TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Subuh Warrior

Assalamualaikum semua.
Lama dah Hana tak update blog ini. Sejak jadi mahasiswi ini, Hana makin sibuk. Lagi-lagi kos Hana yang sememangnya studio base. Fuh... tidur pun tak cukup sebab hendak siapkan project. Apa-apa pun, Alhamdulillah, Hana dapat belajar apa yang Hana minat, maka tidak tidur pun Hana sanggup hahaha. Alhamdulillah sekali lagi kerana satu sem berakhir dengan jayanya. Semoga apa yang Hana pelajari dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Doakan kejayaan Hana ya?

Siapa Orang yang Kuat?
Ramai yang menganggap kekuatan terletak pada kekuatan fizikal sahaja. Maka, ada yang sanggup berlatih berjam-jam dan berhempas pulas menghabiskan bertahun-tahun usianya untuk menguasai pelbagai seni bela diri.
TETAPI
ramai yang lupa kekuatan dalaman turut menjadi aspek penting untuk menjadi orang yang kuat.

"Maksud Hana, kuat dalaman itu orang yang boleh mengawal marah kan?"

Yang itu memang betul. Hana tidak nafikan. Namun begitu, kena ingat. Hendak kawal marah, kena ada base yang kukuh. Salah satu base kepada mengawal kemarahan ialah menjaga solat.
Tidak percaya?
Allah sudah janji yang Allah akan kurniakan kepada hamba-Nya yang menjaga solat-Nya ketenangan jiwa. See? Kita jaga solat, kita dapat ketenangan. Apabila mempunyai ketenangan jiwa dan minda, maka kita dapat mengawal kemarahan. Dalam banyak-banyak lima waktu solat yang diperintahkan, Hana yakin ramai yang bermasalah sikit dengan SOLAT SUBUH.
Ada orang, alhamdulillah, Subuh sentiasa di awal waktu. Nak ditambah lagi solat berjemaah pula itu. (Orang berkenaan sila PM. Nak masuk meminang. Hahaha. okey, tak. Hana gurau sahaja)
Tetapi kebanyakannya, Muslim Malaysia bermasalah sedikit hendak bangun Subuh. Kalau solat pun, selalunya subuh gajah. Lagi menyedihkan, terlepas solat Subuh. Fuh... macam mana hendak panggil warrior kalau suruhan Allah pun ke laut? Nak berubah? Nak solat Subuh di awal waktu? 
Jangan risau! Hana, seperti biasa ada tips untuk kalian semua.

Tips Menjadi Subuh Warrior

1. Ikhlaskan Niat. Hanya niat ikhlas kerana Allah, segala penat, liat, mengantuk dan empukkan tilam mampu ditepis dengan mudah. Tetapi, ikhlaskan niat ini macam mana? Okey, lain orang lain cara, Namun cara paling mudah orang nak faham ialah sebelum tidur, duduk seketika sebelum baring. Niatkan dalam hati hendak bangun Subuh di awal waktu. Untuk yang selalu terlepas Subuh, boleh lah mulakan niat untuk bangun Subuh dahulu. Kemudian baru upgrade hendak solat di awal waktu. Niat sungguh-sungguh. Doa terus lagi bagus. Dalam doa itu, selitkan juga ayat ini, "Ya Allah, kejutkan aku untuk bangun Subuh. Aku mahu berubah. Kejutkan aku Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku memohon perlindungan dan pertolongan", atau hendak buat ayat sendiri pun boleh asalkan maksudnya bahawa kita bersungguh hendak bangun Subuh. 

2. Taubat. Yang ini, ramai menganggap kalau hendak bertaubat, kena bangun tengah malam, buat solat taubat dan sebagainya. Maka dengan mentaliti sebegini, ramai menganggap leceh. Sebenarnya, hendak bertaubat, hanya beristighfar dan memikirkan kesalahan-kesalahan lalu, dan menyesalinya sudah dikira bertaubat. Dan solat taubat sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja cuma afdal solat taubat di tengah malam. Maka tidaklah leceh sebenarnya. Kita sahaja yang mencari alasan. Tidak tahu bagaimana hendak solat taubat? Tekan sini. Harap ia membantu. Untuk yang doa itu, doa dalam bahasa Melayu pun boleh asalkan kita ikhlas berdoa pada Allah. Kalau hendak doa dalam bahasa Arab boleh juga, cuma kita lagi feel kalau doa dengan ayat yang kita sendiri faham (sebab Hana faham tidak semua fasih bahasa Arab atau tidak semua faham doa yang selalu dibaca. Kalau yang memang betul-betul faham itu teruskan) Banyakkan bertaubat, dan bangkitlah daripada kesilapan lalu untuk tidak mengulanginya semula. Sentiasa memperbaharui taubat agar ia menjadi pemangkin semangat juang. Ketahuilah, air mata taubat 'seorang pahlawan' itu lebih mahal daripada segala keseronokan di dunia ini.

