Subuh Warrior
Assalamualaikum semua.
Lama dah Hana tak update blog ini. Sejak jadi mahasiswi ini, Hana makin sibuk. Lagi-lagi kos Hana yang sememangnya studio base. Fuh... tidur pun tak cukup sebab hendak siapkan project. Apa-apa pun, Alhamdulillah, Hana dapat belajar apa yang Hana minat, maka tidak tidur pun Hana sanggup hahaha. Alhamdulillah sekali lagi kerana satu sem berakhir dengan jayanya. Semoga apa yang Hana pelajari dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Doakan kejayaan Hana ya?
Siapa Orang yang Kuat?
Ramai yang menganggap kekuatan terletak pada kekuatan fizikal sahaja. Maka, ada yang sanggup berlatih berjam-jam dan berhempas pulas menghabiskan bertahun-tahun usianya untuk menguasai pelbagai seni bela diri.
TETAPI
ramai yang lupa kekuatan dalaman turut menjadi aspek penting untuk menjadi orang yang kuat.
"Maksud Hana, kuat dalaman itu orang yang boleh mengawal marah kan?"
Yang itu memang betul. Hana tidak nafikan. Namun begitu, kena ingat. Hendak kawal marah, kena ada base yang kukuh. Salah satu base kepada mengawal kemarahan ialah menjaga solat.
Tidak percaya?
Allah sudah janji yang Allah akan kurniakan kepada hamba-Nya yang menjaga solat-Nya ketenangan jiwa. See? Kita jaga solat, kita dapat ketenangan. Apabila mempunyai ketenangan jiwa dan minda, maka kita dapat mengawal kemarahan. Dalam banyak-banyak lima waktu solat yang diperintahkan, Hana yakin ramai yang bermasalah sikit dengan SOLAT SUBUH.
Ada orang, alhamdulillah, Subuh sentiasa di awal waktu. Nak ditambah lagi solat berjemaah pula itu. (Orang berkenaan sila PM. Nak masuk meminang. Hahaha. okey, tak. Hana gurau sahaja)
Tetapi kebanyakannya, Muslim Malaysia bermasalah sedikit hendak bangun Subuh. Kalau solat pun, selalunya subuh gajah. Lagi menyedihkan, terlepas solat Subuh. Fuh... macam mana hendak panggil warrior kalau suruhan Allah pun ke laut? Nak berubah? Nak solat Subuh di awal waktu?
Jangan risau! Hana, seperti biasa ada tips untuk kalian semua.
Tips Menjadi Subuh Warrior
1. Ikhlaskan Niat. Hanya niat ikhlas kerana Allah, segala penat, liat, mengantuk dan empukkan tilam mampu ditepis dengan mudah. Tetapi, ikhlaskan niat ini macam mana? Okey, lain orang lain cara, Namun cara paling mudah orang nak faham ialah sebelum tidur, duduk seketika sebelum baring. Niatkan dalam hati hendak bangun Subuh di awal waktu. Untuk yang selalu terlepas Subuh, boleh lah mulakan niat untuk bangun Subuh dahulu. Kemudian baru upgrade hendak solat di awal waktu. Niat sungguh-sungguh. Doa terus lagi bagus. Dalam doa itu, selitkan juga ayat ini, "Ya Allah, kejutkan aku untuk bangun Subuh. Aku mahu berubah. Kejutkan aku Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku memohon perlindungan dan pertolongan", atau hendak buat ayat sendiri pun boleh asalkan maksudnya bahawa kita bersungguh hendak bangun Subuh.
2. Taubat. Yang ini, ramai menganggap kalau hendak bertaubat, kena bangun tengah malam, buat solat taubat dan sebagainya. Maka dengan mentaliti sebegini, ramai menganggap leceh. Sebenarnya, hendak bertaubat, hanya beristighfar dan memikirkan kesalahan-kesalahan lalu, dan menyesalinya sudah dikira bertaubat. Dan solat taubat sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja cuma afdal solat taubat di tengah malam. Maka tidaklah leceh sebenarnya. Kita sahaja yang mencari alasan. Tidak tahu bagaimana hendak solat taubat? Tekan sini. Harap ia membantu. Untuk yang doa itu, doa dalam bahasa Melayu pun boleh asalkan kita ikhlas berdoa pada Allah. Kalau hendak doa dalam bahasa Arab boleh juga, cuma kita lagi feel kalau doa dengan ayat yang kita sendiri faham (sebab Hana faham tidak semua fasih bahasa Arab atau tidak semua faham doa yang selalu dibaca. Kalau yang memang betul-betul faham itu teruskan) Banyakkan bertaubat, dan bangkitlah daripada kesilapan lalu untuk tidak mengulanginya semula. Sentiasa memperbaharui taubat agar ia menjadi pemangkin semangat juang. Ketahuilah, air mata taubat 'seorang pahlawan' itu lebih mahal daripada segala keseronokan di dunia ini.
3. Cari Rakan Seperjuangan. Kalau di gelanggang ada 'rakan sparring', maka begitulah untuk bangun Subuh. Wujudkan komuniti kecil yang sama-sama bermujahadah untuk bangun awal dan berjemaah bersama. Bagaimana? Contohnya, kalau student, usaha lah dengan roommate supaya bangun Subuh awal. Kalau dia bangun awal, minta lah dia kejutkan. Kalau korang yang bangun awal, kejutkanlah dia. Sama-sama saling tolong-menolong. Ataupun, minta lah mana-mana kawan yang memang kita yakin dia bangun awal, suruh kejutkan kita. Bagaimana 'kawan' itu tidak tinggal berdekatan dengan kita? Apa susah. Sekarang teknologi canggih ini, whatsapp minta dia kejutkan korang dengan call korang pagi itu. Tetapi, jangan lah harapkan dia sahaja. Kita sendiri pun kena usaha.
4. Pasang Penggera. Set penggera seawal 10-15 minit sebeblum azan Subuh. Kini lebih mudah lagi, di smartphone pun ada penggera. Kalau macam Hana, Hana setkan penggera dengan lagu yang memang metal habis hahaha. Nak bangun punya pasal. Kadang-kadang kalau kita tidak bangun juga, roommate yang terbangun disebabkan penggera kita, boleh lah dia kejutkan kita. (Tetapi sila bawa bincang dengan roommate. Karang, tidak pasal-pasal ada smartphone kena baling luar tingkap). Also, kalau Hana, Hana selalu bangun 30 minit sebelum azan Subuh. Sebab Hana jenis yang mandi sebelum solat. Bila diri kita pun bersih, maka kita solat pun dengan hati yang tenang. Nak jumpa Allah, kenalah cantik. Takkan hendak jumpa Allah dengan air liur basi. Tetapi, ikut diri sendiri. Yang mana korang selesa. Kalau mampu bangun awal macam itu, mandilah dahulu. Kalau tidak mampu, maka 10-15 minit sebelum azan pun okey.
5. Disiplin Elak Makan Lewat Malam. Haaaaa........... siapa yang suka makan lewat malam ini? Ish ish ish. Makan lewat malam bukan sahaja tambahkan berat badan, malah boleh mengakibatkan kelesuan dan kemalasan untuk bangkit awal pada keesokan pagi. Begitu juga dengan minuman berkafein, kerana akan menyukarkan kita untuk tidur awal. Siapa yang selalu makan lewat malam itu cuba ubah. Tidak elok.
