"Aku Nak Move On"
Assalamualaikum readers.
Lama hana tak jenguk blog. Rindu hana tak? Haha.
Readers sihat? Harapnya begitulah.
"Aku nak move on"
Uish. Macam serius sahaja bunyinya. Besar sangat ke masalah ini?
Mestilah besar. Ini masalah hati. Kita rasa, tapi tak nampak. Kita terluka, tapi tak ada siapa yang dengar. Kalau tak buka mulut, tiada siapa yang tahu.
Masalah hati tidak semestinya puncanya kerana kecewa bercinta. Boleh jadi kerana kisah silam. Boleh jadi kerana dikhianati. Boleh jadi kerana kehilangan seseorang yang penting buat kita.
Yang menjadikan masalah lebih parah, apabila kita sukar untuk 'move on' dari kekecewaan.
Apa erti sebenar 'move on'?
Move on tidak bermakna anda perlu melupakan kisah silam anda.
Move on bermakna anda perlu memandang ke hadapan, dan jalani kehidupan dengan lebih baik.
Tak bermakna kita perlu melupakan, tetapi kita perlu mengatasi Kadang-kala, perlu juga sesekali kita melihat ke belakang, untuk mempelajari kesilapan dahulu agar tidak mengulanginya.
Ya tak mudah.
Malah majoriti mungkin menghadapi kesukaran untuk move on.
Adakah ini bermakna kita lemah?
Ya, lumrah hati manusia adalah lemah. Tetapi, kerana kita lemah lah, kita menjadi lebih matang, kita menjadi lebih memahami, kita mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik.
Dengan syarat, kita jangan berputus asa dan sentiasa berusaha.
"We are weak, we are not perfect, that's why we have room to grow"
Bagaimana nak 'move on'?
Buat masa sekarang, hana tidak ada masalah move on dari kecewa bercinta sebab hana tak pernah bercinta. (Tetapi tipulah kalau tak pernah suka orang). Kiranya, hana akan memberi tips umum untuk move on. Tidak senang, tetapi selagi mampu, selagi itu kita cuba buat.
Pertama: luahkan kepada Allah
Ya, luahkan kepada Allah segala-galanya yang terbuku di hati. Berdoalah kepada Allah agar cekalkan hati, teguhkan hati, memberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan mintalah jalan penyelesaian yang terbaik. Menangislah masa ini. Menangis puas-puas. Sampai bengkak mata pun tak apa. Sebab Allah takkan gelakkan anda. Allah dengar dan InsyaAllah, Allah akan memberi petunjuk. Kalau hendak luahkan kepada manusia pun boleh. Cuma, anda perlu ingat, manusia juga ada kekurangan. Terkadang, mungkin ada yang boleh rasa jengkel. Mungkin ada sahaja mulut yang bercakap di belakang kita. Apa yang hana mahu katakan di sini, Allah adalah tempat luahan yang terbaik.
Kedua: Sibukkan diri
Luangkanlah masa bersama keluarga atau kawan-kawan. Pergilah beriadah atau bercuti di tempat-tempat yang boleh melepaskan stress. Contoh? Contohnya pergi naik roller coaster ke, main bola tampar ke, bola sepak ke, daki bukit/gunung ke, adventure dalam hutan ke. Masa inilah hendak jerit macam beruk atau nak menggila sawan pun boleh. Hehe. Boleh juga kita sibukkan dengan perkara yang kita suka seperti melukis, menjahit, tengok movie. Atau nak tambah pahala, masuklah mana-mana persatuan yang buat amal kebajikan seperti membantu homeless men, membantu anak yatim, membantu anak-anak istimewa dan sebagainya. Kalau asyik terngiang, cuba isi masa dengan membaca buku. Tidak kisahlah buku jenis apa, ikut kesesuaian anda. Kalau rasa hendak menangis, bacalah cerita sedih-sedih. Kalau rasa hendak gelak, bacalah cerita yang lawak-lawak. (Tetapi hana lebih menyarankan baca yang boleh buat kita gelak dan tersenyum). Dengan membaca, kita juga dapat menuntut ilmu :)
Ketiga: Kalau rasa diri tidak kuat, buanglah semua benda yang menyakitkan hati
Tidak semua orang kuat. Pandang hadiah dari si dia, terus menangis terkenang kenangan manis bersama. Kalau begitu, maka buanglah semua perkara yang berkaitan dengan si dia. Buanglah semua mesej, emel, hadiah, block facebook dan sebagainya.
