Subuh Warrior
Assalamualaikum semua.
Lama dah Hana tak update blog ini. Sejak jadi mahasiswi ini, Hana makin sibuk. Lagi-lagi kos Hana yang sememangnya studio base. Fuh... tidur pun tak cukup sebab hendak siapkan project. Apa-apa pun, Alhamdulillah, Hana dapat belajar apa yang Hana minat, maka tidak tidur pun Hana sanggup hahaha. Alhamdulillah sekali lagi kerana satu sem berakhir dengan jayanya. Semoga apa yang Hana pelajari dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Doakan kejayaan Hana ya?
Siapa Orang yang Kuat?
Ramai yang menganggap kekuatan terletak pada kekuatan fizikal sahaja. Maka, ada yang sanggup berlatih berjam-jam dan berhempas pulas menghabiskan bertahun-tahun usianya untuk menguasai pelbagai seni bela diri.
TETAPI
ramai yang lupa kekuatan dalaman turut menjadi aspek penting untuk menjadi orang yang kuat.
"Maksud Hana, kuat dalaman itu orang yang boleh mengawal marah kan?"
Yang itu memang betul. Hana tidak nafikan. Namun begitu, kena ingat. Hendak kawal marah, kena ada base yang kukuh. Salah satu base kepada mengawal kemarahan ialah menjaga solat.
Tidak percaya?
Allah sudah janji yang Allah akan kurniakan kepada hamba-Nya yang menjaga solat-Nya ketenangan jiwa. See? Kita jaga solat, kita dapat ketenangan. Apabila mempunyai ketenangan jiwa dan minda, maka kita dapat mengawal kemarahan. Dalam banyak-banyak lima waktu solat yang diperintahkan, Hana yakin ramai yang bermasalah sikit dengan SOLAT SUBUH.
Ada orang, alhamdulillah, Subuh sentiasa di awal waktu. Nak ditambah lagi solat berjemaah pula itu. (Orang berkenaan sila PM. Nak masuk meminang. Hahaha. okey, tak. Hana gurau sahaja)
Tetapi kebanyakannya, Muslim Malaysia bermasalah sedikit hendak bangun Subuh. Kalau solat pun, selalunya subuh gajah. Lagi menyedihkan, terlepas solat Subuh. Fuh... macam mana hendak panggil warrior kalau suruhan Allah pun ke laut? Nak berubah? Nak solat Subuh di awal waktu?
Jangan risau! Hana, seperti biasa ada tips untuk kalian semua.
Tips Menjadi Subuh Warrior
1. Ikhlaskan Niat. Hanya niat ikhlas kerana Allah, segala penat, liat, mengantuk dan empukkan tilam mampu ditepis dengan mudah. Tetapi, ikhlaskan niat ini macam mana? Okey, lain orang lain cara, Namun cara paling mudah orang nak faham ialah sebelum tidur, duduk seketika sebelum baring. Niatkan dalam hati hendak bangun Subuh di awal waktu. Untuk yang selalu terlepas Subuh, boleh lah mulakan niat untuk bangun Subuh dahulu. Kemudian baru upgrade hendak solat di awal waktu. Niat sungguh-sungguh. Doa terus lagi bagus. Dalam doa itu, selitkan juga ayat ini, "Ya Allah, kejutkan aku untuk bangun Subuh. Aku mahu berubah. Kejutkan aku Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku memohon perlindungan dan pertolongan", atau hendak buat ayat sendiri pun boleh asalkan maksudnya bahawa kita bersungguh hendak bangun Subuh.
