TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Pengalaman Banjir di Pahang

Assalamualaikum readers.
Iman sihat? Akal sihat? :3c

"Eh? Kali ini bukan tazkirah? bukan pasal knowledge?"

Ehem... ya, kali ini hana tak mahu cerita pasal tazkirah dan apa-apa tentang ilmu, tetapi hana nak kongsi dengan readers tentang pengalaman hana. Pengalaman yang takkan hana lupakan. Mustahil untuk lupakan. Memang tak mungkinlah! Pengalaman hana berada di Pahang pada 3 DECEMBER 2013.
Ya, pada hari pertama Kuantan banjir teruk.
Sebenarnya, ibu hana ada kerja di Cherating, jadi, kami sekeluarga pergi ikut sekali. Kami bertolak pagi, dalam pukul 8. Hana seperti biasa, lima minit dalam kereta sudah dibuai mimpi. huhu~
Lepas kereta ayah hana masuk ke dalam kawasan pahang (menuju ke Cherating), hana pun terjaga. Masa itu, hujan lebat sangat! Menara komunikasi itu pun dah tak nampak. Nampak kabus je. Macam biasa juga, hana sedang memandang jauh ke luar tingkap, memikirkan masa hadapan (pfffft.. tipu je lah).
Masa itulah, hana perasan, apasal lah sungai ini ada macam pokok dekat dalam itu. Rupa-rupanya, BANJIR! SUNGAI YANG HANA SANGKAKAN ITU RUPA-RUPANYA POKOK-POKOK YANG TELAH DITENGGELAMI AIR.
Aduh... Masa itu, rasa seram sejuk semua ada. Tengok dekat tingkap depan, nampak jalan sudah start naik air. Fuh~ Ayah hana sudah membebel dah masa itu. Yalah... Karang kereta masuk air, tak boleh nak hidup kereta kang. 


