Thursday 6 June 2013

Menyuburkan Bunga-bunga dalam Silaturrahim



Assalamualaikum readers :)
Lama tak dengar khabar dari blog ini? hehe... Hana sibuk. (tetapi buat-buat tak sibuk XD)
Anime? SENTIASA layan. Tengoklah semua gambar dekat setiap post, wajib gambar anime. 
Okey, hana dah start mengarut =.="

Hmm? Apa maksud hana menyuburkan bunga-bunga dalam silaturrahim?
Maksudnya, mengukuhkan silaturrahim. Haha... jiwang sikit ayat tak? :P

Tujuan hana post entri kali ini nak share tentang panduan dalam mengukuhkan silaturrahim. Hana dapat panduan ini dalam majalah Muslim Teens #14. 

Asas utama silaturrahim ialah iman dan taqwa kepada Allah SWT. Selebihnya kita mesti menyuburkan bunga-bunga dalam perhubungan dengan meneliti setiap usaha yang telah dan belum diambil. Berusaha mengukuhkan hubungan amat penting agar kita menjadi umat yang kuat. Seikat lidi jauh lebih kukuh dan berguna dari sebilah lidi yang boleh dipatahkan bila-bila masa sahaja. 
Jika readers lihat kembali sejarah Rasulullah SAW dan para sahabatnya, mereka sentiasa bersama, bersatu padu, saling sayang-menyayangi, saling bekerjasama menegakkan Islam dan lain-lain lagi. Perkara-perkara itu membuatkan mereka adalah umat Islam yang kuat. 

Sebagai manusia, kita memiliki beberapa hubungan penting dengan orang-orang di sekeliling kita. Jangan pula readers fikir hubungan girlfriend atau boyfriend. Oh no! Tidak! 
Di sini kita selitkan hubungan antara keluarga dan masyarakat. Hubungan dengan mereka mesti dimantapkan dari masa ke semasa. Kita boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk memastikannya, insyaAllah.

Berterima Kasih
Pernahkah kita berterima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, adik-beradik, rakan-rakan, jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang kita berurusan dengannya? Kalimah yang mudah ini jarang yang diucapkan walaupun mudah. Manusia yang mampu berterima kasih terhadap kebaikan sesama manusia adalah termasuk golongan mereka yang bersyukur. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berterima kasih kepada Allah dan jangan lupa berterima kasih juga kepada manusia.

Bermaaf-maafan
Ha! Ini satu lagi perbuatan yang sukar dilakukan oleh kita. Ia hanya sering dilakukan pada hari perayaan. STOP! Mana boleh ketika hari raya sahaja kita nak bermaaf-maafan. Kalau esok lusa sudah datang ajal atau kiamat, tidak sempat untuk bermaaf-maafan, bagaimana? Padahal kalimah maaf itu sangat pendek.
"Maaf"
Mudah disebut dan jika diucapkan dengan keikhlasan pasti terungkai rasa marah dan dendam. Insan tidak sunyi daripada kesilapan. Biasakanlah diri memohon maaf pada orang sekeliling apabila menyedari kita telah melakukan kesilapan.

Rendahkan Ego
Aduh! Sakit! Kena panah dekat diri-sendiri! >.<
Haha, hana yakin bukan hana seorang sahaja yang terkena panahan perkataan yang di-bold dan digaris ini.
Cuba kita fikir, kadangkala bila kita ditegur oleh ibu bapa atau guru atau rakan sebaya atau yang lebih tua daripada kita, kita akan melenting. Itu antara ciri-ciri manusia yang mudah marah dan cepat terasa.... (oi... macam hana sahaja ini. Perli habis! :P)
Kita perlu rendahkan ego kita di hadapan mereka yang menegur terutama sekali yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman dalam mengharungi kehidupan. (Tetapi janganlah pula bila kawan kita tegur kita marah dia. Kita tidak nampak kesalahan kita, tetapi mereka nampak). Terimalah dengan ikhlas dan berlapang dada.

Berkasih-sayang dan Berlemah-lembut
Oi oi... jangan sentuh anak dara orang okey? Kalau hangpa nak sangat sentuh anak dara orang tu, pi cari ayah dia terus masuk pinang. 
Berkasih-sayang ada tempatnya, bro. Maksud berkasih-sayang dekat sini, apabila kita bersama adik-beradik atau rakan sebaya serta yang lebih muda daripada kita. Hana bagi satu contoh yang sangat famous suasana dalam sekolah, buli
Ha... Hari itu kecoh kes video buli ya? Senior-senior sekalian, toksah lah buli-buli ini. Diorang buat salah apa sampai korang nak buli diorang? Tidak ada hormat terhadap korang? Ehem ehem... itu bukan caranya untuk bagi kesedaran. Korang sebenarnya sudah mengajar diorang cara membuli. Korang turunkan ilmu yang tidak sepatutnya. Lepas korang graduate, diorang pula jadi senior. Tidak semena-mena diorang pun membuli juga atas alasan membalas dendam tetapi dekat orang lain. Korang jangan ingat lepas graduate terlepas dosa, sebab korang dah jadi Tok Guru yang mengajar diorang membuli. Macam gurulah, diorang turunkan ilmu yang berguna, mereka masih dapat pahala walaupun mereka sudah meninggal dunia kerana ilmu yang diturunkan masih lagi diamalkan. Begitu juga yang sebaliknya. 
Wahai manusia, dengan menyayangi orang lain, kita akan lebih disayangi. 
Contoh idola? Siapa lagi kalau bukan junjungan mulia Rasulullah SAW.

Zahirkanlah Perasan Kita
Untuk memudahkan orang lain memahami kita, zahirkanlah melalui ucapan atau perbuatan. Contohnya sempena hari guru dan ibu yang bakal menjelang, zahirkanlah memberikan kad atau hadiah. Dengan ini, mereka tahu kita masih lagi menyayangi mereka. Terjemahan melalui perbuatan ialah berbuat baik dan menjauhi larangan.

Sumber isi yang diperoleh daripada
Puan Roha binti Hassan

Hana harap apa yang hana kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Oh ya! Hana sarankan readers cuba membeli majalah Muslim Teens kerana majalah ini sesuai untuk remaja. Dalam majalah ini bahasanya sempoi-sempoi (kita remaja mana minat ayat baku tak? XD Ah! Walaupun begitu, kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu!), ada BANYAK komik yang memberi pengajaran, ilmu-ilmu yang bermanfaat, sirah-sirah perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat baginda serta tokoh-tokoh Islam. Hana cakap memang bestlah majalah ini! Hana bagi contoh cover dia ya?

Contoh cover depan:
hoho.. jangan tertipu sebab perempuan dalam cover ini dilukis bukannya orang betul.

Contoh cover belakang:

ha... berminat tak? Cubalah baca sebab memang banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada majalah ini. Harga? .... mahal lah juga. Hana sanggup berjimat-cermat duit belanja sebab bila balik dari hostel nak beli majalah ini XD. 
Okey, cukup cukup mem-promote :P
Okeylah, sampai sini sahaja hana nak kongsikan ilmu. Ada apa-apa ilmu nak tambah, pendapat, boleh comment :) Kalau pertanyaan itu, kalau hana dapat jawab hana jawablah. Kalau tidak dapat jawab, sila bertanya kepada Encik Google ya? 
Jika dalam post ini ada yang hana buat orang terguris hati ke, maafkan ya? 
Hana harap readers enjoy baca post kali ini dan mendapat ilmu walaupun sedikit.

Wassalam alaik~

No comments:

Post a Comment