2. Taubat. Yang ini, ramai menganggap kalau hendak bertaubat, kena bangun tengah malam, buat solat taubat dan sebagainya. Maka dengan mentaliti sebegini, ramai menganggap leceh. Sebenarnya, hendak bertaubat, hanya beristighfar dan memikirkan kesalahan-kesalahan lalu, dan menyesalinya sudah dikira bertaubat. Dan solat taubat sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja cuma afdal solat taubat di tengah malam. Maka tidaklah leceh sebenarnya. Kita sahaja yang mencari alasan. Tidak tahu bagaimana hendak solat taubat? Tekan sini. Harap ia membantu. Untuk yang doa itu, doa dalam bahasa Melayu pun boleh asalkan kita ikhlas berdoa pada Allah. Kalau hendak doa dalam bahasa Arab boleh juga, cuma kita lagi feel kalau doa dengan ayat yang kita sendiri faham (sebab Hana faham tidak semua fasih bahasa Arab atau tidak semua faham doa yang selalu dibaca. Kalau yang memang betul-betul faham itu teruskan) Banyakkan bertaubat, dan bangkitlah daripada kesilapan lalu untuk tidak mengulanginya semula. Sentiasa memperbaharui taubat agar ia menjadi pemangkin semangat juang. Ketahuilah, air mata taubat 'seorang pahlawan' itu lebih mahal daripada segala keseronokan di dunia ini.
3. Cari Rakan Seperjuangan. Kalau di gelanggang ada 'rakan sparring', maka begitulah untuk bangun Subuh. Wujudkan komuniti kecil yang sama-sama bermujahadah untuk bangun awal dan berjemaah bersama. Bagaimana? Contohnya, kalau student, usaha lah dengan roommate supaya bangun Subuh awal. Kalau dia bangun awal, minta lah dia kejutkan. Kalau korang yang bangun awal, kejutkanlah dia. Sama-sama saling tolong-menolong. Ataupun, minta lah mana-mana kawan yang memang kita yakin dia bangun awal, suruh kejutkan kita. Bagaimana 'kawan' itu tidak tinggal berdekatan dengan kita? Apa susah. Sekarang teknologi canggih ini, whatsapp minta dia kejutkan korang dengan call korang pagi itu. Tetapi, jangan lah harapkan dia sahaja. Kita sendiri pun kena usaha.
4. Pasang Penggera. Set penggera seawal 10-15 minit sebeblum azan Subuh. Kini lebih mudah lagi, di smartphone pun ada penggera. Kalau macam Hana, Hana setkan penggera dengan lagu yang memang metal habis hahaha. Nak bangun punya pasal. Kadang-kadang kalau kita tidak bangun juga, roommate yang terbangun disebabkan penggera kita, boleh lah dia kejutkan kita. (Tetapi sila bawa bincang dengan roommate. Karang, tidak pasal-pasal ada smartphone kena baling luar tingkap). Also, kalau Hana, Hana selalu bangun 30 minit sebelum azan Subuh. Sebab Hana jenis yang mandi sebelum solat. Bila diri kita pun bersih, maka kita solat pun dengan hati yang tenang. Nak jumpa Allah, kenalah cantik. Takkan hendak jumpa Allah dengan air liur basi. Tetapi, ikut diri sendiri. Yang mana korang selesa. Kalau mampu bangun awal macam itu, mandilah dahulu. Kalau tidak mampu, maka 10-15 minit sebelum azan pun okey.
5. Disiplin Elak Makan Lewat Malam. Haaaaa........... siapa yang suka makan lewat malam ini? Ish ish ish. Makan lewat malam bukan sahaja tambahkan berat badan, malah boleh mengakibatkan kelesuan dan kemalasan untuk bangkit awal pada keesokan pagi. Begitu juga dengan minuman berkafein, kerana akan menyukarkan kita untuk tidur awal. Siapa yang selalu makan lewat malam itu cuba ubah. Tidak elok.
6. Latih Tubi Tidur Amal. Sebenarnya mudah sahaja untuk tidur awal, cuma disebabkan kelalaian dan suasana persekitaran kita yang lebih 'menghidupkan' malam, maka sunnah tidur awal selepas isyak memang sukar untuk dilaksanakan. Maka, latih tubi! Cuba untuk tidur awal setiap hari. Hana dahulu pun selalu sangat tidur lewat. Akibatnya, keesokan hari Hana mengantuk sangat. Tetapi selepas jadi pelajar universiti ini, Hana memang setiap hari paling lewat tidur pukul 11 malam (selalunya pukul 10 dah tidur) and then bangun pukul 3 pagi, buat apa yang patut, siapkan assignment, ulang kaji. Sangat membantu sebenarnya! Tetapi sebagai art student, ada beberapa hari dalam seminggu yang Hana terpaksa tidak tidur langsung sebab hendak siapkan project hahaha.