6. Latih Tubi Tidur Amal. Sebenarnya mudah sahaja untuk tidur awal, cuma disebabkan kelalaian dan suasana persekitaran kita yang lebih 'menghidupkan' malam, maka sunnah tidur awal selepas isyak memang sukar untuk dilaksanakan. Maka, latih tubi! Cuba untuk tidur awal setiap hari. Hana dahulu pun selalu sangat tidur lewat. Akibatnya, keesokan hari Hana mengantuk sangat. Tetapi selepas jadi pelajar universiti ini, Hana memang setiap hari paling lewat tidur pukul 11 malam (selalunya pukul 10 dah tidur) and then bangun pukul 3 pagi, buat apa yang patut, siapkan assignment, ulang kaji. Sangat membantu sebenarnya! Tetapi sebagai art student, ada beberapa hari dalam seminggu yang Hana terpaksa tidak tidur langsung sebab hendak siapkan project hahaha.
7. Semangat Juang. Tanamkan semangat juang dengan ilmu kesedaran. Hanya dengan ilmu akan terhasillah the big why untuk bangun awal dan terus konsisten mengamalkannya. Kalau ada satu ketika rasa jemu, ingatlah balik janji syurga Allah. Nak lagi semangat, ingatlah, ajal maut itu bila-bila masa sahaja. Bayangkan sekiranya kita mati pagi esoknya. Subuh pun tidak, sudah yakinkah tiada seksaan menanti di alam kubur dan akhirat sekiranya kita mati dalam keadaan begitu?
Semoga tips ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang-orang yang membaca ini. Semoga berjaya dan marilah berusaha bersama-sama menjadi pahlawan sejati, pahlawan perkasa, "Subuh Warrior"! Semoga Allah merahmati usaha anda semua.
Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan dalam entri. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :) Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada pakar motivasi atau encik google ya?
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya?
Hana harap readers enjoy baca entri kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.
Wassalam alaik~
Labels: Al-Quran, Allah, hana corner, Subuh, Subuh Warrior, Tegur, Tips, Tips bangun Subuh
Hei! Pandang Aku!
"Chip Chip", terus ditatapnya skrin yang bercahaya itu. Tersengih sorang-sorang, entah dari siapa. Nak kata dari suami tak kahwin lagi. Nak kata boyfriend, karang kena cepuk pula dengan dia ini.
Aku nak tumpang gembira, tetapi lagi sakit hati aku ini. Rasa nak campak sahaja makhluk yang dekat tangan dia itu. Hish! Kalau begini, baik aku blah sahaja. Ajak keluar tetapi pandang pun entah ke mana. Duduk satu meja, tetapi terasa jauh. Sudah la, buang masa orang lain sahaja.
"Hei! Pandang Aku!"
Haaa... halo everybody~ Assalamualaikum.
Huhu, permulaan entri kali agak berbeza hendak dibandingkan dengan entri-entri sebelum ini.
Bagaimana? Seronok membaca cerita sangat pendek di atas? Atau banyak pedang yang tertusuk di hati? Ke tidak rasa apa-apa? Yang tidak rasa apa-apa itu baguslah. Mungkin tidak pernah buat perkara di atas. Alhamdulillah.
Di sini, Hana bukan nak jadi anti-phone ke apa. Hana tidak nafikan telefon pintar banyak faedah dan membantu kita dalam kehidupan seharian. Malah telah menjadi satu keperluan zaman kini. Nak hantar assignment senang, kalau sakit boleh whatsapp lecturer terus, kalau rindu family boleh calling-calling, kalau nak bangun tahajud boleh set alarm, kalau nak ingatkan tarikh penting boleh save dekat calendar dan sebagainya. Serius, Hana tidak akan nafikan kebaikan telefon pintar ini!
TETAPI
ia juga bergantung kepada penggunanya. Jika penggunanya menyalah gunakan telefon pintar, maka lebih banyaklah keburukannya. Jika penggunanya menggunakan telefon pintar ke arah kebaikan, maka kebaikanlah yang diperolehnya.
Bukannya apa, Hana cuma rindukan saat dulu-dulu sahaja. Kalau jumpa atau ada gathering dengan member, macam-macam benda semua nak cerita, bertukar salam bertegur sapa, ketawa bersama pelerai duka, seronok je rasa. Dapat merasai kehangatan silaturrahim.
Sekarang?
Hana sedih. Sedih tengok anak-anak leka menatap skrin bercahaya sedangkan ibu bapa ada di depan mata. Tidak bersapa, tidak pula dipandangnya. Adakalanya terkilan melihat sahabat yang tersengih seorang diri tetapi bukannya kerana kita. Kerana membaca setiap perkataan yang dibacanya dari telefon pintar. Seolah-olah, persahabatan rakan-rakan di alam maya itu lebih berharga daripada persahabatan rakan-rakan yang ada di depan mata.
"Pandang aku"
"Dengar cerita aku"
"Faham aku"
"Sayang aku"
"Luang masa dengan aku"
"Gelak dengan aku"
"Menangis dengan aku"
"Bantu aku"
"Atau, sebenarnya aku ini bukan apa-apa pada engkau?"
Our world now is advanced but cold.
Dengar sini makhluk bergelar manusia.
Telefon rosak boleh diganti, Hubungan rosak susah hendak baiki.
Orang yang tersayang pergi, takkan kembali.
Andai jasad itu telah tiada, kau tak sedar ditelan masa. Nak menyesal sudah tak kata apa
Waktu itu kau akan meminta, supaya masa boleh diputar kembali.
Tidak salah untuk menggunakan telefon pintar, tetapi berpada-pada.
Jangan kerana leka, kau buang perkara yang paling penting dalam kehidupan kau.
Belajarlah menghormati. Belajarlah menyayangi. Belajarlah menghargai.
InsyaAllah, kau juga gembira dengan kehidupan kau.
Kalau readers nak share pengalaman readers, ruang komen sentiasa tersedia untuk readers.
Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kekurangan dengan apa yang hana share ini, hana mohon ampun dan maaf. Kalau ada yang nak tanya hana, boleh tanya. Kalau hana boleh jawab, hana jawabkan. Kalau tidak boleh, sila rujuk yang lebih pakar.
Sekian,
wassalam alaik~
Labels: hana corner, hanaflamehaze, Hei! Pandang Aku!, Merapatkan ukhwah, Mutiara kata, nasihat, Pengalaman, Pesanan, Tegur, telefon, telefon pintar, Tinggalkan
Di Mana Ibu?
Assalamualaikum, readers!
Sebelum memulakan bacaan, check diri anda dahulu.
Akal sihat? (yeah!)
Sebelum memulakan bacaan, check diri anda dahulu.
Akal sihat? (yeah!)
Fizikal sihat? (huehue yeah!)
Iman sihat? (erm....?)
Ehem. Tidak berapa yakin bunyinya. Bagaimana ya?
Tambahkanlah dengan santapan rohani seperti membaca Quran dan berzikir.
"Di Mana Ibu?"
Kejadah pula hana ini. Tiba-tiba mencari ibu dekat dalam blog ini. Macam boleh muncul sahaja.
Tajuk hendak gempak sahaja. Acah-acah macam hendak buat tajuk cerpen al-kisah tentang anak yang mencari ibunya yang hilang.
Hehe.Tajuknya segempak isinya.
Ini bukan al-kisah ibu yang hilang dalam pandangan mata.
Ini adalah kisah hilangnya ibu di dalam hati anaknya.
