TODAY'S QUOTE
"You cannot go into battle believing you will lose."

Akisame Koetsuji
(Kenichi: The Mightiest Disciple)
A Friend of Mine
Assalamualaikum.
Firstly, entri kali ini tidak seperti entri sebelum ini.
It's not about knowledge or anything. You can say it's like a diary-kind of entry (which is rare for me to post) and I hope ada la sedikit sebanyak dijadikan pengajaran. Hana tidak pernah cerita tentang apa perasaan Hana bila sudah mula jadi seorang pelajar Universiti.
Okay, so, in this entry, I am going to be honest here. 

Sebelum masuk universiti, Hana sebenarnya takut juga, kalau kena culture-shock sebab ya lah, Hana dulu dari SMKA, Hana dididik dalam suasana yang baik, duduk dalam pagar sekolah, tidak tahu menahu tentang dunia luar. Maka bila dah keluar dari kepompong, I became scared. Alhamdulillah, mungkin sebab Hana ramai kawan online yang berada di luar negara mahupun di dalam negara, dan mereka semua berlatarkan persekitaran yang berbeza atau diorang punya life agak berbeza, so Hana tidaklah terkejut. And I am glad that I have met them walaupun secara virtual sebab Hana rasa, kalau Hana tak kenal diorang, Hana akan jadi orang yang judgemental. (Astaghfirullah,Ya Allah, jauhkan sifat ini) 

Of course, I realised, things won't be the same like when you are in high school. Everything is depend on yourself. Nobody will tell you what to do or what you should do or what you shouldn't do. It's kinda scary to be honest. So I tried to continue practice what I have learned in my high school days. Tidak sehebat masa sekolah dulu tetapi Hana tak nak tinggal semua. 
Rasa sangat tidak kuat mula-mula. Bukan apa... Masa sekolah dulu, kalau leka sedikit, ada sahaja yang tegur. Dekat sini, tidak ada siapa. Kalau nak tegur orang lain lagi la tidak berani. What I did was forcing myself to maintain in practicing them. Walaupun hati pernah merungut, walaupun masa solat pernah terleka sekejap, tetapi Hana teruskan juga. Sebab benda yang Hana paling takut, kalau Allah tinggalkan Hana. 

Sebenarnya nak cerita pasal seorang kawan Hana ni. So let's skip to her story okay? 
Alhamdulillah, Hana punya group semuanya bukan jenis yang grouping. Semua jenis yang gila-gila dan berkawan dengan semua orang haha. Tidak kisahlah background semua orang lain-lain, diorang semua kawan sahaja. Tidak ada yang terpinggir. 

Ada seorang kawan Hana ini, dia datang jumpa Hana.
"Hana... aku nak minta tolong kau, boleh?"
Hana pun angguk sahaja lah.
"Aku tak reti baca al-Quran. Kau ajarkan boleh tak?"

Masa itu Hana rasa kagum dengan kawan Hana ini. Sebab, dia tidak tahu tetapi dia ambil inisiatif untuk tahu. Dia tidak malu mengaku yang dia tidak tahu dan dia tidak mahu terus menerus untuk tidak tahu. Dia ada usaha. Hana pun setuju. I told her, cuba mula dari Iqra' dahulu dan kalau ada benda yang Hana tidak tahu, nanti minta dia sama-sama ikut Hana tanya ustazah. Bermula dari hari itu, dia belajar membaca Iqra' dengan ustazah, manakala bila dengan Hana, since kitorang ada juga kena hafal ayat Yassin untuk subjek agama, maka dia banyak tanya Hana macam mana nak sebut ayat dalam surah Yassin. Kadang-kadang dia tanya hukum tajwid. Hana rasa happy sangat sebab dia memang betul-betul hendak belajar. 

Hana bukanlah orang yang paling rapat dengan dia. I am not. Hana ni kawan biasa-biasa sahaja.
Tetapi ada satu malam, kitorang lepak sama-sama. Dia cakap,
"Aku tiap kali lepas solat, aku tak baca ayat al-Quran sebab aku tak tahu. Aku takut kalau aku baca salah. Jadi, aku baca terjemahan je sebab aku nak tahu, apa yang Allah nak sampaikan. Kadang-kadang, aku terfikir teruknya aku tak tahu baca. Aku jeles bila dengar kau baca. Kau baca sedap, seronok je dengar."

Allah. Rasa terpukul gila. Rasa nak peluk sahaja kawan Hana itu. 
Rasa malu pun ada sebab ada masa Hana rasa malas sangat nak baca al-Quran sedangkan Hana tahu baca al-Quran. Kadang-kadang baca pun, macam tidak ada usaha nak hayati ayat yang dibaca. 
THIS GIRL, SHE DOESN'T KNOW HOW TO READ THE HOLY QURAN, BUT SHE PUT AN EFFORT TO UNDERSTAND THEM. 
Serius, Hana rasa malu sangat and I told her,
"You don't need to feel that way. Mungkin kau lagi mulia daripada aku. Yang penting sekarang ini kau ada usaha nak baca al-Quran, nak faham al-Quran and I am really happy for you. InsyaAllah one day, kau pun boleh baca al-Quran."

Banyak lah kitorang borak malam itu. Malam itu, for the first time, Hana opened to someone, and she did the same too.

Dan sekarang, Hana dapat melihat perubahan dia sedikit demi sedikit. Dia mula bangun malam buat solat sunat, mula labuhkan tudung, mula pakai armsocks, mula pakai stocking... Betul lah, yang pegang hati itu Allah. Kalau Allah nak bagi hidayah, memang dapatlah hidayah itu.
Semoga Allah kuatkan iman kita semua dan sentiasa limpahi kita dengan hidayah-Nya.

--------------- KHAS UNTUK KAWAN-KAWAN SEKOLAH HANA--------------

Kawan-kawan sekolah Hana yang tengah baca entri ini (kalau ada), aku tak tahu macam mana korang sekarang. Tetapi aku harap, korang still lagi istiqamah dengan apa yang korang dah praktikkan dekat sekolah dulu. Bersyukur lah weyh, kita dah diajar. Bersyukurlah kita dah diberi pendedahan dengan lebih mendalam. Jujur aku cakap, aku pun leka. serius korang tengok news feed aku pun tahu lah aku leka macam mana. Dan jujur aku cakap, kadang-kadang aku sedih tengok sebilangan korang yang dah mula pakai tudung pendek tak tutup dada, yang couple, hisap rokok dan pelbagai lagi. Korang dah tahu hukumnya apa, tetapi korang pilih untuk ignore hukum itu demi keseronokan dunia. Aku nak tegur, tetapi sebab pernah jadi kes kat sekolah dulu, aku jadi takut nak tegur. Bukan takut kalau korang benci aku, aku takut kalau aku tegur, aku lagi sakitkan hati korang dan korang makin jauh.
Aku pun tak kuat. Korang pun tegur-tegur lah aku. Semoga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Okey sekian. 
Wassalam alaik~


new past