TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
Siapakah pengganti "Salahuddin Al Ayyubi"?
assalamualaikum.. hehehe.. sori lame tak post kat blog nih.. sibuk sangat kat skolah.. lagipun aku ni sekolah berasrama harian.. Kali aku nak tanya, siapa pengganti Salahuddin Al Ayyubi yang seterusnye? Ade sape2 nak jawab soalan aku? Ke korang tak kenal tokoh Islam yang terkenal ni? Kalau tak kenal, aku nak kate korang ni bukanlah pecinta sirah dan tokoh2 Islam. Kalau tak kenal, korang memang tak jadikan mereka sebagai contoh. Ye la.. mesti nak contohi artis tu, artis ni... Akhir zaman la katakan....

Aku bersyukur sebab Allah tempatkan aku di sebuah skolah agama. Iaitu SMKAKL. Kalau tidak, agak2 aku dah jadi ape ntah skrang ni.. Sekolah ni lah yang kenalkan aku pada seorang tokoh Islam yang terkenal ni.. walaupun dgn cara tayangan.. Sejak dari tu, aku kagum dgn keberaniannya, dgn akidahnya yg teguh, dgn sifat kepimpinannya dan banyak lagi la! Sejak tu jugak bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera rekacipta dan dalam masa yg sama menjadi pejuang agama..

Walaupun aku ni hanyalah seorang budak perempuan yang lemah, tetapi aku ingin menjadi seorang Srikandi, seorang pejuang agama.Ok, sambung balik pasal Salahuddin Al Ayyubi..
Beliau adalah pemimpin tentera Islam dalam perang Salib abad ke-12..  Pemerintahan dari 1174 hingga 1193. (lame tak?) Beliau amat dihormati di kalangan para bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan seorang pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Kalau korang nak tahu lagi, korang cari je kat youtube/website pasal islam.. banyak punye...

Jadi, ape cer? Jawapan korang? Kalau boleh, aku nak ramai yang jawab, "Aku yang akan menggantikan beliau!" . Ok la.. tu je.. Aku nak mintak maaf kalau ade yang tak puas hati ke, yg sakit hati ke..  Honto ni, gomenasai!

new past