7. Semangat Juang. Tanamkan semangat juang dengan ilmu kesedaran. Hanya dengan ilmu akan terhasillah the big why untuk bangun awal dan terus konsisten mengamalkannya. Kalau ada satu ketika rasa jemu, ingatlah balik janji syurga Allah. Nak lagi semangat, ingatlah, ajal maut itu bila-bila masa sahaja. Bayangkan sekiranya kita mati pagi esoknya. Subuh pun tidak, sudah yakinkah tiada seksaan menanti di alam kubur dan akhirat sekiranya kita mati dalam keadaan begitu?
Semoga tips ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang-orang yang membaca ini. Semoga berjaya dan marilah berusaha bersama-sama menjadi pahlawan sejati, pahlawan perkasa, "Subuh Warrior"! Semoga Allah merahmati usaha anda semua.
Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan dalam entri. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :) Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada pakar motivasi atau encik google ya?
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya?
Hana harap readers enjoy baca entri kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.
Wassalam alaik~
Labels: Al-Quran, Allah, hana corner, Subuh, Subuh Warrior, Tegur, Tips, Tips bangun Subuh
"Aku Nak Move On"
Assalamualaikum readers.
Lama hana tak jenguk blog. Rindu hana tak? Haha.
Readers sihat? Harapnya begitulah.
"Aku nak move on"
Uish. Macam serius sahaja bunyinya. Besar sangat ke masalah ini?
Mestilah besar. Ini masalah hati. Kita rasa, tapi tak nampak. Kita terluka, tapi tak ada siapa yang dengar. Kalau tak buka mulut, tiada siapa yang tahu.
Masalah hati tidak semestinya puncanya kerana kecewa bercinta. Boleh jadi kerana kisah silam. Boleh jadi kerana dikhianati. Boleh jadi kerana kehilangan seseorang yang penting buat kita.
Yang menjadikan masalah lebih parah, apabila kita sukar untuk 'move on' dari kekecewaan.
Apa erti sebenar 'move on'?
Move on tidak bermakna anda perlu melupakan kisah silam anda.
Move on bermakna anda perlu memandang ke hadapan, dan jalani kehidupan dengan lebih baik.
Tak bermakna kita perlu melupakan, tetapi kita perlu mengatasi Kadang-kala, perlu juga sesekali kita melihat ke belakang, untuk mempelajari kesilapan dahulu agar tidak mengulanginya.
Ya tak mudah.
Malah majoriti mungkin menghadapi kesukaran untuk move on.
Adakah ini bermakna kita lemah?
Ya, lumrah hati manusia adalah lemah. Tetapi, kerana kita lemah lah, kita menjadi lebih matang, kita menjadi lebih memahami, kita mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik.
Dengan syarat, kita jangan berputus asa dan sentiasa berusaha.
"We are weak, we are not perfect, that's why we have room to grow"
Bagaimana nak 'move on'?
Buat masa sekarang, hana tidak ada masalah move on dari kecewa bercinta sebab hana tak pernah bercinta. (Tetapi tipulah kalau tak pernah suka orang). Kiranya, hana akan memberi tips umum untuk move on. Tidak senang, tetapi selagi mampu, selagi itu kita cuba buat.
Pertama: luahkan kepada Allah
Ya, luahkan kepada Allah segala-galanya yang terbuku di hati. Berdoalah kepada Allah agar cekalkan hati, teguhkan hati, memberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan mintalah jalan penyelesaian yang terbaik. Menangislah masa ini. Menangis puas-puas. Sampai bengkak mata pun tak apa. Sebab Allah takkan gelakkan anda. Allah dengar dan InsyaAllah, Allah akan memberi petunjuk. Kalau hendak luahkan kepada manusia pun boleh. Cuma, anda perlu ingat, manusia juga ada kekurangan. Terkadang, mungkin ada yang boleh rasa jengkel. Mungkin ada sahaja mulut yang bercakap di belakang kita. Apa yang hana mahu katakan di sini, Allah adalah tempat luahan yang terbaik.