Ini adalah kisah hilangnya ibu di dalam hati anaknya.
*gulp*
Mungkin makan dalam? Ya.
Mungkin membuatkan diri terasa seperti anak derhaka? Mungkin.
Sediakan diri. Mungkin hari ini lunch/dinner readers diisi dengan peluru kesentapan.
Moga kesentapan tersebut mampu memperbaiki kekurangan readers. (InshaAllah)
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu”
(Luqman, 31: 14)
(Luqman, 31: 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)
Sekiranya hana tanya kepada readers, di mana letaknya ibu di hati readers, agak-agak, jawapannya readers apa ya?
"Mestilah kasih aku pada ibuku tidak dapat diukur dengan objek!"
Serius?
"Mum, I love you so much. Muah muah!"
"Ibu, kakak sayang ibu"
"Abang sayang emak"
"Mama, adik sayang sangat dekat mama!"
Adakah kita ungkapkan ayat-ayat di atas setiap hari kepada ibu kita?
"Not everyday I jumpa mummy I. I kerja, I ada family. Susah nak balik kampung. Kampung jauh."
Alasan.
Sekiranya tidak mampu untuk berjumpa ibu setiap hari, call sahaja sudah memadai.
Semua orang ada telefon canggih kan sekarang?
Kenapa boleh whatsapp kawan-kawan setiap hari berjam-jam, call ibu 5 minit pun tidak boleh?
Kenapa boleh call/sms boyfriend/girlfriend sampai larut malam sedangkan call ibu 5 minit susah sangat?
Susah ke?
Malu? Dah besar? Tidak macho?
Dude, sis, jangan sampai satu tahap, kita tidak berkesempatan untuk ungkapkan rasih sayang kita terhadapnya. Siapa tahu, mereka yang pergi menghadap ilahi dahulu? Siapa tahu, kita yang pergi menghadap ilahi dahulu? Ingat, kita manusia, we are not immortal. We'll die one day. No one is exception. Tidak kira yang muda atau tua, semuanya akan mati. So don't die in regrets.
Ungkapkan cinta kepada ibu bukannya satu dosa, malah pahala!
Hendak dibandingkan call awek atau pakwe malam-malam buta, buat maksiat di mana Allah sentiasa melihat perbuatan kita, ayat-ayat yang kononnya bukti kasih dan cinta hanyalah harapan sementara yang tidak lama lagi akan dipijak oleh si pengungkap itu sendiri,
tidak malu?
"Mum, I love you so much. Muah muah!"
"Ibu, kakak sayang ibu"
"Abang sayang emak"
"Mama, adik sayang sangat dekat mama!"
Adakah kita ungkapkan ayat-ayat di atas setiap hari kepada ibu kita?
"Not everyday I jumpa mummy I. I kerja, I ada family. Susah nak balik kampung. Kampung jauh."
Alasan.
Sekiranya tidak mampu untuk berjumpa ibu setiap hari, call sahaja sudah memadai.
Semua orang ada telefon canggih kan sekarang?
Kenapa boleh whatsapp kawan-kawan setiap hari berjam-jam, call ibu 5 minit pun tidak boleh?
Kenapa boleh call/sms boyfriend/girlfriend sampai larut malam sedangkan call ibu 5 minit susah sangat?
Susah ke?
Malu? Dah besar? Tidak macho?
Dude, sis, jangan sampai satu tahap, kita tidak berkesempatan untuk ungkapkan rasih sayang kita terhadapnya. Siapa tahu, mereka yang pergi menghadap ilahi dahulu? Siapa tahu, kita yang pergi menghadap ilahi dahulu? Ingat, kita manusia, we are not immortal. We'll die one day. No one is exception. Tidak kira yang muda atau tua, semuanya akan mati. So don't die in regrets.
Ungkapkan cinta kepada ibu bukannya satu dosa, malah pahala!
Hendak dibandingkan call awek atau pakwe malam-malam buta, buat maksiat di mana Allah sentiasa melihat perbuatan kita, ayat-ayat yang kononnya bukti kasih dan cinta hanyalah harapan sementara yang tidak lama lagi akan dipijak oleh si pengungkap itu sendiri,
tidak malu?
"Ah! Awek/Pakwe aku lebih memahami aku daripada ibu sendiri. Kau, hana apa tahu?!"
Silap.
Dia hanya membuatkan dirinya seolah-olah memahami kita sedangkan dia sedang mempermainkan perasaan kita.
Belikan cincin/hadiah untuk kekasih hati, sedangkan jarang atau tidak pernah langsung belikan hadiah untuk ibu?
Apa manfaat yang dapat diberikan oleh kekasih hati kita itu di akhirat kelak?
Dosa? Tarik ke neraka?
Apa yang kita dapat daripada kekasih hati itu?
Kepuasan nafsu semata-mata?
Sedarlah.
Sedangkan ibu kita di rumah, sebenarnya sangat memahami anak-anaknya. Yang tidak mahu memahami adalah kita. Kita yang tidak mahu atau mencuba untuk memahami ibu kita.
Ibu tidak faham masalah kita?
Bagaimana ibu hendak tahu jika anaknya sendiri yang sering mengelak soalannya sekiranya ditanya khabar, ditanya masalah dan sebagainya?
Luangkan masa.
Banyakkan luangkan masa bersama ibu bapa kita.
Eratkan hubungan yang telahpun rapuh. Biar kita saling memahami sesama keluarga.
Hana tanya sekali lagi,
Di mana ibu di hati readers?
Ketuk pintu hati, tanya iman, muhasabah diri.
Baiklah, sampai di sini sahaja entri hana kali ini. Jika readers ada apa-apa yang ingin dikongsikan, ruang komen hana sentiasa terbuka untuk readers (tengok dekat atas gambar sebelah kanan).
Sebarang persoalan juga boleh diterima, tetapi ilmu hana ini terhad. Kalau hana boleh jawab, hana jawab. Kalau hana tidak boleh jawab, readers rujuk kepada yang lebih pakar ya?
Sekian, wassalamalaik~
Labels: hana corner, hanaflamehaze, Ibu, Ilmu, Keluarga, Mengubah Diri, nasihat, Pesanan, Tegur
Secret Admire
Assalamualaikum readers~
How are you? Readers sihat? Akal sihat? Iman sihat?
Harapnya, semua sihat-sihat belaka.
Eh eh! Tengok tajuk dekat atas itu.
"Secret Admire"
Pelik dengan tajuk hana kali ini?
Macam ada udang di sebalik mee sahaja bunyinya.
Tetapi, 'admirer' yang hana maksudkan dalam entri kali ini bukannya admirer yang cintan-cintun itu.
Pernah tidak readers menyanjungi seseorang ataupun dengan istilah yang lebih kita faham dalam zaman modern ini, 'admire'? Tidak pernah? Tipu.
Takkan tidak pernah admire ibu atau ayah sendiri? admire cikgu ke? admire senior atau junior? admirer tokoh-tokoh negara? admire tokoh-tokoh Islam?
admire Rasulullah S.A.W?
Admirer ini tidak salah. Itu tandanya, kita tahu kita tidak sempurna. Kita tahu kita tidak ada apa yang orang yang kita admire itu ada. Dengan admire ini juga, akan membuatkan kita ada satu tujuan untuk berusaha. Hendak berusaha menjadi sepandai dia. Hendak berusaha menjadi sebudi pekerti seperti dia. Hendak berusaha mempunyai akhlak seperti dia.