3. Cari Rakan Seperjuangan. Kalau di gelanggang ada 'rakan sparring', maka begitulah untuk bangun Subuh. Wujudkan komuniti kecil yang sama-sama bermujahadah untuk bangun awal dan berjemaah bersama. Bagaimana? Contohnya, kalau student, usaha lah dengan roommate supaya bangun Subuh awal. Kalau dia bangun awal, minta lah dia kejutkan. Kalau korang yang bangun awal, kejutkanlah dia. Sama-sama saling tolong-menolong. Ataupun, minta lah mana-mana kawan yang memang kita yakin dia bangun awal, suruh kejutkan kita. Bagaimana 'kawan' itu tidak tinggal berdekatan dengan kita? Apa susah. Sekarang teknologi canggih ini, whatsapp minta dia kejutkan korang dengan call korang pagi itu. Tetapi, jangan lah harapkan dia sahaja. Kita sendiri pun kena usaha. 

4. Pasang Penggera. Set penggera seawal 10-15 minit sebeblum azan Subuh. Kini lebih mudah lagi, di smartphone pun ada penggera. Kalau macam Hana, Hana setkan penggera dengan lagu yang memang metal habis hahaha. Nak bangun punya pasal. Kadang-kadang kalau kita tidak bangun juga, roommate yang terbangun disebabkan penggera kita, boleh lah dia kejutkan kita. (Tetapi sila bawa bincang dengan roommate. Karang, tidak pasal-pasal ada smartphone kena baling luar tingkap). Also, kalau Hana, Hana selalu bangun 30  minit sebelum azan Subuh. Sebab Hana jenis yang mandi sebelum solat. Bila diri kita pun bersih, maka kita solat pun dengan hati yang tenang. Nak jumpa Allah, kenalah cantik. Takkan hendak jumpa Allah dengan air liur basi. Tetapi, ikut diri sendiri. Yang mana korang selesa. Kalau mampu bangun awal macam itu, mandilah dahulu. Kalau tidak mampu, maka 10-15 minit sebelum azan pun okey.

5. Disiplin Elak Makan Lewat Malam. Haaaaa........... siapa yang suka makan lewat malam ini? Ish ish ish. Makan lewat malam bukan sahaja tambahkan berat badan, malah boleh mengakibatkan kelesuan dan kemalasan untuk bangkit awal pada keesokan pagi. Begitu juga dengan minuman berkafein, kerana akan menyukarkan kita untuk tidur awal. Siapa yang selalu makan lewat malam itu cuba ubah. Tidak elok.

6. Latih Tubi Tidur Amal. Sebenarnya mudah sahaja untuk tidur awal, cuma disebabkan kelalaian dan suasana persekitaran kita yang lebih 'menghidupkan' malam, maka sunnah tidur awal selepas isyak memang sukar untuk dilaksanakan. Maka, latih tubi! Cuba untuk tidur awal setiap hari. Hana dahulu pun selalu sangat tidur lewat. Akibatnya, keesokan hari Hana mengantuk sangat. Tetapi selepas jadi pelajar universiti ini, Hana memang setiap hari paling lewat tidur pukul 11 malam (selalunya pukul 10 dah tidur) and then bangun pukul 3 pagi, buat apa yang patut, siapkan assignment, ulang kaji. Sangat membantu sebenarnya! Tetapi sebagai art student, ada beberapa hari dalam seminggu yang Hana terpaksa tidak tidur langsung sebab hendak siapkan project hahaha.

7. Semangat Juang. Tanamkan semangat juang dengan ilmu kesedaran. Hanya dengan ilmu akan terhasillah the big why untuk bangun awal dan terus konsisten mengamalkannya. Kalau ada satu ketika rasa jemu, ingatlah balik janji syurga Allah. Nak lagi semangat, ingatlah, ajal maut itu bila-bila masa sahaja. Bayangkan sekiranya kita mati pagi esoknya. Subuh pun tidak, sudah yakinkah tiada seksaan menanti di alam kubur dan akhirat sekiranya kita mati dalam keadaan begitu?

Semoga tips ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang-orang yang membaca ini. Semoga berjaya dan marilah berusaha bersama-sama menjadi pahlawan sejati, pahlawan perkasa, "Subuh Warrior"! Semoga Allah merahmati usaha anda semua.

Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan dalam entri. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :) Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada pakar motivasi atau encik google ya? 
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya? 
Hana harap readers enjoy baca entri kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.

Wassalam alaik~

Labels: , , , , , , ,


new past