TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Mahabbah

Assalamualaikum readers!
Apa khabar? Sihat?
*knock knock*
Apa khabar hatimu? Apa khabar imanmu?
Hmm? Harapnya semua baik-baik belaka.
Sebenarnya kali ini hana nak kongsi satu pengalaman yang cukup manis sekali!
Pengalaman yang akan hana ingat sampai ke tua.
Pengalaman yang memberi satu pengajaran.
Pengalaman yang hana gelarkannya sebagai
"Mahabbah"

Tidak ingat bila pengalaman istimewa ini berlaku tetapi yang hana ingat ketika itu hana pergi ke IOI City sebab hendak main ice skating
Hmm? Dengan siapa?
Dengan insan istimewa yang sentiasa menyinari hidup hana.
Sejuk mata memandang, lembut suara didengar, kasih dan cinta yang tidak terhingga!
Semestinya, keluarga hana. hehe :3

Hana teruja sangat pagi itu! Mana tidaknya, kali pertama hendak bermain ice skating.
Hana ingat lagi, dahulu semasa kecil, hana selalu fikir yang ice skating ini hanya boleh dimain di tempat negara yang bersalji. Terkubulah satu impian untuk belajar di luar negara supaya boleh main ice skating. haha! XD
Ibu dan ayah hana pandai main sebab dahulu mereka pernah bermain di U.S.A. Mereka belajar dan berjumpa di sana. (Teringin juga nak merasa bertemu dengan jodoh di negara orang. Tak ke romantik gitu? eheh.)
Hana sekeluarga memang plan pergi IOI City semata-mata kerana ice skating. Malangnya, ibu dan adik lelaki hana tidak mahu main. Yang beriya-riya nak main hanyalah hana seorang. Ayah hana main juga, tetapi sekadar menemani hana sahaja.

Maka bermulalah suatu pengembaran dan cabaran buat hana apabila meletakkan kaki di dalam gelanggang ais itu. Uish! Hana tidak pernah lepaskan dinding lutsinar di tepi gelanggang. Kalau lepaskan, confirm jatuh la jawabnya! xD
Maka, hana pun cuba secara slow and safe. Ayah hana sudah tua, jadi ayah hana selalu keluar gelanggang untuk berehat. Maka, tinggal lah hana seorang diri, di tepi gelanggang, tanpa ada teman bermain. Tengok kiri kanan, semua orang ada kawan-kawan, keluarga, bergelak tawa, hana pula main skating seorang diri sahaja. (Terasa lonely sekejap ketika itu)
Boleh kata, hana sudah tawaf satu gelanggang itu, tetapi masih juga tidak pandai main. Sampailah suatu ketika di mana, hana memberanikan diri (kononnya dah pandai) untuk bermain di tengah gelanggang. Malang tidak berbau, hana hampir terlanggar ada seorang kakak yang bertudung bidang labuh. Dia pun mengacah hana, acah-acah hendak tolak hana. Hana apa lagi, panik lah! Dah panik, jatuh lah pula xD. Kemudian datang lagi seorang akak yang bertudung labuh juga, tetapi berniqab.

"Adik okey tak? Dari tadi asyik mengendeng sahaja kat tepi," tanya akak yang mengacah hana tadi.

Hana hanya mampu tersenyum. Senyuman yang mengatakan, "Mestilah mengendeng kat tepi. Orang ini mana reti main skating".

Dua orang kakak itu tarik tangan hana nak tolong hana berdiri semula. Tiba-tiba, dua orang kakak ini menarik tangan hana dan bawa hana ke tengah. Allahurabbi! Takut sangat masa itu. Badan seimbang? 180 darjah tak seimbang ada lah! Hana jatuh banyak kali, hana minta maaf dekat kakak-kakak itu sebab macam menyusahkan diorang pula nak angkat hana seorang ini banyak kali. Tetapi kakak-kakak itu just smile and laugh. Mereka ajar hana teknik skating yang betul. Susah, sebab hana tidak pernah main skate roller so it's really hard. Tetapi, akak-akak ini tidak pernah mengeluh pun bila ajar hana. Mereka ajar hana sampai hana pandai main.

Sambil mengajar itu, hana sempat juga interview dua orang akak ini.
Yang bertudung bidang labuh, pakai kaca mata namanya Kak Humaira. Yang berniqab pula namanya kak Hannah. Mereka pelajar matrikulasi. Dulu, mereka ini pelajar sekolah harian biasa sahaja. Bila hana dapat tahu pasal itu, hana memang respect akak-akak ini. Ya lah, hanya bersekolah harian biasa tetapi cukup manis menutup aurat dan bertudung labuh. Budak-budak SMKA pula, sudah jelas pelajar sekolah agama, tetapi ramai yang lebih memilih untuk menyingkatkan tudung, pakai baju sedikit ketat menampakkan susuk tubuh badan.
Hana bukan nak burukkan nama pelajar SMKA, tetapi itulah hakikat sekarang ini.
(Hana pun pelajar SMKA so I kinda know them well)
Still, bukan semua begitu. Cuma hana sedikit kecewa sebab bukan semua ada kesedaran tentang kepentingan menutup aurat dengan sempurna.

Hasil penat lelah akak-akak itu mengajar hana, akhirnya hana dah pandai skate XD
I thought akak-akak itu have fun for themselves selepas ajar hana, tetapi hana silap.
Diorang pergi tolong orang lain yang terkial-kial macam hana mula-mula main.
Terdetik dekat hati ini,
"Indahnya kalau semua Muslim begini mahabbahnya. Bantu orang walaupun tidak kenal, bertegur sapa walaupun tidak kenal, berkasih sayang sesama saudara Islam"

Indah kan sekiranya dunia ini begitu.
Tiada permusuhan, tiada yang pentingkan diri sendiri,
semuanya saling berkasih sayang.
KEJAP.
Hana takut orang salah tafsir 'berkasih sayang' yang hana maksudkan.
BUKAN YANG BERCINTA-CINTUN TU YA....
Ini kasih sayang sebagai seorang manusia kepada seorang manusia.
Seorang sahabat kepada sahabatnya.
Seorang anak kepada ibu bapanya.
Ibu bapa kepada anaknya.
Pelajar kepada gurunya.
Seorang jiran kepada jirannya.
dan sebagainya.

Itulah pengalaman yang hana ingin kongsikan.
Banyak juga yang hana belajar daripada akak-akak itu.
Terima Kak Humaira dan Kak Hannah.
Thanks for the lessons.
and thanks for the memories.

Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~

Labels: , , , , ,


new past