Tetapi ingat, admire itu boleh, tetapi jangan admire benda buruk tentang seseorang itu.
Yang lebih penting lagi, jangan admire seseorang melebihi Allah dan Rasulullah S.A.W.
Takut-takut, perasaan admire itu boleh bertukar menjadi syirik.
"Okay, but what about secret admire? Since the topic says 'Secret Admire',"
Ha... kalau yang ini, mesti ada kes yang minat seseorang, tetapi segan nak beritahu.
Well, kalau segan tidak mengapa. Admire sahaja. Tetapi, jangan sampai jadi stalker. Sebab, ia menimbulkan rasa tidak selesa orang yang kita admire itu. Boleh jadi, orang yang kita admire itu terasa tidak selamat apabila pergi keluar berjalan mahupun di rumah.
Apa beza Secret Admire dan Stalker?
Kalau secret admirer ini, hanya admire senyap-senyap. Kalau up sikit lagi, hantar surat melalui kawan si dia atau hantar mesej atau bagi hadiah. Stalker pula? Call tiap-tiap malam, hantar surat letak dalam beg duit si dia, hantar mesej kepada si orang yang kita admire, tulis seperti;
"Awak cute lah hari ini. Pakai kasut pink."
5 minit kemudian,
"Awak tengok jalan elok-elok. Ada longkang dekat depan"
5 minit kemudian,
"Handkerchief awak jatuh."
Kalau lah hana dapat mesej macam ini, hana report polis terus. Rasa terancam sebab rasa seperti selalu diperhatikan. Ya la... mana lah tahu kita mandi pun dia intai?
"Eww... tidak suka lah secret admire ini! Freak gila!"
Ehem. Tidak boleh lah macam itu. Mereka juga manusia dan kamu juga manusia. Masing-masing ada sebab kenapa admire seseorang. Selalunya, orang admire kerana kecantikan atau kehenseman anda. Sebab? Diorang tidak ada kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada anda. Ada juga admire kerana kepandaian seseorang ataupun mungkin pernah suatu ketika dahulu anda pernah menyelamatkan mereka dengan kata-kata motivasi atau keberanian anda menegakkan keadilan. Sepatutnya, kalau ada orang admire kita, apa kata kita upgrade diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya? Selalunya si admire ini mahu menjadi seperti orang yang di-admire-nya.
Melalui cara ini, kita dapat berdakwah melalui qudwatul hasanah (contoh teladan yang baik).
Tetapi sekiranya secret admirer itu sudah menjadi seorang stalker, maka anda WAJIB membuat laporan polis atau berdoa pada Allah agar melindungi kita.
Tetapi, tipu lah kalau hati tidak berbunga saat mendapat tahu kita ada secret admire.
Fitrah manusia, suka dipuji atau diminati. Rasa hot sekejap apabila dapat tahu ada orang minat kita.
Jadi, jangan ghairah sangat. Takut sifat takbur dan riak lahir dalam hati. Kita cool sahaja, buat macam biasa.
Kepada si admire,
lebih elok sekiranya anda admire seseorang kerana akhlaknya dan agamanya.
atau kalau hendak mencari seseorang yang sempurna dari segi segala aspek,
maka Rasulullah S.A.W ada untuk dicontohi.
Hana cadangkan, bila hendak hantar surat, hantarlah sebagai SAHABAT yang memperingati sahabatnya kepada Allah. Sedar ataupun tidak, darjat anda bukan lagi secret admire, tetapi seorang sahabat yang mendoakan sahabatnya yang lain dari jauh. Nak contoh ayat untuk ditulis dalam surat? Readers boleh baca di blog Assalamualaika Ya Rasulullah.
Bagaimana pula admirer lelaki/perempuan ajnabi? Hana rasa tidak perlu.
Kalau benar-benar minat lelaki/perempuan itu, daripada menjadi secret admire dan membuat dosa, lebih baik anda pergi masuk meminang dan nikahilah mereka secara sah. Ha... kau nak tulis surat cinta beratus-ratus, hantar bunga berjuta kali pun tidak apa.
Kepada orang yang di-admire;
"To the WORLD, YOU maybe a PERSON. But to a PERSON, YOU maybe the WORLD."
Kepada orang yang admire;
"I have always been an admirer. I regard the gift of admiration as indispensable if one is to amount to something; I don't know where I would be without it."
Okey, hana rasa sampai disini sahaja entri hana kali ini.
Haha, actually hana buat tajuk ini sebab baru-baru ini hana dapat surat dari secret admire.
Terkejut itu, terkejut lah juga. Tetapi, hana rasa takut sangat.
Takut kalau dia admire hana and follow everything what I've done including the bad one.
Hana doa banyak-banyak supaya Allah tutupkan aib hana di hadapan adik itu atau kalau dia nampak kesalahan hana, dia benci perbuatan itu.
Kalau ada apa-apa yang ingin dikongsikan, boleh komen di ruang komen. (scroll atas > tengok tepi tajuk > Klik link 'comment')
Kalau nak borak-borak kosong, sudah tersedia cbox dalam blog ini.
Maafkan hana andai terlanjur kata.
Wassalam alaik~
Labels: hana corner, hanaflamehaze, Secret Admirer, Surat cinta, Tegur, Tips
BULI? Try ME'.
Assalamualaikum readers~
Hehehe... lama hana tak update. Setelah lama meninggalkan blog ini selama setahun.
Readers apa khabar? sihat?Akal sihat? Iman sihat?
Tajuk hari ini, sudah lazim masyarakat kita dengar di akhbar mahupun di media.
"BULI? Try ME."
Apabila Rasulullah S.A.W menjejakkan kakinya buat pertama kali di kota Madinah, Baginda menyampaikan amanatnya yang pertama:
"Wahai manusia, sampaikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturahim dan solatlah pada waktu malam ketika orang lain tidur. Pasti kamu akan masuk syurga."
(Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah)
Melalui nasihat itu, Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa berkasih sayang sebenarnya memberi suatu kekuatan luar biasa kepada umat yang menyuburkannya. Daripada berkasih sayang, akan terbitlah kebahagiaan, keceriaan, keharmonian dan ketenangan dalam masyarakat.
Lihatlah sebelum Baginda membina tamadun Islam yang gemilang, Baginda terlebih dahulu membangunkan tamadun jiwa dalam diri penduduk Madinah dan Makkah dengan benih kasih sayang yang bertunjangkan akidah yang benar - beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Rasulullah telah menyatukan hati kaum Ansar dengan kaum Muhajirin agar terjalin kepercayaan dan menghilangkan prasangka. Hasilnya, penyatuan mereka ini berjaya membentuk sebuah negara Islam yang pertama di dunia. Itulah kerajaan Islam Madinah al-Munawarah.
Sekarang? Kalau kita lihat mana-mana video buli mahupun kes buli, peratus pelajar Melayu lebih tinggi peratus purata pelajar bangsa lain. Dah terhapuskah kasih sayang sesama saudara Islam itu?
TAHU TAPI TAK MAHU
Berkasih sayang bukannya kita tidak tahu, tetapi kita sendiri yang tidak mahu. Padahal ia fitrah. Tidak perlu dipaksa, ia semula jadi sudah ada dalam diri manusia. Malangnya, kerana prasangka, ego, dengki, sombong, takbur dan angkuh diri, perlahan-lahan ia menghakis rasa mahabbah (kasih sayang) itu.
