Khasiat Bangun Pagi
Assalamualaikum readers!
Uwah!! Dah memang bersarang teruk blog ini!
Al-maklumlah, tahun ini tahun periksa =.="
Tetapi, hana tidak boleh putus asa sekarang! Semangat nak belajar itu masih ada. Tengok, gambar kali ini pun ada gambar buku. :D
Sebenarnya, hana sendiri pun tidak percaya yang hana nak post benda ini.
(hohoho... anak dara ini pun bangun lambat juga :P)
(hohoho... anak dara ini pun bangun lambat juga :P)
Baiklah, sebelum hana mulakan isi post kali ini, hana ada satu soalan cepumas.
Pukul berapa readers selalu bangun?
Kalau masa hari kerja atau hari sekolah, ya, hana percaya semua boleh bangun awal.
Bagaimana pula dengan hari cuti umum? Adakah readers bangun sama waktu dengan readers bangun pada hari kerja atau hari sekolah?
hana memang tabik spring kepada sesiapa yang memang dia bangun sama waktu dengan waktu dia bangun semasa hari kerja atau hari sekolah. Hana sendiri pun tidak lepas. Lepas ini pun, hana nak cuba bangun sama waktu dngan waktu hana bangun semasa hana dekat asrama.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi."
(Riwayat al-Tirmizi)
Sebagai orang Islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat subuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikan secara berjemaah di masjid. Akan tetapi, manfaat bangun pagi bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid, bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan. Hmmm.... manfaat dari sudut kesihatan? Apa ya?
1) Fikiran Menjadi Lebih Segar
Sebenarnya, bangun seawal 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita lebih segar dan dapat mengurangkan tekanan dan stres dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut lebih efisien dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita berkerja dengan berkualiti.
Jadi, kepada readers yang ingin menjadi pekerja cemerlang, pelajar cemerlang, bangunlah awal pagi dan jangan tidur balik selepas itu. Allah sudah bagi kita tidur pada waktu malam. Jangan jadi burung hantu macam hana.
2) Dapat Mengambil Sarapan
Ha.... siapa yang tidak ambil sarapan?! Kalau readers hendak tahu, sarapan inilah makanan otak kita. Mengambil sarapan adalah sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Kajian telah menunjukkan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak menyumbang kepada kegemukan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi waktu itu. Sebaliknya,jika kita tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga. *gulp*
3) Dapat Melakukan Aktiviti Senaman Pagi
Ara~ benda inilah yang hana memang jarang yang teramat untuk buat. Hana ada geng ke dekat sini? :P
Okey, apabila kita bangun awal pagi, semestinya kita ada masa untuk bersenam pada waktu pagi. Pada waktu pagilah membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Kita memang tidak akan jumpa udara sebersih ketika waktu pagi kerana pada waktu lain udara telahpun dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga dapat menikmati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikan tulang dalam badan kita.
4) Tidak Tergesa-gesa dan Terburu-buru
Dengan yakin dan pasti kalau kita bangun lewat, kita pasti tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak berkualiti dan tidak menarik. Yang paling bengang sekali kalau kita tertinggal dompet, kerja sekolah, dokumen-dokumen untuk kerja dan sebagainya. Jika kita bangun awal, kita boleh merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang.
Sumber daripada
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Haa.... readers sekarang sudah tahu kan? Hana sarankan kepada readers supaya cuba tanya Encik Google tentang khasiat mandi sebelum subuh. Pergh! Kalau hana cakap satu khasiat dalam post ini, mesti ramai terus tekan new tab lepas itu tanya terus Encik Google. Kenapa tidak post sahaja? hehe... Malas :P
Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan ilmu. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :)
Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada Encik Google ya?
Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada Encik Google ya?
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya?
Hana harap readers enjoy baca post kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.
Wassalam alaik~
Labels: Ilmu, Khasiat Bangun Pagi, nasihat, Pesanan, Tips
new past