Keempat: Jerit
Yang ini optional. Orang macam hana, selalunya kalau stress, hana akan main sukan supaya boleh jerit sepuas-puasnya. Kalau tidak pun, dekat rumah pasang lagu metal sebab nak jerit sekali. Haha.
Tetapi kalau jiran sampai dah marah, cari tempat yang lebih sesuai ya?
Kelima: Cuba lihat ciptaan Allah
Nak senang, lihat sahaja langit, pepohon yang kehijauan, bunga yang mewarnai taman. eceh. macam sajak. haha. Mainlah dengan haiwan seperti kucing, hamster, arnab, ikan? Ikutlah. Bukan tengok-tengok kosong ya~ Hayati, dan cuba mensyukuri segala nikmat dan keindahan yang Allah dah bagi.
Yang ini besar kemungkinan anda akan mengingati si dia, oleh itu anda fikirlah, dunia ini luas. Kalau Allah dah cipta sebaik-baik ciptaan, maka yakinlah Allah akan berikan anda sebaik-baik orang dalam kehidupan anda. Kalau anda jenis yang curious, anda boleh fikirkan tentang perkara yang anda mahu tahu dalam dunia ini. Hei, ciptaan Allah banyak rahsia, jadi apa kata selagi anda hidup, anda cari apakah rahsia itu. Seronok malah boleh tambah ilmu pengetahuan.
Keenam: Bacalah Quran dan terjemahannya
Lupa pula hana hendak tulis ini di atas. Yang ini sebenarnya penting.
Faham, kita mesti rasa malas nak baca. Biasa lah itu, typical Muslim Malaysia.
Membaca Quran sahaja tanpa terjemahan adalah sangat rugi, apatah lagi yang langsung tidak mahu membaca Quran. Bukan apa, sebenarnya segala masalah dalam kehidupan terjawab dalam Quran.
Hana banyak kali buat benda ini. Bila hana sedih sebab kawan, apabila hana membaca Quran, kebetulan ayat yang hana baca itu adalah tentang ukhwah dan persaudaraan. Dalam ayat itu ada juga mengatakan tentang meminta maaf. Sekiranya hana bersedih kerana keluarga, kebetulan ayat yang hana baca tentang ibu bapa. Seolah-olah Allah hendak memujuk hati hana yang terluka. Percayalah, tidak rugi. Nak tambah lagi, insyaAllah hati kita juga akan merasa tenang.
Ketujuh: Terapkan perkataan motivasi dalam diri
Alah, trend sekarang, orang suka kumpul quotes bergambar. Banyak quotes yang mampu berikan anda motivasi. Atau anda baca sahaja kisah-kisah yang memberi inspirasi. Banyak. Cuma anda kena rajin mencari. Alang-alang anda sedang buang masa terngiang-ngiang benda yang dah lapuk, apa kata sibukkan diri untuk mencari yang memberi faedah kepada diri sendiri. Kalau boleh, ulangkan perkataan seperti "Kau cantik hari ini.""Kau hebat!""Love yourself more" dan sebagainya setiap kali bangun dari tidur dan duduk depan cermin. Tak pun selalu tepuk bahu sendiri dan katakan perkara-perkara tersebut. InsyaAllah, anda akan lebih berkeyakinan.
(p/s: ini adalah ilmu psychology. haha.)
Maka, itu sahajalah tips dari hana. Harapnya membantu.
Kadang-kadang, tidak perlu memaksa diri untuk melupakan, sebab lama-kelamaan perasaan/kenangan itu macam benda yang dah pudar dan hambar.
Hana ulang lagi sekali, tak mudah nak move on, malah mungkin anda akan rasa sakit sebab jatuh banyak kali. Lelah banyak mana pun kita nak bangun, jangan mengalah. Walaupun ambil masa, walaupun perlahan-lahan kita naik.
Sakit dan luka itu hanya sebahagian perjalanan kehidupan.
Masih ada yang menanti apabila kita kukuh berdiri.
Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)
"You always fantasying for a beautiful ending. Why not you live beautifully until the end?"
Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~
Labels: Aku Nak Move On, Al-Quran, Allah, Bahagia, Dugaan, Gagal, hana corner, hanaflamehaze, Ilmu, Iman, Jangan berputus asa, Move On, Moving Forward, Mutiara kata, nasihat, Tinggalkan, Tips
new past