Melahirkan rasa kasih sayang pada sesetengah remaja dirasakan seperti keanak-anakan dan tidak lagi sesuai apabila sudah menginjak dewasa. Ramai yang tenggelam dalam dunia peribadinya tanpa menghiraukan lagi nasib dan keadaan saudara Islamnya yang lain. Maka, berlakulah kekejaman, penindasan dan buli demi memenuhi kehendak hawa nafsu tanpa menghiraukan kesusahan dan penderitaan orang lain.
Ruginya...
Mahabbah tidak lagi dibudayakan.
Itu petanda iman rapuh, ukhwah lumpuh.
Hati yang sakit ialah apabila kita berasa bangga melakukan sesuatu dosa.
Hati yang mati ialah apabila kita sungguh-sungguh mempertahankan dosa itu.
BANTERAS? BAGAIMANA?
Buli berpunca daripada penyakit hati.
Oleh itu, baiki hati dengan iman. Hanya dengan kekuatan iman, masalah buli dapat diubati.
Manusia yang beriman akan takutkan Allah, cinta akan syurga dan gerun akan neraka. Hanya mereka inilah yang boleh menahan dan melawan sifat takbur, sombong, ego, hasad dengki dan pemarah.
Tanpa iman tidak akan ada mahabbah. Kuat iman, kuatlah mahabbah.
Solat Berjemaah
Tahukah readers, solat berjemaah ini mampu mengikat hati-hati Muslim?
Apabila bahu bersentuh bahu, buku lali bersentuh buku lali, cas-cas positif mula bergerak ke cas negatif. Hahaha. Dengar kelakar kan? Tetapi itu adalah fakta. Manusia juga mempunyai cas negatif dan positif. Dan apabila cas positif pergi ke cas negatif, ia akan meneutralkan diri seseorang itu atau lebih kepada positifkan seseorang itu.
Setelah selesai solat ada bersalam-salaman. Perkara ini mampu memberi kesan walau sedikit dengan mengecilkan perselisihan dan mendominasikan muafakat.
( Hana nak promote solat berjemaah. Hehe. )
Sebarkan Salam
Ada masalah hendak dapat kawan? Beri salam.
Ada masalah hendak berbaik semula dengan kawan? Beri salam.
Ada masalah hendak menyuburkan mahabbah? Mulakanlah dengan salam.
Memberi salam dapat mendidik umat Islam menjadi peramah dan mesra, seterusnya menerbitkan mahabbah sesama Muslim.
Tetapi, memberi salam inilah yang paling RAKYAT MALAYSIA berat sangat hendak sebut. Kenapa? Ego. Terasa diri ini perlu diberi salam bukannya memberi salam.
Saudara saudari sekalian, kita perlu ingat yang kita ini bukan WALI ALLAH, kita ini HAMBA ALLAH yang ADA BANYAK DOSA. Memberi salam adalah salah satu peluang untuk kita mendapat pahala. Kalau hendak tunggu orang lain yang akan beri salam pada kita, memang tidak akan terjadi. Kita yang patut mulakannya dahulu, barulah orang lain akan ikut. Lagipun, orang yang memberi salam ini lebih mulia daripada orang yang menjawab salam.
Ungkapkan Cinta
Ha... Yang ini hana takut ada orang salah tafsir.
Karang tidak pasal-pasal ada orang pergi 'ungkapkan cinta' kepada ajnabinya.
Maksud ungkapkan cinta ini adalah ungkapkan rasa kasih kita kepada sahabat kita (yang sama jantina) atau kepada keluarga kita.
"Erk! Saya bukan gay."
"Erk! Saya bukan lesbian."
Bro, Sis, ungkapkan rasa kasih kita kepada sahabat kita YANG SAMA JANTINA tidak bermaksud anda homoseksual. Fikir positif sikit. Contoh?
"Aku sayang kau kerana Allah. Nanti dekat akhirat, kalau aku dicampakkan ke dalam neraka, tarik aku ya, Fadhil?"
"Aku sayang kau kerana Allah. Kalau aku terpesong jauh nanti, kau tariklah aku balik ke jalan yang benar. Ingatkan aku tau, Amira!"
Rasa mustahil akan ada sahabat berkata begitu pada kita? TIDAK MUSTAHIL.
Sebab sudah ada sahabat hana yang telahpun mengungkapkan kata-kata lebih kurang seperti itu kepada hana. Kalau hana dapat, tidak mustahil readers pun akan dapat.
Mungkin bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti apabila readers mendapat sahabat yang benar-benar menjadi sahabat readers.
Kalau hendak ungkap rasa kasih kepada perempuan/lelaki yang ajnabi, apa kata pergi nikah terus.
Nak ber-I love you sejuta kali pun tidak apa. Dapat pahala lagi. Hehe.
Lebarkan Senyuman
Orang yang selalu senyum ini, orang kata ada confident dalam jiwa mereka.
Lebih-lebih lagi wajah orang tersenyum ini menyejukkan mata yang memandang. Kalau ada orang hendak buli, boleh tidak jadi hendak buli.
Rasulullah berpesan:
"Janganlah kamu meremehkan perbuatan baik sekecil apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria."
(Riwayat Muslim)
Sabar dan Maafkan
Kalau rasa hendak marah, duduk. Kalau tengah duduk, berdiri.
Kalau marah tidak reda lagi, pergilah ambil wuduk. Insya-Allah, air wuduk itu bukan sahaja menghapuskan dosa-dosa kecil, malah menyiram air ke api yang membara dalam hati.
Memaafkan orang sememangnya sukar. Hana mengaku, sangat sukar. Kita akan asyik terngiang-ngiang akan salah sahabat kita terhadap kita. Cuba. Cuba memaafkan kesalahan orang lain. Kalau tidak mampu, cuba ubah perasaan benci terhadap sahabat kita itu kepada benci terhadap perbuatannya. Kalau tidak mampu, doalah pada Allah agar syaitan tidak mempermainkan hati kita.
AYUH KERAH DIRI!
Kepada sesiapa yang memikirkan mahabbah itu adalah keanak-anakkan, sedarlah adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, dengan merasakan perkara sedemikian keanak-anakan telahpun menunjukkan bahawa pemikiran anda masih lagi tidak matang. Layakkah anda bergelar manusia sedangkan haiwan tahu untuk berkasih sayang sesama sendiri?
Jika seluruh umat Islam atau manusia di muka bumi ini melaksanakan apa yang mereka telah baca dalam entri ini, hana yakin, tidak akan ada penindasan dan peperangan akan berlaku. Jika ada yang mengamalkannya, hana yakin, pembuli pun tidak berani hendak sentuh kita.
"TRY ME"
Panjang betul entri hana kali. Hana harap, ada juga sedikit manfaat dapat diambil daripada tajuk kali ini. Sebenarnya hana geram dengan si pembuli ini. Kalau boleh, mahu sahaja hana ungkapkan kata-kata pedas + sentap. Tetapi, orang yang hati batu macam ini tidak boleh terima ayat-ayat begitu tak? Sikit-sikit touching. Tak kental kan? (Adess, dah tersembur sedikit kat sini. Astaghfirullahalazim...)
Okey, sampai di sini sahaja entri hana. Kalau tulis panjang-panjang karang, takut tidak boleh tahan rasa marah itu.
Kalau ada yang hendak kongsi pengalaman atau tips yang lain, ruang komen hana sentiasa tersedia untuk readers (Nak komen, scroll atas, tengok bawah tajuk, tekan "comment"). Mahu komen apa-apa, cbox ada.
