Cara Mengubah Diri Menjadi Baik
Assalamualaikum readers!
Adoi la... dah berhabok dah blog hana ni... Dah lama tak update.
Hana nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update/buka blog ni. Bila hana buka je blog ni, dah ada orang cakap nak tempah header. Kesian korang tunggu lama pasal header nih! ><"
Sebenarnya Hana baru balik dari asrama.
Okey, sambung balik topik kita.
Ada orang dia nak mengubah diri diorang jadi baik tapi selalu sampai tengah jalan je. (betul tak?)
Pertama: Mulakan dengan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.
Kedua: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.
Ketiga: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.
Keempat: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat. Tapi janganlah hukum teruk sangat sampai boleh membawa maut.
Kelima: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri. Lama-lama dah biasa lah...
Keenam: Jangan cepat putus asa. Sekerat jalan je? Macam mana nak berjaya kalau sekerat jalan dah mengaku kalah... Berusaha tangga Kejayaan.
Okeylah.. Sampai sini sahaja. Kepada yang nak tempah header.. Sabar ye~
On progress. Kalau nak tanya apa-apa soalan, boleh tanya dekat cbox ataupun komen je.
Yang nak bagi pendapat pun boleh tulis dekat komen.
Wassalam alaik~
Labels: Mengubah Diri
new past