Kedua: Sibukkan diri
Luangkanlah masa bersama keluarga atau kawan-kawan. Pergilah beriadah atau bercuti di tempat-tempat yang boleh melepaskan stress. Contoh? Contohnya pergi naik roller coaster ke, main bola tampar ke, bola sepak ke, daki bukit/gunung ke, adventure dalam hutan ke. Masa inilah hendak jerit macam beruk atau nak menggila sawan pun boleh. Hehe. Boleh juga kita sibukkan dengan perkara yang kita suka seperti melukis, menjahit, tengok movie. Atau nak tambah pahala, masuklah mana-mana persatuan yang buat amal kebajikan seperti membantu homeless men, membantu anak yatim, membantu anak-anak istimewa dan sebagainya. Kalau asyik terngiang, cuba isi masa dengan membaca buku. Tidak kisahlah buku jenis apa, ikut kesesuaian anda. Kalau rasa hendak menangis, bacalah cerita sedih-sedih. Kalau rasa hendak gelak, bacalah cerita yang lawak-lawak. (Tetapi hana lebih menyarankan baca yang boleh buat kita gelak dan tersenyum). Dengan membaca, kita juga dapat menuntut ilmu :)
Ketiga: Kalau rasa diri tidak kuat, buanglah semua benda yang menyakitkan hati
Tidak semua orang kuat. Pandang hadiah dari si dia, terus menangis terkenang kenangan manis bersama. Kalau begitu, maka buanglah semua perkara yang berkaitan dengan si dia. Buanglah semua mesej, emel, hadiah, block facebook dan sebagainya.
Keempat: Jerit
Yang ini optional. Orang macam hana, selalunya kalau stress, hana akan main sukan supaya boleh jerit sepuas-puasnya. Kalau tidak pun, dekat rumah pasang lagu metal sebab nak jerit sekali. Haha.
Tetapi kalau jiran sampai dah marah, cari tempat yang lebih sesuai ya?
Kelima: Cuba lihat ciptaan Allah
Nak senang, lihat sahaja langit, pepohon yang kehijauan, bunga yang mewarnai taman. eceh. macam sajak. haha. Mainlah dengan haiwan seperti kucing, hamster, arnab, ikan? Ikutlah. Bukan tengok-tengok kosong ya~ Hayati, dan cuba mensyukuri segala nikmat dan keindahan yang Allah dah bagi.
Yang ini besar kemungkinan anda akan mengingati si dia, oleh itu anda fikirlah, dunia ini luas. Kalau Allah dah cipta sebaik-baik ciptaan, maka yakinlah Allah akan berikan anda sebaik-baik orang dalam kehidupan anda. Kalau anda jenis yang curious, anda boleh fikirkan tentang perkara yang anda mahu tahu dalam dunia ini. Hei, ciptaan Allah banyak rahsia, jadi apa kata selagi anda hidup, anda cari apakah rahsia itu. Seronok malah boleh tambah ilmu pengetahuan.
Keenam: Bacalah Quran dan terjemahannya
Lupa pula hana hendak tulis ini di atas. Yang ini sebenarnya penting.
Faham, kita mesti rasa malas nak baca. Biasa lah itu, typical Muslim Malaysia.
Membaca Quran sahaja tanpa terjemahan adalah sangat rugi, apatah lagi yang langsung tidak mahu membaca Quran. Bukan apa, sebenarnya segala masalah dalam kehidupan terjawab dalam Quran.
