Dugaan Hidup Mengajar Erti Kehidupan Sebenar
Assalamualaikum readers!
Nak cakap pasal apa?
Hari ni hana nak cakap pasal yang ada pada tajuk.
Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.
Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah (macam hana), rasa diri kita tak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tak adil dan mahu susahkan kita!
Kadang-kadang kita salahkan sahabat baik kita sendiri dan orang sekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.
Mulalah, buruk sangka kepada Allah akan terus jadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tak tahu apa dan sebabnya.
Realitinya dugaan itu..
Yakin dan pastinya sebagai seorang muslim kita mestilah rasa yang setiap dugaan yang kita terima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah yang mahu kita berfikir sejenak !
Dugaan yang datang adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk dekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta harapkan pertolongan dari Allah.
Kita mesti ingat bahawa nikmat hidup diatas dunia ini hanya sementara. Sebab itu bagi orang yang buat dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya.
Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman darinya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah ampunkan dosa itu.
Bukan untuk menzalimi kita tetapi untuk memberi peringatan supaya kita bertaubat. Dan tak teruskan perbuatan dosa itu sampai bila-bila, dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas dosa-dosa kita yang lalu.
Sedangkan Allah telah berfirman:“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”
Kita mesti ingat, setiap dugaan pasti ada hikmah disebaliknya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Baiklah, setakat ni sahaja entri untuk kali ni. Kepada sepupu hana yang tadi kena bebel dengan hana, harap ambil ikhtibar dari entri kali ini. Kepada readers, kalau ada soalan or pendapat yang nak dikongsikan, boleh tulis kat komen ataupun kat cbox.
Wassalam alaik~
Labels: Dugaan
new past