kalau hana boleh jawab, hana jawab. Kalau hana tidak dapat jawab, boleh rujuk kepada yang lebih pakar.
Sekian, wassalamalaik~

Labels: , , , , , , ,


new past