Pantun Dua Kerat
Assalamualaikum... hehehe.. Semua pantun dibawah buat sendiri tau! Pantun ni buat waktu bengkel bahasa...Banyak berfikir otak gila,
Banyak berzikir dapat pahala.
Lelaki budiman pujaan hati,
Teguhkan iman syurga menanti.
Indahnya cintaku berhiaskan kamu,
Indahnya hatiku kerana ilmu.
Bunga layu tanya mengapa,
Sejarah Melayu jangan dilupa.
Apa kejadah dengan menghina,
Hampiri dadah diri merana.
Birunya laut tenang suasana,
Mencari maut memang nak kena.
Basikal dikayuh memang susah,
Mencari gaduh memang masalah.
Kain sutera warna menyerlah,
Budak putera mengalah jelah.
Untuk pengetahuan korang... "budak putera" yg aku maksudkan dlm pantun terakhir tu sebenarnye pelajar lelaki.. Sekolah aku panggil pelajar lelaki "budak putera".. Diorang lak panggil kitorang "budak puteri"...Masa tu pelajar perempuan lawan pantun ngan pelajar lelaki... Aku pun buat la pantun tu pastu ckp kat diorang.. MUAHAHAHAHA! Diorang sakit ati...
Bagi pendapat aku, pantun, sajak ni indah... Orang dulu mmg kreatif.. Aku mmg tabik kat diorang sbb dpt cipta pantun or sajar seindah tu... Contohnye, mcm nenek aku... mcm2 pantun dia ade.. aku ade hafal satu.. Mmg best ar ayat dia.. Oklah.. gtg.. Jadi, "Sayangilah bahasa kita"...
new past