Wassalam alaik~
Labels: Buli, BULI? Try 'ME', hanaflamehaze, nasihat, Tegur, Tips
Si Pengejar Masa = Selfish?
Assalamualaikum readers~
Apa khabar? :3
Macam biasa, hana nampak macam tidak ada kesedaran nak PMR (tetapi sebenarnya dalam hati hana hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya hana sekarang ini)
Alright, lets get back to the topic :)
" 'Si Pengejar Masa = Selfish' ? Bukan memang kena kejar masa ke? Yalah, kata masa itu emas, masa ibarat pedang, masa tidak akan menunggu kita dan lain lagi... habis kenapa si pengejar masa itu selfish pula?"
Ha.... ini yang hana nak cerita ini!
Okey, biar hana bagi satu situasi. Apabila readers sudah membaca situasi ini, readers akan mula faham apa maksud hana.
-------------------------------------------------------------------------------------
Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7.20 pagi. Lagi 10 minit pintu pagar sekolah akan ditutup. Pada masa itu, Ali mempercepatkan langkah, kayuhan basikal semakin laju dan dia tidak peduli apa-apa yang berlaku di kiri dan kanan. Tiba sahaja di sekolah, kedengaran satu pengumuman mengatakan bahawa akan diadakan ujian pada waktu petang. Ali bergegas ke kelasnya lalu membuka buku untuk dibaca. Tiba-tiba, muncul Abu di hadapannya, dengan sebuah buku, dipeluk erat.
"Ali, boleh kau ajar topik ini tak?" kata Abu sambil menunjukkan topik yang tidak difahaminya.
"Isy, tiba-tiba cikgu nak buat ujuan. Aku pun tak sempat ulang kaji lagi. Kau bacalah sendiri dulu, sekarang masing-masing sibuk nak baca apa yang kita dah belajar. Kalau tak faham, tinggalkan sahaja topik tu," kata Ali sambil mengeluh.
----------------------------------------------------------------------------------------
Jeng jeng jeng... dah faham maksud hana 'Si Pengejar Masa'?
Well, mana mungkin mahu menyelesaikan soalan yang tidak difahami rakan, sedangkan kita pun masih belum menghabiskan pembacaan. Kita mahu menjadi yang terawal untuk sampai ke sekolah, tetapi masih tidak berusaha untuk bangun awal pagi. Kita mahu mengejar untuk menghabiskan pembacaan bagi sukatan pelajaran, tetapi tidak melakukan persediaan yang awal. Kesudahannya, kita menjadi si pengejar masa yang mementingkan diri sendiri.
Awal = Produktif + Interaktif
Orang yang mahu menjadi insan terawal dalam setiap tindakannya perlu mengetahui formula di atas. Awal bukan bermakna menjadi yang terkedepan dalam setiap perkara, tetapi orang tersebut memastikan bahawa dirinya menepati dua instrumen penting bagi "awal" iaitu produktif dan interaktif.
Orang yang berpegang dengan prinsip produktif akan mengetahui potensi dirinya sendiri dan tidak mensia-siakan masa yang ada pada dirinya. Dia sedar bahawa Allah mengurniakan 24 jam sehari untuknya, lalu setiap jam yang berlalu dalam hidupnya tidak akan dibiarkan berlalu dengan lambaian kosong. Golongan yang produktif terhadap masanya akan menghasilkan ouput yang banyak dan bermanfaat.
Manakala orang yang interaktif pula mampu bekerjasama secara adil dengan peruntukan waktu untuk orang lain. Matlamat untuk menjadi yang terawal tidak akan dibiarkan menjadi miliknya sendiri, tetapi masa yang ada itu dibahagikan untuk dirinya sendiri dan orang lain. Ini membolehkan pengaliran maklumat dan ilmu dua hala yang berterusan, malah kedua-dua pihak turut mendapat manfaat. Selain itu, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim dengan melakukan perkara secara berjemaah. Menarik kan?
Aktif Siang dan Malam
Biar hana beri satu tokoh yang patut kita contohi.
Pernahkan readers mendengar tokoh yang bernama Imam al-Alusi?
Kenal? Wah, readers sememangnya orang yang hebat!
Tak kenal? Tidak mengapa... biar hana beritahu readers siapa Imam al-Alusi.
Imam al-Alusi seorang yang tidak kedekut apatah lagi mementingkan diri terhadap masa yang ada. Tokoh mufasir ini menggunakan waktu siang dan malam bukan hanya untuk keperluannya. Bahkan, beliau tetap menjaga kepentingan orang lain dalam hidupnya. Beliau merupakan orang yang sentiasa berusaha agar ilmunya tetap bertambah. Malah beliau tidak bosan mengkaji dan mencari ilmu yang bermanfaat. Benar, beliau seorang pengejar masa!
Perkara ini terbukti apabila beliau memanfaatkan waktu siang untuk mengajar dan berfatwa. Pada sebelah petang pula, beliau mengggunakan masa yang ada untuk orang yang datang bertanya dan membuat perbincangan dengannya. Bahkan, pada pengakhiran malam beliau tidak mengisi masa tersebut untuk tidur semata-mata kerana itulah masa yang dikhaskan buat dirinya untuk belajar dan menulis karya tafsirnya.
Hebatnya, Imam al-Alusi berjaya memanfaatkan masa yang ada! Beliau seorang pengejar masa yang tidak mementingkan diri kerana berusaha membahagikan masa buat dirinya dan orang lain. Beliau bukan sahaja aktif pada waktu siang dan pasif pada waktu malam, tetapi aktif siang dan malam.
Konklusinya, Jika kita antara pelajar yang cemerlang, sebarkanlah ilmu yang kita ada. Bukankah ilmu pada diri seseorang akan bertambah apabila kita memberi dan menolong untuk orang lain? Ingatlah, Allah akan memudahkan urusan kita jika kita memudahkan urusan orang lain. Jangan kita menyesal di hari kelak jika Allah menarik balik nikmat ilmu itu daripada kita.
Jika kita pelajar yang sederhana sahaja pencapaiannya, berusahalah mencari ilmu pada bila-bila masa sahaja. Ilmu Allah itu luas. Pergilah ke negara China sekalipun, tuntutlah ilmu. Biarpun kita seorang pelajar yang paling corot, adakah kita perlu menunggu dan membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan?
Okey, itu sahaja daripada hana. Hopefully, lepas baca ini, readers tak kedekut ilmu dengan kawan-kawan. Jangan pula sebar ilmu tak sepatutnya macam ilmu sihir. Jangan belajar sekalipun ilmu sihir itu. Jika mahukan sesuatu, berdoa sahaja kepada Allah. Jangan risau, Allah tidak akan pernah memungkiri janjinya. :)
Ada apa-apa nak share ilmu, pendapat, boleh komen dekat bawah ini or tulis kat cbox sahaja.
Kalau soalan itu, kalau hana boleh jawab, hana jawab. Kalau tidak boleh jawab, cari guru yang lebih berpengetahuan. Insya-Allah, Islam akan terus teguh!
Wassalam alaik~
Labels: hana corner, Ilmu, nasihat, selfish, si pengejar masa, Tegur, Tips
Menyuburkan Bunga-bunga dalam Silaturrahim
Assalamualaikum readers :)
Lama tak dengar khabar dari blog ini? hehe... Hana sibuk. (tetapi buat-buat tak sibuk XD)
Anime? SENTIASA layan. Tengoklah semua gambar dekat setiap post, wajib gambar anime.
