TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Pesanan Buat Si Mawar Berduri

Assalamualaikum readers.
How are you today?
Eceh eceh... speaking pulak XP
Sebenarnya, pesanan ini dari akak senior hana dekat sekolah. 
Hana suka sangat ayat-ayat yang dia buat! 
So, hana copy la... Hana nak post la pesanan tu.
Pesanan ini khas untuk semua yang digelar kaum Hawa.
Kaum Adam pun boleh ambil ikhtibar.
Baca dengan teliti dan ambil pengajaran.

----------------------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya, kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disanjungi. Bukannya diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanMu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan sang kumbang terfikir beberapa kali sebelum mendekati.

Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tetapi sayang tidak berduri....
Kau tidak layak lagi untuk dimahkotakan sebagai Si Mawar Berduri.
---------------------------------------------------------------------------------------

Ha..... Best tak ayat dia? Maksudnya akak senior hana ni bukan calang-calang orang.

"Baguslah ayat dia! Tapi kan hana... Hana kan anime otaku? tahun ni takde lagi post pasal anime... takpe ke?"

Ade orang rindu hana post pasal anime ke?
Kan azam hana tahun ni nak kurangkan post pasal anime.
So, kena lah tahan nafsu sikit! 
Baru la tercapai azam kita tu. 
Ok lah, apa-apa soalan,
sila tinggalkan komen atau mesej sahaja dekat Cbox.

Wassalam alaik~

Labels: ,


new past