Hana banyak kali buat benda ini. Bila hana sedih sebab kawan, apabila hana membaca Quran, kebetulan ayat yang hana baca itu adalah tentang ukhwah dan persaudaraan. Dalam ayat itu ada juga mengatakan tentang meminta maaf. Sekiranya hana bersedih kerana keluarga, kebetulan ayat yang hana baca tentang ibu bapa. Seolah-olah Allah hendak memujuk hati hana yang terluka. Percayalah, tidak rugi. Nak tambah lagi, insyaAllah hati kita juga akan merasa tenang.
Ketujuh: Terapkan perkataan motivasi dalam diri
Alah, trend sekarang, orang suka kumpul quotes bergambar. Banyak quotes yang mampu berikan anda motivasi. Atau anda baca sahaja kisah-kisah yang memberi inspirasi. Banyak. Cuma anda kena rajin mencari. Alang-alang anda sedang buang masa terngiang-ngiang benda yang dah lapuk, apa kata sibukkan diri untuk mencari yang memberi faedah kepada diri sendiri. Kalau boleh, ulangkan perkataan seperti "Kau cantik hari ini.""Kau hebat!""Love yourself more" dan sebagainya setiap kali bangun dari tidur dan duduk depan cermin. Tak pun selalu tepuk bahu sendiri dan katakan perkara-perkara tersebut. InsyaAllah, anda akan lebih berkeyakinan.
(p/s: ini adalah ilmu psychology. haha.)
Maka, itu sahajalah tips dari hana. Harapnya membantu.
Kadang-kadang, tidak perlu memaksa diri untuk melupakan, sebab lama-kelamaan perasaan/kenangan itu macam benda yang dah pudar dan hambar.
Hana ulang lagi sekali, tak mudah nak move on, malah mungkin anda akan rasa sakit sebab jatuh banyak kali. Lelah banyak mana pun kita nak bangun, jangan mengalah. Walaupun ambil masa, walaupun perlahan-lahan kita naik.
Sakit dan luka itu hanya sebahagian perjalanan kehidupan.
Masih ada yang menanti apabila kita kukuh berdiri.
Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. :’)
"You always fantasying for a beautiful ending. Why not you live beautifully until the end?"
Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~
Labels: Aku Nak Move On, Al-Quran, Allah, Bahagia, Dugaan, Gagal, hana corner, hanaflamehaze, Ilmu, Iman, Jangan berputus asa, Move On, Moving Forward, Mutiara kata, nasihat, Tinggalkan, Tips
Ada Syurga dalam Hati
Assalamualaikum readers! ^^
Ogenki desu ka? (How are you?)
okey, tajuk hari ni ialah "Ada Syurga dalam Hati"
waish... ini cinta tau... tetapi... Cinta SIAPA ek?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Di dunia ini terdapat sebuah syurga. Sesiapa tidak memasukinya, maka dia tidak akan memasuki syurga akhirat."
Demikian kata-kata al-Hafiz Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah (w.728H) yang dirakamkan oleh muridnya al-Hafiz Ibn al-Qayyim (w.751H) dalam al-Wabib al-Sayyib.
Menurut Ibn Taimiyah, setiap daripada kita boleh memiliki syurga tersebut dan tiada apa atau siapa pun boleh merebutnya kerana kebahagiaan bukan terletak pada jasad, tetapi tertanam dalam hati.
Sesiapa yang mengenal hakikat dirinya yang sangat lemah dan meyakini Allah dengan pelbagai sifat-Nya Yang Maha Sempurna lalu berserah diri kepada aturan Ilahi, maka dia akan hidup di dalam kebahagiaan. Seburuk mana pun rupanya ataupun sekecil mana pun rumahnya, dia tidak akan rasa terseksa. Orang lain boleh memukulnya, menyumbatnya ke dalam penjara atau merampas hartanya, namun tiada siapa yang boleh merebut kebahagiaan daripada hatinya.
Orang yang seperti ini memiliki kepandaian untuk sentiasa menemukan kebahagiaan dalam keadaan yang paling sempit sekalipun. Hidup ini kelihatan indah meskipun tanpa benda-benda yang mewah atau kemudahan yang melimpah.
Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya :
"Sesiapa yang melakukan amal soleh sama ada lelaki ataupun perempuan dan dia beriman, maka Kami akan menjadikan baginya hidup yang indah. Dan kami akan memberikan ganjaran kepadanya dengan lebih baik daripada apa yang mereka lakukan."
(Surah al-nahl 16 : 97)
dipetik dari SOLUSI ISU 45
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aktifkan Syurga Hati
Hmmm.... readers faham tak penerangan yang atas ini? kalau tak faham, meh Hana ringkaskan.
maksud dia Ada Syurga dalam Hati ini ialah kita akan memiliki syurga ini apabila kita mencintai Allah. Bila dah cinta kat Allah, mesti rasa tenang, nyaman,selamat... macam dalam syurga....
Okay, How to activate this Heart's Heaven?
Bukan dengan baca novel cinta, bukan dengan komik cinta dan bukan dengan BOYFRIEND...! jangan nak menggatal.!
Nak aktifkan syurga hati ini ada banyak caranya.
Salah satunya, dengan menyelaraskan kehendak kita dengan kehendak Allah s.w.t.
Berserahlah kepada ketentuan Allah kerana kebahagiaan dan kedamaian pasti berputik dalam hati.
Sebenarnya, punca susah hati adalah disebabkan kehendak kita lain tetapi kehendak Allah lain. Kehendak Allah tidak dapat diubah tetapi apa yang boleh diubah ialah kehendak kita supaya boleh selaras dengan kehendak Allah. Percayalah, kehendak Allah itu lebih baik dari kehendak kita.
Pegang kata-kata ini.
"Setiap yang ditentukan Allah, pasti ada hikmahnya..."
Okey, itu sahaja untuk hari. Harap readers dapat ambil ikhtibar dari post kali ini.
Ada apa-apa nak share, boleh melalui cbox or comment...
Wassalam alaik~
Labels: Ada Syurga dalam Hati, Allah, Ilmu
Surat Cinta dari Allah
Assalamualaikum readers...
Maaf sangat-sangat untuk kali ke-3 ><"
sebab biarkan lebih banyak sarang dalam blog ni...
I need to focus on my studies... I just took my exam last monday (Adess, nak try speaking tapi tak tau grammar betul ke tidak :P)
Okey, tajuk kita hari ni ialah "Surat Cinta dari Allah".
Surat Cinta dari Allah. Sweet tak dengar? Apa ya? Sedar atau tak, Allah telah kurniakan kita surat cinta yang paling besar nilaiannya di sisi kita, iaitu Al-Quran.
Al-Quran adalah segala-galanya bagi kita. Al-Quran merupakan sumber cahaya yang menjadi penyuluh jalan kepada hati manusia dikala dirinya terkapai-kapai mencari arah dalam kegelapan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,
" Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan dengan (kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus."
[QS Al-Maidah, 5:15-16]
"So.... Apa kaitannya dengan Surat Cinta dari Allah?"
Okey, cuba kita muhasabah diri dan evaluasi diri kita, sejauh manakah penghayatan kita terhadap isi dan makna surat cinta yang telah Allah berikan kepada kita. Adakah hati kita berbunga-bunga dan rasa bahagia apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan keindahan Syurga dan adakah hati kita hiba dan sangat tersentuh dan terasa pedih apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan betapa dasyatnya balasan api neraka yang memamah dan menghancurkan?
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebutkan Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat bertambah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakkal"
[QS Al-Anfal 8:2]
So, ambil iktibar ya dari post kali ni... Surat Cinta dari Allah ni! Kena baca selalu...
Apa guna korang baca surat cinta dari orang lain yang tak dapat apa-apa sedangkan kalau baca surat cinta dari Allah kita dapat pahala... Jadikan Al-Quran pengisi masa lapang korang time cuti ni... jangan nak berfacebooking, bertwitting dan berblogging selalu sampai lupakan Al-Quran...
Kalau ada something yang korang nak share, boleh comment.... kalau yg link tu kat cbox...
Wassalam alaik~
Labels: Al-Quran, Allah, Surat cinta
new past