Okey, hana dah start mengarut =.="
Hmm? Apa maksud hana menyuburkan bunga-bunga dalam silaturrahim?
Maksudnya, mengukuhkan silaturrahim. Haha... jiwang sikit ayat tak? :P
Tujuan hana post entri kali ini nak share tentang panduan dalam mengukuhkan silaturrahim. Hana dapat panduan ini dalam majalah Muslim Teens #14.
Asas utama silaturrahim ialah iman dan taqwa kepada Allah SWT. Selebihnya kita mesti menyuburkan bunga-bunga dalam perhubungan dengan meneliti setiap usaha yang telah dan belum diambil. Berusaha mengukuhkan hubungan amat penting agar kita menjadi umat yang kuat. Seikat lidi jauh lebih kukuh dan berguna dari sebilah lidi yang boleh dipatahkan bila-bila masa sahaja.
Jika readers lihat kembali sejarah Rasulullah SAW dan para sahabatnya, mereka sentiasa bersama, bersatu padu, saling sayang-menyayangi, saling bekerjasama menegakkan Islam dan lain-lain lagi. Perkara-perkara itu membuatkan mereka adalah umat Islam yang kuat.
Sebagai manusia, kita memiliki beberapa hubungan penting dengan orang-orang di sekeliling kita. Jangan pula readers fikir hubungan girlfriend atau boyfriend. Oh no! Tidak!
Di sini kita selitkan hubungan antara keluarga dan masyarakat. Hubungan dengan mereka mesti dimantapkan dari masa ke semasa. Kita boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk memastikannya, insyaAllah.
Berterima Kasih
Pernahkah kita berterima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, adik-beradik, rakan-rakan, jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang kita berurusan dengannya? Kalimah yang mudah ini jarang yang diucapkan walaupun mudah. Manusia yang mampu berterima kasih terhadap kebaikan sesama manusia adalah termasuk golongan mereka yang bersyukur. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berterima kasih kepada Allah dan jangan lupa berterima kasih juga kepada manusia.
Bermaaf-maafan
Ha! Ini satu lagi perbuatan yang sukar dilakukan oleh kita. Ia hanya sering dilakukan pada hari perayaan. STOP! Mana boleh ketika hari raya sahaja kita nak bermaaf-maafan. Kalau esok lusa sudah datang ajal atau kiamat, tidak sempat untuk bermaaf-maafan, bagaimana? Padahal kalimah maaf itu sangat pendek.
"Maaf"
"Maaf"
Mudah disebut dan jika diucapkan dengan keikhlasan pasti terungkai rasa marah dan dendam. Insan tidak sunyi daripada kesilapan. Biasakanlah diri memohon maaf pada orang sekeliling apabila menyedari kita telah melakukan kesilapan.
Rendahkan Ego
Aduh! Sakit! Kena panah dekat diri-sendiri! >.<
Haha, hana yakin bukan hana seorang sahaja yang terkena panahan perkataan yang di-bold dan digaris ini.
Cuba kita fikir, kadangkala bila kita ditegur oleh ibu bapa atau guru atau rakan sebaya atau yang lebih tua daripada kita, kita akan melenting. Itu antara ciri-ciri manusia yang mudah marah dan cepat terasa.... (oi... macam hana sahaja ini. Perli habis! :P)
Kita perlu rendahkan ego kita di hadapan mereka yang menegur terutama sekali yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman dalam mengharungi kehidupan. (Tetapi janganlah pula bila kawan kita tegur kita marah dia. Kita tidak nampak kesalahan kita, tetapi mereka nampak). Terimalah dengan ikhlas dan berlapang dada.
Berkasih-sayang dan Berlemah-lembut
Oi oi... jangan sentuh anak dara orang okey? Kalau hangpa nak sangat sentuh anak dara orang tu, pi cari ayah dia terus masuk pinang.
Berkasih-sayang ada tempatnya, bro. Maksud berkasih-sayang dekat sini, apabila kita bersama adik-beradik atau rakan sebaya serta yang lebih muda daripada kita. Hana bagi satu contoh yang sangat famous suasana dalam sekolah, buli.
Ha... Hari itu kecoh kes video buli ya? Senior-senior sekalian, toksah lah buli-buli ini. Diorang buat salah apa sampai korang nak buli diorang? Tidak ada hormat terhadap korang? Ehem ehem... itu bukan caranya untuk bagi kesedaran. Korang sebenarnya sudah mengajar diorang cara membuli. Korang turunkan ilmu yang tidak sepatutnya. Lepas korang graduate, diorang pula jadi senior. Tidak semena-mena diorang pun membuli juga atas alasan membalas dendam tetapi dekat orang lain. Korang jangan ingat lepas graduate terlepas dosa, sebab korang dah jadi Tok Guru yang mengajar diorang membuli. Macam gurulah, diorang turunkan ilmu yang berguna, mereka masih dapat pahala walaupun mereka sudah meninggal dunia kerana ilmu yang diturunkan masih lagi diamalkan. Begitu juga yang sebaliknya.
Wahai manusia, dengan menyayangi orang lain, kita akan lebih disayangi.
Contoh idola? Siapa lagi kalau bukan junjungan mulia Rasulullah SAW.
Zahirkanlah Perasan Kita
Untuk memudahkan orang lain memahami kita, zahirkanlah melalui ucapan atau perbuatan. Contohnya sempena hari guru dan ibu yang bakal menjelang, zahirkanlah memberikan kad atau hadiah. Dengan ini, mereka tahu kita masih lagi menyayangi mereka. Terjemahan melalui perbuatan ialah berbuat baik dan menjauhi larangan.
Sumber isi yang diperoleh daripada
Puan Roha binti Hassan
Hana harap apa yang hana kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Oh ya! Hana sarankan readers cuba membeli majalah Muslim Teens kerana majalah ini sesuai untuk remaja. Dalam majalah ini bahasanya sempoi-sempoi (kita remaja mana minat ayat baku tak? XD Ah! Walaupun begitu, kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu!), ada BANYAK komik yang memberi pengajaran, ilmu-ilmu yang bermanfaat, sirah-sirah perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat baginda serta tokoh-tokoh Islam. Hana cakap memang bestlah majalah ini! Hana bagi contoh cover dia ya?
Contoh cover depan:
![]() |
| hoho.. jangan tertipu sebab perempuan dalam cover ini dilukis bukannya orang betul. |
Contoh cover belakang:
ha... berminat tak? Cubalah baca sebab memang banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada majalah ini. Harga? .... mahal lah juga. Hana sanggup berjimat-cermat duit belanja sebab bila balik dari hostel nak beli majalah ini XD.
Okey, cukup cukup mem-promote :P
Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan ilmu. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :) Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada Encik Google ya?
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya?
Hana harap readers enjoy baca post kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.
Wassalam alaik~
Labels: Ilmu, Menyuburkan Bunga-Bunga dalam Silaturrahim, Merapatkan ukhwah, nasihat, Pesanan, Tegur, Tips
Malu Perisai Iman
Assalamualaikum readers!
Wah! Lama betul Hana tak buka blog ini. Lebih banyak sarang Hana tengok!
Sarang burung, sarang labah-labah, sarang anai-anai... senang cerita semua sarang ada :D
Okey, nampaknya Hana still tak berubah... mesti kena ada anime. =.="
Dah! Dah! Lets focus on our topic today.
