Say NO to COUPLE
Assalamualaikum readers!
ya, seperti yg tertera pada tajuk and gambar, hari ni hana nak kongsi tentang, "Say NO to COUPLE".
"Walamak, hana nak berdakwah la!"
Ai? perli nampak?
Tak semestinya anime otaku macam hana tak boleh nak berdakwah. Hana cuma nak share ape yg hana tahu.
Sharing is Caring
right?
Okey, hana faham, blog yg dihias mcm ni tak sesuai utk org nak berdakwah. Tapi blog yg baru hana hias ni lebih baik kalau nak berbanding ngan blog hana dulu.
PERGH! 100% pasal anime . Sekarang maybe 60% pasal anime.
Sekarang kita fokuskan pada tajuk kita hari ini (eceh2, dah macam cikgu nak mengajar pulak XP)
Kenapa Say NO to Couple?
Banyak sebabnya... Contoh?
Couple is HARAM
Seperti yang ada pada gambar kat atas, ade tertera
Allah berfirman di dalam surah Al-Isra' ayat 32:
"dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya ianya perbuatan terkutuk dan buruk padahnya"
Allah sendiri dah cakap dalam Al-Quran.
COUPLE pun ZINA jugak tau!
"Ye kew? Zina kan yang perbuatan terlanjur"
Oooo...Yg pegang2 tangan org bukan muhrim kita tuh? Kan haram tuh.
Zina ada banyak jenis tau.
Zina mata = apabila pandang si dia dengan sengaja
Zina tangan = apabila berpegang-pegangan tangan
Zina Mulut = apabila mengungkapkan kata2 yg boleh mencairkan hati seseorang/kata2 manis
Zina Telinga = apabila mendengar/menghayati lunakan suaranya
yang paling BAHAYA
Zina Hati = Apabila kita merindui/memikirkan dia walaupun tidak bersua dari segi pancaindera
"Kalau couple secara Islam boleh tak? Macam, takde la pegang2 tangan, kalau SMS pun mcm bagi tazkirah??
Khinzir halal ke haram? haramkan... Kalau kita bacakan yasin kat dia, belai dia, ajar dia cara hidup Islam, Khinzir tu still haram.
Samelah jugak dengan couple. Kalau kita halalkan caranya sekalipun, ia tetap HARAM. Lagipun masih lagi ada ZINA HATI.
Rimas
Korang tak rasa rimas ke? setiap kali nak pergi mane2, kene report kat kekasih korang dulu. Minta kebenaranlah kononnya. Kalau tak buat report mulalah kekasih korang nak merajuk sebab dia bukan orang pertama korang bagitau.
Hello, korang still belum bergelar suami isteri, tak payah nak minta izin ye~
Pastu mulalah jadi wartawan tanya pergi dengan sape? sape dia yg dalam foto ni, foto tu.
Tak rasa annoying ke??
Hmm.. tak lame lps tuh, diorang takut kalau korang curang..Kekasih korang pun konkong la korang. Tak bagi korang pergi sana, pergi sini. Cek mesej korang, sms korang. Kene ikut cakap dia je. Tak rasa mcm dalam sangkar?
Everyday kene top_up sebab sms sampai tak ingat dunia.. Kan dah membazir tuh..
Kan membazir tu saudara syaitan.
Senang citer la, "Couple is trouble"
Hmm... rasenye dlm perkataan COUPLE IS HARAM dan RIMAS dah banyak sebab.
Tapi kalau COUPLE AFTER NIKAH, lagi best tau.
Buat masa ni, hana still muda lagi so tak dapat merasa lagi yang ni. Tapi apa yang hana tahu, bila kita couple lepas nikah, semua dapat pahala.
Kita pandang si dia pun dapat pahala, kita dating dengan dia pun dapat pahala
semualah dapat pahala!
Tak ke rase romantik bile couple lps nikah? Dah ler halal, zaman skrang lak mane banyak org cinta lepas nikah. Rase ISTIMEWA.
Ye lar, kalau cinta sebelum nikah, cinta bagai nak rak pun senang je org nak kebas.
Kalau lepas nikah, dia dah jadi milik kita secara umum, secara sah.
"Dah ler tuh Hana, penat orang nak bace banyak-banyak"
Eh? panjang sangat ke?
Hehehe... Sori ye~
Hana ni memang macam ni, sekali taip memang susah nak berhenti.
Okey lah, sampai sini je ek?
Renung-renungkanlah.
"Kejap! Hana ni dah berpunya ke?"
Aish! soalan maut! Kenapa? nak ngurat eh?
takde lah, gurau je.
Yep! Hana dah berpunya.
Hana kepunyaan Allah, dan kepunyaan-Nya untuk selamanya.
Okey lah, ade ape2 soalan, tulis je kat shoutbox/comment.
Karang hana takleh berhenti menaip susah pulak nanti.
Wassalam alaik~
new past