TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum readers!

"Kenapa lambat sangat post pasal ni? Kenapa tak siang-siang tadi?"

Orang buat kerja sekolah la..... =.="
Sebelum itu, stop kan lagu kat bawah blog hana.
sebab hari ni kita nak selawat banyak-banyak untuk Rasulullah S.A.W,

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
Selawat ke atas junjungan mulia, syafaatnya tak terhingga . 

Hana ada soalan. Kenapa umat Islam sekarang kebanyakannya berat sangat mulut ni nak selawat ke atas Rasulullah S.A.W?
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)

Kenapa kita yang kerdil ini malas nak selawat?
Readers tahu tak bahawa Rasulullah sayang sangat kat umatnya?
Ada satu kisah perbualan Rasulullah S.A.W dengan sahabatnya.

Suatu hari, Rasulullah bertanya: "Siapakah hamba Allah yang mulia?" 

Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"

Sahabat menjawab: "tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"

Rasulullah tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Rasulullah berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan....

Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata: "Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku, bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA, MEREKALAH UMATKU ! 


Hana baca ni hana rasa nak nangis.
Hana ni pun bukan setiap masa ingat Rasulullah S.A.W.
 Sedangkan Rasulullah S.A.W ingat dekat kita setiap masa.
Sebelum Rasulullah S.A.W. wafat pun dia masih lagi ingat kat umatnya.
Baginda menyebut "UMMATI, UMMATI, UMMATI". Hayati lah video di bawah.


Kita pulak macam mane?
Berakhirnya tarikh 12 Rabiulawal 1433 H bukanlah penamat untuk segala-galanya.Teruskan berselawat kepada kekasih ALLAH. ALLAH dan malaikatNYA pun berselawat memberi segala penghormatan kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam inikan pula kita insan yang kerdil.

Sebelum hana akhiri entri ni, jom kita sama-sama selawat lagi sekali untuk Rasulullah S.A.W.

اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ

Wassalam alaik~

Labels:


new past