"Malu Perisai Iman"? Kenapa ya?
Malu itu sebahagian Iman. Malu yang dimaksudkan Allah ialah malu kepada Allah, malu melakukan maksiat dan malu apabila meninggalkan ketaatan.
Malu merupakan landasan akhlak nulia dan sentiasa berpaksikan kebaikan. Sesiapa yang tinggi sifat malunya, maka lebih banyak kebaikan yang diperolehnya. Manakala, sesiapa yang rendah sifat malunya, maka sedikitlah kebaikan yang diperolehnya. Malu adalah perisai bagi seseorang daripada tindakan yang boleh merosakkan dirinya terhadap agamanya serta akhlak dan maruahnya. Malu dapat menghalang seseorang terjerumus daripada melakukan kemaksiatan.
Orang beriman wajib mempunyai sifat malu kerana ia pendorong kuat untuk berkelakuan baik dan menjauhi tingkah laku yang buruk dan keji. Seseorang yang tiada sifat malu, tidak akan menghiraukan sebarang keburukan atas perlakuannya. Apabila sifat malunya sudah tidak ada di dalam diri, maka berlakulah pelbagai kemungkaran seperti tidak menghormati ibu bapa, pelajar tidak menghormati guru, tempat maksiat dikomersialkan untuk dikunjungi, perempuan dan lelaki berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, tidak beradab di atas jalan raya, jawatan menjadi rebutan, pemimpin mengambil kesempatan dengan jawatannya dan banyak lagi.
Tetapi... Malu Biarlah Bertempat
Usahlah kita malu untuk membela kebenaran. Terutamanya apabila kita melihat kemungkaran.
Selalunya kita akan tidak menegur, tidak menghalang apatah lagi tidak jika nak mencegah dengan alasan malu untuk mencampuri urusan orang lain.
Daripada Abi Sa'id al-Khudri s.a., Nabi S.A.W. bersabda dan bermaksud:
"Sesiapa antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Apabila dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Apabila dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hati dan itulah selemah-lemah iman."
(Riwayat Muslim)
Kita wajib membetulkannya kerana tanggungjawab dan amanah kita sebagai saudara Islam. Seharusnya kita tidak perlu malu untuk menegakkan perintah Allah.
Jangan Malu Menuntut Ilmu
Pepatah Melayu ada menyebut: "Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut."
Dalam usaha menuntut ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi, perasaan malu perlu dikikis habis-habisan. Hal ini demikian kerana ilmu ynag difahami boleh dimanfaatkan dan disebarkan.
Kita mesti bersikap proaktif dalam menuntut ilmu. Lihat sahaja dalam sesebuah majlis ilmu, sekolah atau di bilik kuliah, tiada pertanyaan dikemukakan, kononnya malu dikatakan soalan "bodoh". Ramai juga yang malu dalam menuntut ilmu dengan alasan sudah tua serta otak sudah berkarat atau lembab. Maka, mereka akan berkekalan menjadi orang jahil tanpa ilmu.
Ingatlah bahawa Ilmu tidak akan mati.
dipetik daripada SOLUSI
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya,
sifat malu perlu ada pada setiap orang yang beriman kerana orang yang malu kepada Allah S.W.T. akan menjaga mata, telinga, mulut, dan anggota-anggota lain dari maksiat. Perasaan malu kepada Allah juga akan membolehkan seseorang menjaga diri dan kemaluannya daripada melakukan zina.
Inilah kebahagiaan apabila seseorang itu memiliki rasa malu kepada Allah.
Okey, itu sahaja untuk hari. Harap readers dapat ambil ikhtibar dari post kali ini.
Ada apa-apa nak share, boleh melalui cbox or comment...
Wassalam alaik~
Ada apa-apa nak share, boleh melalui cbox or comment...
Wassalam alaik~
Labels: Iman, Malu, maruah, nasihat, Tegur
Tips Menegur
Assalamualaikum readers.
Kali ini pulak kita pergi ke tajuk "Tips Menegur".
Firstly, sebenarnya, post ini bukan sahaja ditujukan kepada readers yang di luar sana, post ini juga ditujukan kepada hana sendiri. Hana nak ingatkan diri hana juga sebab hana pun tak pandai nak menegur orang.
Anggap sahaja lah ini nota-nota elektronik untuk readers dan untuk hana. Kita sama-sama berubah okey? :)Tegur Mesti ada Alasan Kenapa
Takkan la nak tegur orang membabi buta tak? Pastikan alasan korang tu kukuh.
Tapi jangan la cari kelemahan orang lain.
Tegur Dengan Segera
Jangan tangguh-tangguh sebab takut orang yang buat kesalahan rasa dia buat tu betul.
Dan takut jugak kalau orang lain akan ikut sama.
Lakukan Secara Personal
Jangan la tegur diorang depan orang ramai. Kesian diorang kena tanggung malu. Biarlah hanya Allah, korang dengan orang yang membuat kesalahan tu je yang tahu.
“Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.”
Tak ke kesian kat diorang? Bayangkan kalau korang dalam situasi diorang. Ish3... malu nak tunjuk muka tau!
Tegur Dengan Lembut dan Berhikmah
Kalau tegur tu jangan la tengking diorang, maki hamun diorang.
Tegur lembut-lembut. Sebab kalau kita tegur dengan marah-marah, lagi tertutup hati diorang nak terima teguran kita. Apatah lagi nak mengubah diri.
Fokus Pada Persoalan
Korang dah tegur diorang tentang tajuk tu, korang jangan melencong pergi tajuk lain.
Terutama sekali masalah peribadi.
Jangan ungkit jugak kesalahan yang dah lepas, sebab nampak sangat la kita ni jenis orang yang pendendam.
Dengar Penjelasan Kenapa Dia Buat Sedemikian
Bagi kesempatan kat diorang kalau diorang nak bagi penjelasan kenapa diorang buat kesalahan tu.
Mungkin korang dapat bantu diorang selesaikan masalah diorang.
Lakukan Tegas dan Adil
Jangan ler asyik tegur orang yang korang tak suka je.
Kalau orang yang paling korang rapat pun korang kena tegur jugak.
Kita sebagai saudara Islam kena ada rasa cinta dan sayang kat diorang.
Takkan nak tengok sahabat korang terjerumus dalam kesesatan?
Sama-sama perbaiki diri. Pimpin diorang~
Hana tahu, hana ni tak layak nak post topik ni. Ye lah, hana sendiri pun tak reti nak tegur dengan berhemah. Selalu je tegur tengking-tengking, marah-marah.
Tapi, hana nak share supaya semua orang boleh amalkan sama-sama termasuk hana sendiri.
InsyaAllah hana akan cuba perbaiki diri. Readers pun sama tau! Kita perbaiki sama-sama.
Last sekali, Jadikan teguran kita sebagai motivasi diri agar kita tidak akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.
Kepada yang kena tegur,
Jangan ambil hati sangat ye.
Mak hana selalu pesan,
"Orang tu tegur kita sebab dia sayang kita".
So, anggap sahaja lah orang yang tegur kita tuh dia sayang kat kita. Dia tak nak tengok kita buat kesalahan. Dia nak kita jadi orang baik. Dia tak nak kita tanggung banyak dosa.
Renung-Renungkanlah.
Wassalam alaik~
new past












.jpg)