Ayah hana masa itu dah berpeluh dah. Hana dengan adik hana dua-dua mula risau. Ibu hana sahaja yang still cool macam tak ada apa-apa berlaku. Bolehlah cerita, ibu hana ini sudah biasa dengan banjir. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Laut, Kelantan lah katakan. Ibu hana siap cerita lagi pengalaman mandi dan menyelam dalam banjir masa ibu hana kecil dulu. Ibu hana kata, Kelantan sudah biasa banjir, dari dulu lagi, so, penduduk dah tahu nak buat apa. Tetapi kalau Pahang, memang jarang sangat banjir. Memang gelabah lah Pahang nanti.
Setelah, 30 minit menghempas pulas untuk sampai ke hotel di Cherating, akhirnya, tiba juga. Hujan memang tak berhenti. Siang itu tak risau sangat sebab air naik lepas itu surut balik, air naik balik, lepas itu surut balik. Bila sudah sampai malam, hujan lebat giler! Air naik dah tak surut-surut dah. Masa itu juga lah air mineral nak dekat habis gara-gara bancuh teh dan kopi ditambahkan lagi dengan maggie. Dah tak boleh nak pergi kedai runcit sebab air naik sampai paras lutut! Ada ke kedai runcit yang buka lagi dekat luar? Memang tak masuk akal lah kalau buka lagi. Ibu hana pun balik bilik lepas sudah selesai kerja yang perlu disiapkan. Ibu hana kata, malam itu ada BBQ dalam hotel. Keresahan dalam hati hana dan adik hana pun terlerai. Ayah hana sahaja yang tak boleh duduk diam. Kejap-kejap berdiri, kejap-kejap duduk, ke sana, ke sini. Pening betul tengok ayah hana yang seorang ini! Hana tengok ayah hana itu dah serabut semacam. Mestilah fikir pasal "KERETA". hehe~ Air sudah naik, mahu tak mahu, habis rosak kereta kesayangan bapaku itu~
Ayah hana dapat call daripada hotel suruh alihkan kereta ke tempat yang lebih tinggi. Lepas sudah alihkan itu, kami sekeluarga bersiap-siap untuk pergi makan BBQ XD 
Ayah hana sudah pesan awal-awal, tak payah nak bercantik sangat sebab nanti basah dan kotor juga. Sebab apa? Sebab nak kena redah banjir la! Aduh! Air paras peha. Mahu tak mahu, redah sahaja. Memang basah kuyup ler jawabnya.
masa ini tak dalam mana pun.
Hujan lebat tak berhenti juga. Dah puas makan, balik bilik dan terus melompat ke katil empuk. Tidur tengah hujan-hujan kan seronok~ Ayah hana tidur tak dapat nak tidur memikirkan kereta yang sudahpun ditenggelami banjir. Malam itu, kami sekeluarga memang berdoa berhabis-habisan, moga-moga, esok kami dapat pulang ke KL.
Keesokannya, banjir sudah surut. Wow! Memang 'bersih' lobby hotel ini! Banyak sampah-sarap, lumpur dan sebagainya. Ikan sahaja yang tak ada. Hujan dah berhenti, alhamdulillah. Lepas pergi sarapan, ibu hana cepat-cepat check out hotel. Lepas itu terus naik kereta nak balik. Takut-takut nanti hujan balik, air naik dan tak dapat balik. 
Memang betul, lepas hana tutup pintu kereta sahaja, tiba-tiba hujan turun semula. Aduh! Tambah saspen pula, takut-takut enjin rosak akibat banjir. Alhmadulillah, kereta boleh hidup. Kereta ayah pun meluncur ke jalan raya. Masa itu, sudah nampak air sudah naik. Tengok signboard menuju ke 'Kuala Lumpur', masuklah simpang itu. Dalam perjalanan itu, yang peliknya, kenapa kereta semua berpatah balik?
Rupa-rupanya, tak boleh lalu sebab air dah naik tinggi! Masa itu memang mencabar minda sebab nak lalu ikut mana lagi?! Nasib baiklah ada GPS. Ayah hana pergi lalu dekat signboard ke 'Kuantan'. Pulak! Boleh ke ini?! 
Masa itulah, masa yang paling mendebarkan. Manalah tahu tersekat dekat tengah-tengah, parah pula nanti! Sudah lah nampak kereta accident melencong jatuh dalam parit. Hana yang selalu lima minit dalam kereta sudah tidur pun tak tidur-tidur. Memang masa itu semua perasaan ada. Takut + Gemuruh + Sedih + Tak yakin. Semua ada. Adik hana pun muka saspen memanjang. Apatah lagi ayah hana. Ibu hana? haha... siap ber-whatsapp lagi. Muka tak ada perasaan. Ini yang hana suka pada ibu hana. Dia seorang yang cool, penyabar dan berjiwa kental! :D
Setelah 45 minit merentasi banjir, nampak jugalah tol dihadapan. Alhamdulillah, kami berada di luar kawasan Kuantan. Fuh!!! Serius, menakutkan. Alhamdulillah juga, hana dan sekeluarga selamat sampai di KL.
Sekarang ini, banjir di Kuantan semakin parah. Hana terfikir, macam mana lah budak-budak yang tengah tunggu result PMR tuh. Agaknya dah tak fikir pasal result dah kot. Tetapi, apa yang buat hana terfikir, kenapa Kuantan, di mana sangat jarang untuk ditimpa banjir, tiba-tiba banjir teruk? 
Entahlah, selalunya, bala sebegini mesti ada apa-apa yang berlaku sehingga membuatkan Allah murka? Mungkin.
Apa-apa pun, kita doakanlah keselamatan mereka di sana.
Haraplah, mereka dengan musibah yang ditimpa sebegini meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah.
Jangalah bersedih. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

"Smile :) The world isn't as bad as you think"
The Dollars

Sampai di sini sahaja untuk entri kali ini. Hana harap, apa yang hana kongsikan ini dapat berikan readers maklumat tentang keadaan di sana. Apa-apa soalan, ruang komen dan cbox sentiasa ada untuk readers bertanya.
Wassalamalaik~


Labels: , , , , , , ,


new past