TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Kata-kata
"Setiap kanak-kanak, mempunyai impian. Setiap impian, mempunyai sinaran. Sinaran itulah yang membuatkan kita gembira dan berusaha tanpa rasa kesal. Tetapi... jika disia-siakan, ia akan meninggalkan luka yang begitu pedih, yang sukar diubati. Sehinggakan kita berputus asa dan merasakan diri ini tidak berguna lagi. Bagaikan dunia yang dahulunya dirasai cerah hilang serta merta, dan yang kini yang dirasakan adalah dunia yang gelap tanpa penyuluh jiwa. Tetapi, senyuman dan gelak tawa mungkin dapat mengembalikan semangat dalam diri walaupun sedikit demi sedikit. Kerana itulah, impian amat penting kepada setiap insan. Kerana itulah impian perlu dijaga agar wujudnya erti kehidupan sebenar".

"Dunia ini penuh dusta, penuh tipu daya.. Siapa lagi yang mahu ku dipercayai? Dunia ini penuh kepura-puraan, penuh lakonan.. Tak sanggup lagi dikhianati. Dunia ini penuh tangisan, kesedihan.. Siapa yang akan memahaminya? Alangkah indahnya jika dunia ini penuh kebahagiaan, kegembiraan.. Seperti bunga yang mekar. Tetapi kini, sudah jelas jawapannya.. Aku hanya perlu percayakan Yang Esa, aku hanya perlu redha kepada-Nya, hanya Dia yang amat memahaminya.. Tidak ada lagi kehampaan, tidak ada lagi kesunyian, dan tidak ada lagi tangisan".


Just Be Friends piano ver-


Best tak ayat.. buat sendiri tau! kpd kawan2 skolah yang dah baca kat atas meja aku tuh, cuma yg ni tukar sikit je.. Tapi still buat sendiri (kembang idung aku =P) 
kpd sape2 yg pandai main piano.. bleh tak main piano mcm org kat bawah ni? hehehe.. ku akhiri dengan.. dgn ape? dgn Assalamualaikum.. kirim salam kat keluarga di rumah.. (otak ku kenape plak ari ni? @_@)



new past