Maafkan daku sahabat...
Assalamualaikum readers!
Korang pernah gaduh dengan kawan?
Tak baik la gaduh-gaduh.....
Berbaik semula okey?
"Nanti dia mungkir janji lagi. Ish! Buat sakit hati je!!"
Setiap manusia mempunyai kelemahan tersendiri.
Kita ada kelemahan, sahabat kita pun ada kelemahan.
Korang pernah tanya sahabat korang,
"Aku pernah sakitkan hati kau tak?"
Mesti la dia jawab,
"erm... takde kot..." atau "ala... perkara dah lepas, rileks la..."
Tapi, kalau lah korang korek hati diorang, mungkin kesakitan itu lebih banyak dari yang korang jangkakan.
So, kalau diorang tak tepati janji ke, bagi peluang dekat diorang untuk explainkan.
Hana ada baca satu entri dekat satu blog ni... blog Allah Seeker
Hana suka sangat ayat dia guna...
Meh hana kongsikan.
and of course hana copy paste XP
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang sangat memahami.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran seorang sahabat,
begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..
Kita cuma mengambil kira tentang harapan & perasaan diri kita sendiri.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan & membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu,
terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita,
dia juga tahu rasa kecewa.
Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya kita mempunyai sahabat yang sentiasa memahami.
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa & ketakutan.
Harapan ,cita-cita & impian juga kita luahkan padanya.
Dengan izin Ilahi, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita sehingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya & rasa gelisahnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan & berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa & ingin menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,
boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan sahabatmu..
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, suka, sedih & kecewa.
Dia juga ada kelemahan & memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan
Jadilah kau sahabatnya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya

dia tidak setabah yang kau sangkakan & tidak sekuat yang kau rasakan.
Di sebalik senyumannya mungkin terdapat 1000 kesedihan yang ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan 1000 kekalutan yang ingin diceritakan.
Di sebalik senyumannya mungkin terdapat 1000 kesedihan yang ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan 1000 kekalutan yang ingin diceritakan.
Di sebalik kegembiraannya mungkin tersingkap 1000 kegusaran yang ingin dikongsikan.
Kita tidak akan pernah tahu..
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita
akan tahu..
Kita tidak akan pernah tahu..
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita
akan tahu..
Haa.... syok tak baca ayat kat atas?
Terharu? Tersentuh? Terasa?
So, hargailah sahabat-sahabat korang...
Naruto Uzumaki dalam cerita Naruto pernah cakap,
"People who broke the law are called trash,
but people who abandon their friends are worth than trash"
(orang yang tidak mengikut peraturan adalah sampah, tetapi orang yang tinggalkan kawannya adalah lebih teruk daripada sampah)
Okey, jom angkat tangan sama-sama, kita nak baca doa.
Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin
Apa-apa soalan, boleh tinggalkan mesej di bahagian comment ataupun di cbox blog hana.
Wassalam alaik~
Labels: sahabat
new past