Home Sweet Home
Assalamualaikum readers.
Hoho! Akhirnya, balik juga setelah 3 minggu berada di asrama.
Serius rindu rumah. Waktu 2nd last day nak balik rumah, hana boleh nampak ramai yang meraung-raung nak balik (sebenarnye takde lah sampai macam tu XP)
Sebenarnya, hana balik rumah semalam. Tapi cuma tak tulis je kat blog nih. Takde idea nak tulis ape.
Tapi setelah hana bukak balik blog ni pagi tadi, hana tengok shoutbox hana. Ada orang mintak update
><"
><"
Punyelah hana memerah otak fikir nak tulis ape.
Akhirnya hana ade idea. Hana nak tulis ape yang terjadi kat sekolah hana setelah tinggal di asrama 3 minggu.
Hana diantara pelajar yang balik asrama awal. Hana sampai kat sekolah hana pukul 12:30 tgh hari.
Kenapa?
Sebab mak dan ayah Hana keje. So, diorang boleh hantar Hana waktu lunch diorang je.
Hana punyelah berdebar-debar siapalah form 1 tahun ni. Hana dah nampak dah muka yang agak new.
Ye lah, dah form 2. Rasa la jugak jadi senior kecik :P
Hana kelas 2 Umar. Hmmm.... berbanding dengan kelas waktu form 1, kelas ni takdelah bising mane.
Tapi sekolah Hana buat banyak pembaharuan.
Antaranya:
- Form 1 and form 2 akan ada hafazan setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis waktu prep petang.
- Setiap perhimpunan ada macam ala-ala kawad.
- Unit beruniform mesti semua lengkap!
- Peraturan makin ketat (banyak sangat sampai hana lupa XP)
Yang peliknya, ingat tak hana pernah post tentang azam hana tahun ni? Kan hana ada tulis yang at least hana nak hafaz Quran at least satu juzu'
Waktu hana dapat tahu tentang ni, hana terkejut sangat.
Waktu tu hana terfikir, pengetua baca blog hana ke? o.O
Walau apapun, hana bersyukur sangat sebab Allah makbulkan azam hana.
Alhamdulillah , Alhamdulillah, Alhamdulillah
Sekarang hana cuma usaha dan tawakal.
Oh ya! Ko-kokurikulum dah ada! Yay! Seronoknya!
Suka ko-kurikulum?
HANA SUKA SANGAT SANGAT!
Betul tak tipu.
Dorm Hana?
Ada 3 budak form 1 masuk. tapi sorang dah pindah pegi MRSM Batu Pahat :(
Okay, nama adik2 form 1 dorm Karisma ialah:
Insyirah
(buat masa ni, dia ni la form 1 yang hana paling rapat)
Zulaika
(buat masa ni dia tak banyak cakap. tapi hana faham, sebab waktu hana form 1 pun same jugak. Tak biasa lagi. Dia ada abang form 3. Sekolah same gak)
dan berita sedihnya, ada sorang akak dorm hana, pindah kat sekolah teknik KL :(
Huwaaa! Sekarang tinggal 15 orang je...
Okay lah.. hana sambung lagi next time.
Wassalam alaik~
new past